Perkukuh Aspek Manusiawi Sistem Pendidikan Negara

Baru-baru ini, tular sebuah kisah sedih yang menimpa Izzuddin Izhar atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din, seorang guru yang kini sedang bertugas di sebuah sekolah pendalaman, di Kanowit, Sarawak. Kisah Cikgu Din ini telah mendapat liputan meluas media masa selain ramai yang menzahirkan rasa simpati dengan musibah yang dihadapi beliau. Beliau berdepan ujian sukar apabila […]
Kuota bumiputera ke matrikulasi: Hormati keluhuran Perlembagaan

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai ruang buat semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 10A dan ke atas memasuki program matrikulasi tanpa mengira kaum adalah sesuatu yang janggal. Ini kerana kuota kemasukan bumiputera ke dalam matrikulasi merupakan salah satu jaminan kerajaan yang termaktub dalam […]
Hormati Kedudukan Bahasa Melayu

Tular baru-baru ini, sembilan Institusi Pendidikan Cina membuat bantahan menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat penyelarasan semula silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular. Selain Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), serta Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur, […]
Isu Guru Bersara Awal Perlukan Solusi Segera KPM

Isu guru bersara awal kian mendapat perhatian pelbagai pihak mutakhir ini. Ibarat retak menanti belah, isu guru bersara awal juga terus menunjukkan trend meningkat saban tahun terutamanya selepas pasca pandemik Covid-19. Situasi ini menyebabkan ramai pihak berkepentingan samada mewakili persatuan-persatuan atau perseorangan menyuarakan kebimbangan dan cadangan masing-masing agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah drastik […]
Genosid Israel Tiup Kebangkitan Suara Mahasiswa

Perkembangan konflik kejam di Gaza saban hari semakin mencuri perhatian komuniti antarabangsa. Keganasan luar batas kemanusiaan regim zionis terhadap rakyat Palestin benar-benar menghambat setiap jiwa untuk bersolidariti dan menjunjukkan kemarahan terhadap kebobrokan terbesar Israel abad ini. Tidak terhad kepada masyarakat awam, bantahan berterusan turut dilakukan oleh warga pendidik dan pelajar di dalam kampus-kampus universiti ternama […]
UiTM: Dasar Affirmatif yang Melindungi Hak Melayu & Bumiputera

Isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan hangat di media sosial. Beberapa minggu lalu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan sebuah kenyataan supaya UiTM mempertimbangkan untuk membuka program kardiotoraks kepada pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam tersebut, malah, salah seorang Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, […]
Sejauh Manakah Impak Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) ?

Garis yang memisahkan antara dunia sains fiksyen dan alam realiti semakin kabur apabila hampir setiap hari ada sahaja pencapaian terbaharu dalam pembangunan teknologi. Bagi masyarakat global yang tidak mahu dilihat ketinggalan, mereka akan menggunakan jargon tertentu dalam perbualan korporat, persidangan antarabangsa dan kandungan kreatif di platform media sosial meskipun mungkin mereka tidak memahami sepenuhnya. Antara […]
Malaysia MADANI : Mampukah Mencapai Sasaran Tenaga Mahir ?

Semasa pembentangan rangka dan hala tuju Ekonomi Madani, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan Malaysia menjadi antara 30 kuasa ekonomi terbesar di dunia. Sasaran ini akan dicapai dengan menstruktur semula pelbagai pelan ekonomi yang lebih mapan. Ini termasuk usaha penyerantauan dan daya saing yang lebih besar serta meningkatkan rantaian nilai. Sasaran ini bertujuan […]
Inovasi Teknologi Dalam Pembelajaran TVET dan STEM: Apa Yang Perlu Dipertimbangkan?

Pembelajaran TVET (Pendidikan Teknikal dan Vokasional) dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) semakin penting di dalam dunia yang semakin berkembang pesat ini. Oleh itu, inovasi teknologi dalam pembelajaran TVET dan STEM adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan secara serius. Walaupun terdapat kelebihan penggunaan teknologi dalam pembelajaran, namun terdapat juga cabaran yang perlu diatasi. Sehubungan dengan […]
Pertanian Bandar : Solusi Kurangkan Kos Sara Hidup, Jamin Sumber Makanan

Pertanian bandar semakin popular dalam kalangan warga kota sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada 2019. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan lebih setahun memberi kekangan kepada orang ramai untuk keluar mendapatkan keperluan asas. Meskipun, kerajaan ketika itu memberi kelonggaran pergerakan secara berperingkat namun, ‘ketakutan’ kepada wabak tersebut sering menghantui masyarakat. Justeru, masyarakat mula bercucuk tanam di rumah […]