Genosid Gaza: Ancam Kebebasan Akademik Dunia

Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengugut untuk memotong dana penyelidikan sebanyak AS$2.2 bilion kepada Universiti Harvard tidak boleh dianggap sebagai isu pentadbiran biasa. Ia adalah amaran terbuka dan ugutan politik yang terang-terangan terhadap universiti terkemuka dunia hanya disebabkan institusi tersebut memberi ruang kepada suara solidariti terhadap Gaza dan lantang mempertahankan hak bersuara para pelajarnya. […]

Pendidikan Digital: Langkah Ke Depan atau Kemunduran Ilmu?

Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasa pendidikan digital melalui inisiatif seperti sekolah digital dan penambahan kelas hibrid wajar dipuji sebagai langkah ke hadapan dalam memperkasa sistem pendidikan negara. Namun, di sebalik keghairahan menerapkan teknologi dalam pembelajaran, timbul kebimbangan terhadap impaknya terhadap penguasaan ilmu asas, khususnya dalam aspek menulis, membaca, dan memahami konsep secara mendalam. […]

LKAN 2025: Pendidikan Tinggi Perlu Penstrukturan Semula

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2025 mendedahkan isu serius dalam pengurusan kewangan dan keberkesanan projek di institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia. Penemuan ini menunjukkan keperluan segera untuk menstruktur semula sistem pendidikan tinggi demi memastikan kelestarian kewangan, keberkesanan penyelidikan, dan mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan. Kerugian Berterusan Tiga Tahun Berturut-Turut Laporan tersebut mendedahkan bahawa tiga universiti […]

Penarafan Tunggal TVET Perkasa Kualiti Pendidikan Negara

Malaysia Perkukuh TVET dengan Badan Penarafan Tunggal Malaysia terus komited memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) dengan penubuhan badan penarafan tunggal TVET. Perkara ini dibincang dan dipersetujui melalui mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional Negara (MTVET) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada tahun lalu. […]

Membanteras Keciciran Pelajar: Antara Janji dan Realiti

Isu keciciran pelajar terus menjadi cabaran utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada semalam sekali lagi menegaskan komitmen mereka untuk menangani masalah ini melalui pelbagai strategi intervensi dan inisiatif baharu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa kementerian akan memberi tumpuan kepada peningkatan enrolmen di peringkat sekolah menengah serta menangani jurang sosioekonomi yang […]

Pendidikan Menengah Wajib Perlu Pelan Tindakan Holistik

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Isnin mengumumkan sedang menggubal dasar pendidikan menengah wajib bertujuan menangani masalah keciciran pelajar yang semakin membimbangkan. Menurut Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, dasar ini dijangka dibentangkan pada sesi sidang Parlimen bulan depan. Walaupun dasar ini menjanjikan perubahan, pelaksanaan yang efektif serta menyeluruh terhadap permasalahan sebenar yang dihadapi pelajar menjadi persoalan. […]

Sistem Pendidikan Malaysia: Dasar Berubah-Ubah Membebankan Guru

Seramai 400,00 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendaftar bagi menduduki ujian bertulis menduduki ujian bertulis di seluruh negara hari ini. Ia kini merupakan satu-satunya ujian peperiksaan yang bakal diduduki pelajar Malaysia sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi ataupun menceburi bidang pekerjaan. Perubahan yang sering berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia ini sebenarnya telah menimbulkan kecelaruan […]

Mengangkat TVET Malaysia ke Tahap Global: Bagaimana Jerman, Australia, dan Singapura Lakukan?

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah tunjang dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Di Malaysia, TVET menunjukkan prestasi yang membanggakan, dengan kadar tahunan kebolehpasaran graduan melebihi 90%. Namun, jurang untuk mencapai standard global seperti Jerman, Australia, dan Singapura agak jauh. Mereka mempunyai sistem TVET yang tersusun, relevan, serta […]

PdPR Ketika Banjir Solusi atau Beban Tambahan?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan di kawasan yang terjejas akibat banjir. Langkah ini dikatakan bertujuan memastikan pelajar tidak keciciran pelajaran mereka, terutama apabila banyak sekolah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Walaupun niat ini kelihatan positif, pelaksanaannya menimbulkan persoalan besar. Adakah PdPR benar-benar mampu memenuhi keperluan […]

Mana Simpati KPM Kepada Calon SPM?

Bencana banjir besar yang sedang melanda negara khususnya di negeri-negeri Pantai Timur Kelantan, Terengganu dan Pahang ketika ini telah menimbulkan perbincangan hangat apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertegas untuk meneruskan pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Meskipun seramai 5377 calon disahkan terjejas, KPM optimis mampu menguruskan cabaran tersebut mengikut mengikut prosedur operasi standard (SOP) Ops […]