Selangor Intelligent Parking (SIP) Tender tak telus, kuasa PBT dikebas kerajaan negeri

Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pelaksanaan sistem Smart Parking atau dikenali Selangor Intelligent Parking (SIP) bermula tahun 1 Ogos 2025 di empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Petaling Jaya (MBPJ), Subang Jaya (MBSJ), Shah Alam (MBSA) dan Selayang (MPS). Pelaksanaan yang melibatkan pelaburan swasta bernilai RM200 juta itu akan dikendalikan oleh Rantaian Mesra Sdn Bhd […]

Laluan Strategik, Kuasa Lama: Apa Hak Trump di Suez & Panama?

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi antarabangsa apabila secara terbuka menuntut akses percuma kepada kapal-kapal dagang dan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Terusan Panama dan Terusan Suez. Menurut Trump, tuntutan tersebut adalah wajar dan merupakan “bayaran yang sepatutnya” diterima AS atas sumbangan besar pembinaan Terusan Panama dan mengekalkan kestabilan geopolitik di sekeliling […]

Akta Pembaharuan Semula Bandar: Masa Depan Pemilikan Bumiputera di Bandar

Pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya pemilik asal kediaman di kawasan bandar. Antara isu utama yang dibangkitkan ialah ia kemungkinan akan mengurangkan komposisi penduduk Melayu/Bumiputera sekiranya kerajaan tidak menetapkan mekanisme perlindungan yang jelas bagi memastikan hak pemilikan mereka terjamin. Salah satu cadangan utama dalam akta ini ialah pengurangan ‘ambang persetujuan’ […]

RUU RM300 Bilion: Pembangunan atau Peminggiran?

Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) bakal melibatkan peruntukan bernilai RM300 bilion ini disambut positif oleh badan profesional seperti arkitek, pemaju, dan juruukur sebagai peluang ekonomi berskala besar. Namun, projek ini menimbulkan polemik kepada pemilik tanah akibat risiko pampasan tidak adil dan pengguguran hak milik yang boleh menjejaskan komuniti, tanpa mengira etnik atau […]

Kos LRT Mutiara RM13 Bilion: Beban atau Pelaburan?

Sesuai atau tidak, itu judul topik yang menjadi perbualan dan perbincangan rakyat tentang projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang yang bakal menghubungkan kawasan-kawasan penting di Pulau Pinang seperti George Town, Butterworth, Gelugor, Sungai Dua dan Bayan Lepas. Ia membabitkan anggaran kos keseluruhan RM13 bilion yang dijangka mengambil masa kira-kira enam tahun […]

Tarif Elektrik: Siapa Benar, Kerajaan atau Lim Guan Eng?

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik bakal berlaku pada separuh kedua tahun. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menafikan tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat sebanyak 14 peratus. Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa kenaikan yang  akan dilaksanakan pada Julai ini hanya melibatkan industri  dan golongan berpendapatan tinggi tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat […]

Kerugian Saham MAHB: Kerajaan Masih Berdolak Dalih?

Kerajaan sepatutnya melindungi keselamatan dan ekonomi rakyat daripada dikawal atau dipengaruhi oleh pihak luar. Namun, dalam isu Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), situasinya tidak mencerminkan prinsip tersebut. Kerajaan pula dilihat berdolak dalih daripada memberikan penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat. Keputusan yang diambil seolah-olah memperjudikan kedaulatan negara dengan menyerahkan aset strategik kepada pihak luar, selain menggunakan […]

Skandal Pajak Helikopter: “Seseorang Sedang Buat Duit”

Kerajaan kini berdepan tekanan hebat untuk menjelaskan keputusan mengambil kontrak pajakan 28 unit helikopter menerusi kontrak bernilai RM16.6 bilion bagi tempoh 15 tahun. Perkara ini dibangkitkan Ketua pembangkang, Hamzah Zainudin yang berkata jumlah kos itu sangat mahal jika dibandingkan dengan kos pembelian 32 buah helikopter yang dibeli Tentera Poland. Menurut beliau, wujud skandal baharu melibatkan […]

Tiada Lagi Tol Percuma Semasa Musim Perayaan

Keputusan kerajaan untuk menghentikan pemberian tol percuma semasa musim perayaan baru-baru ini dengan alasan mengurangkan beban kewangan negara dan menangani kesesakan lebuh raya perlu dikaji semula bagi memahami keperluan sebenar rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa dasar lama yang memberi tol percuma semasa musim […]

Langkah strategik sistem pengangkutan awam

MALAYSIA mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dalam sektor pelancongan domestik, dengan 58.6 juta pelancong direkodkan bagi suku pertama tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding 49.26 juta pelancong bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Namun begitu, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof, antara destinasi negeri yang sering menjadi […]