Mahal Atau Murah? Kini Kita Tahu Harga Ubat

Dalam usaha memastikan rakyat tidak terus tertekan dengan kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan peraturan paparan harga ubat secara telus di klinik, hospital, dan farmasi swasta bermula 1 Mei 2025. Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) tahun […]

Negeri Terengganu: Selamat Tinggal Vape

Larangan terhadap penjualan rokok elektronik (vape) di beberapa negeri di Malaysia kini menjadi titik tumpu perdebatan antara pengusaha, kerajaan negeri, dan dasar kesihatan awam nasional. Dalam perkembangan terbaru, Terengganu telah mengumumkan penguatkuasaan larangan penjualan vape di semua premis perniagaan di kawasan PBT bermula 1 Ogos 2025. Reaksi Pengusaha Di Terengganu, seramai 169 pengusaha premis vape […]

Tenaga Bersih Global Mencecah 40 Peratus!

Walaupun permintaan tenaga global meningkat pada kadar yang belum pernah kita lihat, dunia kini menyaksikan pencapaian bersejarah dalam penjanaan tenaga bersih. Laporan terbaru daripada badan pemikir berpusat di UK, Ember mendedahkan bahawa lebih 40% daripada elektrik dunia pada tahun 2024 dijana oleh sumber rendah karbon — satu lonjakan besar sejak era dominasi hidro pada 1940-an. […]

Tarif Amerika Tekan Kos Kesihatan Malaysia

Pentadbiran Presiden Donald Trump sekali lagi mencetuskan ketegangan perdagangan global menerusi pengumuman tarif balas setinggi 10% ke atas semua negara, dengan kadar lebih tinggi untuk negara-negara tertentu. Tindakan ini kini termasuk sektor farmaseutikal dan peranti perubatan – sektor yang sebelum ini dikecualikan. Malaysia, sebagai salah satu pengeksport utama produk kesihatan ke Amerika Syarikat, termasuk sarung […]

Reciprocal Tariff: Trump Perangkap Diri

Kembalinya Donald Trump ke pentas ekonomi global dengan senjata tarif yang digilap semula bukan sekadar episod ulangan dalam sejarah. Ia adalah isyarat kepada dunia bahawa Amerika Syarikat (AS) bersedia mengorbankan prinsip perdagangan bebas demi cita-cita nasionalisme dan hegemoni kuasa besar. Terbaru, pengumuman Trump tentang pengenalan reciprocal tariff – tarif timbal balik – bukan hanya menggemparkan […]

Inflasi Perubatan: Realiti Yang Mencengkam

Kos rawatan kesihatan di Malaysia terus meningkat dengan kadar inflasi perubatan mencecah 12.6% setiap tahun. Faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan ini bukan sekadar harga ubat dan peralatan perubatan, tetapi juga peningkatan jumlah tuntutan insurans. Kenaikan mendadak kes penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan kanser menambah tekanan kepada sistem kesihatan negara. Mitos “Buffet […]

Mengemudi Potensi Industri Nadir Bumi di Malaysia

Industri nadir bumi (REE) Malaysia kini berada di persimpangan penting antara potensi ekonomi dan cabaran geopolitik. Dengan simpanan yang signifikan di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perak, Malaysia berpeluang untuk menjadi pemain utama dalam rantaian bekalan global. Namun, kekangan teknologi, pengaruh monopoli China, isu perlombongan haram, serta ketidaktentuan dasar menjadi faktor yang perlu ditangani […]

Trump Semakin Bernafsu, Ukraine Jadi Mangsa

Dunia kini menyaksikan satu lagi babak dalam persaingan geopolitik yang melibatkan sumber mineral strategik. Amerika Syarikat sedang berunding dengan Ukraine untuk mendapatkan akses kepada sumber mineralnya sebagai balasan terhadap bantuan ketenteraan dan ekonomi yang diberikan. Pada masa yang sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah menawarkan akses kepada sumber mineral termasuk dari wilayah Ukraine yang diduduki […]

Ekonomi Kitaran: Retorik dan Realiti

Dalam setiap forum antarabangsa dan laporan kemampanan syarikat gergasi, prinsip ekonomi kitaran (circular economy) dilaungkan sebagai penyelesaian terbaik kepada krisis sisa pepejal global. Dengan prinsip utama refuse, reduce, reuse, repurpose, recycle, ekonomi kitaran digambarkan sebagai satu bentuk ekonomi yang lebih lestari, mengurangkan pembaziran sumber dan menjanjikan masa depan yang lebih hijau. Namun, adakah kita benar-benar […]

Amerika Keluar WHO: Dunia Perlu Kaget?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ditubuhkan pada tahun 1948 dengan misi utama untuk memperbaiki kesihatan global, memastikan keselamatan kesihatan antarabangsa, dan melindungi populasi rentan. Berlandaskan prinsip kesaksamaan dan solidariti, WHO telah memainkan peranan penting dalam membanteras pelbagai ancaman kesihatan seperti cacar, polio, HIV/AIDS, serta wabak terkini seperti COVID-19. Ia menjadi tonggak dalam memacu kolaborasi saintifik, menetapkan […]