Membanteras Keciciran Pelajar: Antara Janji dan Realiti

Isu keciciran pelajar terus menjadi cabaran utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada semalam sekali lagi menegaskan komitmen mereka untuk menangani masalah ini melalui pelbagai strategi intervensi dan inisiatif baharu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa kementerian akan memberi tumpuan kepada peningkatan enrolmen di peringkat sekolah menengah serta menangani jurang sosioekonomi yang […]

Kenaikan Kos LRT Mutiara: Ke Mana Perginya Wang Rakyat?

Projek LRT Mutiara di Pulau Pinang akhirnya sah untuk dilaksanakan dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM13 bilion tahun ini. Berita ini disambut baik oleh rakyat Pulau Pinang kerana ini dijangka dapat mengatasi kesesakan lalu lintas dari Seberang Perai ke pulau seterusnya memperkukuhkan kedudukan negeri sebagai hab perindustrian utama negara. Persoalannya, adakah penggunaan dana awam yang […]

Tangguh Dahulu HSR, Bimbang Singapura yang Mendapat Laba

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kini terbuka kepada syarikat swasta selepas kerajaan menegaskan ia hanya boleh dihidupkan semula sekiranya terdapat penyertaan sepenuhnya daripada sektor itu dengan penglibatan kerajaan yang sangat minimum. Namun persoalannya, syarikat manakah yang mampu membiayai projek mega dengan anggaran kos RM110 bilion, iaitu sekali ganda daripada projek ECRL Pantai […]

New Orleans: Pengabaian Amaran Jejas Keselamatan Awam

Insiden keganasan di Bourbon Street, New Orleans menjadi tumpuan utama orang ramai sewaktu orang ramai bergembira menyambut Tahun Baru 2025. Kejadian tragis itu berlaku apabila seorang individu yang dikenali sebagai, Shamsud-Din Jabbar, 42, merempuh orang ramai dengan kenderaan trak pikap Ford, menyebabkan 14 kematian dan mencederakan hampir 35 orang. Hanya 18 hari sebelum Donald Trump […]

Penutup Tahun Kelam Industri Penerbangan Dunia

Disember 2024 menjadi penutup tahun yang kelam bagi industri penerbangan global. Bermula dengan nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang meragut 42 nyawa pada 25 Disember, insiden malang terus berlanjutan dengan empat lagi kejadian baru dilaporkan pada 30 Disember. Di Korea Selatan, pesawat tambang murah Jeju Air dilaporkan tergelincir dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa […]

Huru-Hara Tarif Eletrik, Siapa yang Bertanggungjawab?

Tahun 2025 bakal menjadi tahun yang mencabar selepas Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan akan melaksanakan jadual tarif elektrik yang baharu bagi penduduk di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2025 sehingga Disember 2027. Di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) itu, tarif asas yang dikenakan adalah 45.62 sen/KwJ berbanding Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 […]

Tiba Masa Reformasi Sistem Keselamatan Lebuh Raya

Pada Isnin lalu, tujuh nyawa telah terkorban dalam nahas jalan raya di KM204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh sewaktu semua sedang bersedia untuk pulang bercuti bagi perayaan Krismas dan Tahun Baharu. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan lori treler tercabut dan berada di lorong tengah, menyebabkan bas persiaran dari […]

PdPR Ketika Banjir Solusi atau Beban Tambahan?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan di kawasan yang terjejas akibat banjir. Langkah ini dikatakan bertujuan memastikan pelajar tidak keciciran pelajaran mereka, terutama apabila banyak sekolah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Walaupun niat ini kelihatan positif, pelaksanaannya menimbulkan persoalan besar. Adakah PdPR benar-benar mampu memenuhi keperluan […]

Pusat Data: Bahana Dalam Peluang

Mana-mana syarikat yang tidak menempelkan jargon digital pada produk dan perkhidmatan mereka akan disangka ketinggalan dan hanya menunggu masa untuk menjadi tidak relevan dalam pasaran. Lihat sahaja pengumuman oleh perusahaan gergasi beberapa tahun belakangan ini yang tidak lekang dengan terma seumpama artificial intelligence, large language model dan quantum computing. Senario ini tidak terhad kepada industri […]

Kepulangan Subang: Harapan Baru Industri Penerbangan

‘Mengembalikan memori lama’, inilah antara ungkapan penuh emosi mengenai langkah strategik AirAsia kembali beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) setelah hampir dua dekad. AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia Tenggara ini bakal membuka lembaran baharu bermula 30 Ogos ini, dengan penerbangan domestik ke Kuching dan Kota Kinabalu serta pakej AirAsia+ […]