Visi & Misi Kami

Halatuju Yayasan Strategik Lestari 2024 - 2028

 

VISI

Menjadi platform strategik berkaitan kelestarian dan kebajikan menurut perspektif Islam

MISI

Meluaskan penyelidikan, kolaborasi dan kebajikan menuju kelestarian negara dan global yang sejahtera

Yayasan Strategik Lestari juga sentiasa mengadakan program berbentuk advokasi yang menyentuh isu masyarakat setempat. Kelestarian perlu dipupuk dalam kalangan keluarga dan masyarakat sebagai unit terkecil yang berfungsi sebagai pencetus kepada kelestarian alam dalam Malaysia.

Matlamat Pembangunan Mampan

Sustainable Development Goals (SDG)

Dalam dunia yang kian bergelora dengan krisis alam sekitar dan ketidaksamarataan, Yayasan Strategik Lestari komited memacu penyelidikan dan solusi berasaskan data demi merealisasikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan, ke arah masa depan yang lebih adil, lestari dan inklusif.

SDG 2

Kelaparan Sifar

SDG 7

Tenaga Berpatutan dan Bersih

SDG 11

Bandar dan Masyarakat Mampan

SDG 12

Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab

SDG 13

Tindakan Iklim

SDG 17

Kerjasama demi Matlamat