Tenaga Nuklear: Selamat atau Bahaya?

Masyarakat dunia secara amnya masih tidak dapat melupakan kemalangan ngeri yang disebabkan oleh kerosakan loji tenaga nuklear. Dianggap sebagai paling teruk dalam sejarah, insiden yang berlaku di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 telah mengakibatkan dua pekerja mati dan 28 orang lagi mengalami kesan radiasi. Bukan sekadar itu, kesan radiasi jangka panjang tersebut telah mendedahkan ribuan […]

Prestasi Malaysia dalam Mendepani Cabaran Alam Sekitar

Dekad ini telah menjadi tetingkap masa yang penting untuk masyarakat global cakna dengan isu alam sekitar dan perubahan iklim. Secara kolektif, setiap individu telah menyumbang sejumlah jejak karbon menerusi penggunaan tenaga, pengangkutan, pemakanan dan sebagainya. Para pemerintah menggunakan polemik alam sekitar sebagai salah satu instrumen politik mereka, sekurang-kurangnya itu yang berlaku di kebanyakan negara maju. […]

Pusat Data: Bahana Dalam Peluang

Mana-mana syarikat yang tidak menempelkan jargon digital pada produk dan perkhidmatan mereka akan disangka ketinggalan dan hanya menunggu masa untuk menjadi tidak relevan dalam pasaran. Lihat sahaja pengumuman oleh perusahaan gergasi beberapa tahun belakangan ini yang tidak lekang dengan terma seumpama artificial intelligence, large language model dan quantum computing. Senario ini tidak terhad kepada industri […]

Advokasi Ekonomi Politik Di Malaysia

Kemerdekaan Malaysia sudah menjangkau 67 tahun usianya, malah pilihan raya umum pertama telah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu lebih awal daripada itu iaitu pada 27 Julai 1955. Ini membuka jalan kepada rakyat untuk menentukan perjalanan pentadbiran negara menerusi satu proses yang demokratik. Persoalannya, adakah selepas enam dekad ini kita sebagai sebuah negara bangsa sudah mencapai […]

Sejauh Manakah Impak Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) ?

Garis yang memisahkan antara dunia sains fiksyen dan alam realiti semakin kabur apabila hampir setiap hari ada sahaja pencapaian terbaharu dalam pembangunan teknologi. Bagi masyarakat global yang tidak mahu dilihat ketinggalan, mereka akan menggunakan jargon tertentu dalam perbualan korporat, persidangan antarabangsa dan kandungan kreatif di platform media sosial meskipun mungkin mereka tidak memahami sepenuhnya. Antara […]

Adakah Malaysia Bersedia Hadapi Krisis Iklim?

Generasi milenial pasti ingat lagi ketika zaman persekolahan, para guru mendedahkan pelajar berkenaan penipisan lapisan ozon. Isu ini menjadi kerisauan dan mendapat perhatian masyarakat global ketika itu. Tapi sekarang seperti sudah tidak kedengaran lagi. Ia menjadi persoalan kepada kita mengapa keadaan ini berlaku? Kita harus berterima kasih kepada Protokol Montreal yang telah ditandatangani pada 16 […]

Rakyat Malaysia Sudah Letih Naik Kereta

Buat pertama kali dalam sejarah, bilangan kenderaan di Malaysia telah melangkaui populasi penduduk negara. Menurut Prof Dr Kulanthayan K.C. Mani dari Universiti Putra Malaysia, trend pertambahan populasi direkodkan pada kadar 300,000 hingga 400,000 setahun daripada 32.5 juta orang pada tahun 2019 kepada 32.6 juta orang pada tahun 2021. Namun, kuantiti kenderaan yang didaftarkan meningkat sebanyak […]