Waktu Bekerja Berlainan (WBB): Solusi atau Beban Baharu?

Pelaksanaan sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pegawai perubatan. Sistem ini dikatakan bertujuan untuk memperbaiki keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance) dan mengurangkan waktu kerja yang berlebihan. Namun, di sebalik janji-janji reformasi, WBB telah menimbulkan kebimbangan berkenaan ketidakadilan, eksploitasi pekerja, dan kesan terhadap sistem kesihatan awam negara. […]
Mikroplastik: Pembunuh Dalam Senyap

Penemuan seekor penyu yang merana akibat sebatang penyedut minuman plastik terperangkap di dalam hidungnya pada tahun 2015 telah mencetuskan fenomena. Kejadian yang dirakamkan di perairan Costa Rica oleh sekumpulan penyelidik biologi marin itu berjaya menyedarkan populasi global tentang kesan pencemaran plastik terhadap alam semula jadi. Penggunaan straw plastik sekali guna mula dihentikan di premis makanan […]
Pengharaman Asbestos: Larangan Yang Tertangguh

Asbestos, sekumpulan mineral silikat berserat yang secara semula jadi berlaku, telah lama diketahui sebagai ancaman kesihatan utama. Diklasifikasikan sebagai Karsinogen Kumpulan I oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), asbestos menyumbang kepada 70% daripada semua kes kanser pekerjaan global menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Penyakit berkaitan asbestos seperti mesothelioma, kanser paru-paru, dan asbestosis telah menyebabkan lebih […]
Adakah Malaysia Bersedia Dengan Sistem Pembiayaan Kesihatan Baharu?

Sistem kesihatan awam Malaysia menghadapi cabaran kritikal. Peningkatan kos penjagaan kesihatan yang tidak terkawal serta pergantungan kepada model pembayaran semasa, iaitu “fee-for-service,” telah menyumbang kepada ketidakseimbangan ini. Dalam beberapa tahun terakhir, kadar inflasi perubatan telah melonjak hingga 12.6%, jauh melebihi kadar inflasi ekonomi keseluruhan. Situasi ini mendorong keperluan untuk menilai keberkesanan kaedah pembiayaan alternatif yang […]
Lambakan Kereta Terpakai Bawa Padah

Menurut laporan Mordor Intelligence, pasaran kereta terpakai di Malaysia dianggarkan bernilai USD 25.14 bilion (RM 112.35 bilion) pada tahun 2024. Jika kita ambil purata sebuah kereta terpakai berharga RM10,000, terdapat lebih 11 juta kereta terpakai yang dipasarkan menerusi pelbagai kaedah seperti stor fizikal dan portal atas talian (online marketplace). Lambakan ini menggambarkan perubahan sikap pembeli […]
Honda-Nissan Bergabung Mengocak Dominasi EV

Kerancakan industri automotif tempatan China telah memaksa gergasi dari Jepun seperti Honda dan Nissan membuat satu tindakan drastik. Eksekutif tertinggi bagi kedua-dua syarikat itu sedang dalam perbincangan untuk bergabung dan berpotensi untuk menjadi kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari aspek jualan kenderaan, selepas Toyota dan Volkswagen. Prestasi Merudum Bulan lalu, Nissan mengumumkan perancangan untuk […]
COP29: Rundingan Atau Perbalahan?

Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim atau lebih dikenali sebagai Conference of the Parties of the UNFCCC (COP) merupakan acara tumpuan setiap tahun bagi para pencinta alam sekitar. Meskipun persidangan seumpama ini bertujuan untuk membentuk kerjasama antarabangsa supaya fungsi planet kembali pulih demi kelangsungan hidup penghuninya, COP sering menjadi pertembungan banyak pihak. […]
Elak Caj Mahal Hospital Swasta

Tahun 2023 mencatatkan peningkatan kos penjagaan kesihatan yang amat tinggi di hospital swasta, apabila secara purata satu lawatan hospital pesakit perlu membayar RM10,700 berbanding RM8,800 pada tahun 2020 – peningkatan sebanyak 22%. Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat menggesa kerajaan untuk menyelaraskan caj bagi rawatan perubatan untuk mengurangkan jurang pembayaran bil di hospital swasta. Adakah […]
Kebebasan Media Telah Mati

Tanggal 9 Disember 2024 bakal menjadi tarikh yang akan diperingati bersempena kematian kebebasan bersuara dan kebebasan media di Malaysia. Hal ini berikutan Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana menurut kerajaan mahu menangani isu-isu seperti kemudaratan dalam talian ke atas kanak-kanak, penipuan, judi dan ucapan kebencian. Tidak dapat dinafikan terdapat […]
Syarikat Insurans Untung Besar, Rakyat Tetap Bayar Mahal

Menjelang tahun 2025, rakyat Malaysia akan berhadapan dengan kenaikan mendadak premium insurans, dengan jangkaan kenaikan antara 40 hingga 70 peratus. Ini berikutan peningkatan kos perubatan di hospital swasta telah mendorong pengendali insurans dan takaful (insurers and takaful operators, ITO) membuat semakan harga tersebut. Rentetan daripada itu, Bank Negara Malaysia “mengkehendaki ITO untuk menyemak strategi penentuan […]