PdPR Ketika Banjir Solusi atau Beban Tambahan?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan di kawasan yang terjejas akibat banjir. Langkah ini dikatakan bertujuan memastikan pelajar tidak keciciran pelajaran mereka, terutama apabila banyak sekolah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Walaupun niat ini kelihatan positif, pelaksanaannya menimbulkan persoalan besar. Adakah PdPR benar-benar mampu memenuhi keperluan […]

Elak Caj Mahal Hospital Swasta

Tahun 2023 mencatatkan peningkatan kos penjagaan kesihatan yang amat tinggi di hospital swasta, apabila secara purata satu lawatan hospital pesakit perlu membayar RM10,700 berbanding RM8,800 pada tahun 2020 – peningkatan sebanyak 22%. Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat menggesa kerajaan untuk menyelaraskan caj bagi rawatan perubatan untuk mengurangkan jurang pembayaran bil di hospital swasta. Adakah […]

Tenaga Hijau: Eksport vs Keperluan Domestik

Malaysia dijangka memulakan jualan tenaga hijau ke pasaran luar negara bermula bulan ini. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir baru-baru ini berkata bahawa terdapat lebihan (surplus) simpanan tenaga hijau di Malaysia dan ia akan mula dieksport ke Singapura sebanyak 50 megawatt (MW). Lebihan ini mencerminkan adaptasi pasaran tempatan kepada […]

5.3 juta Pek Beras Hilang Akibat Banjir, Lagi Masalah Beras Putih Tempatan

Malaysia mengalami kehilangan potensi hasil (potential output) sejumlah 5.3 juta pek beras 10 kilogram (kg) akibat bencana banjir setakat ini. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, situasi ini bakal memberikan kesan besar kepada bekalan beras putih tempatan dalam negara. Isu ketiadaan beras tempatan di pasaran yang sudah ber­larutan hampir dua […]

RCI Batu Puteh: Demi Keadilan Atau Dendam Lama?

Pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Dewan Rakyat bagi mengkaji pengendalian berkaitan Kes kedaulatan Batu Puteh, yang dijangka pada hari ini menjadi antara tumpuan rakyat Malaysia. Laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun M dikatakan mengarahkan Peguam Negara menarik […]

Isu HRD Corp: KESUMA Berlengah, Salah Tafsir Syor PAC

Kelemahan dalam pengurusan HRD Corp terus menjadi perhatian apabila laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan pelbagai isu, termasuk penyalahgunaan dana dan kelemahan pematuhan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001. Dalam satu kenyataan terbaru PAC pada Isnin di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mewakili pengerusi PAC sekali lagi menegur sikap berlengah […]

Kebebasan Media Telah Mati

Tanggal 9 Disember 2024 bakal menjadi tarikh yang akan diperingati bersempena kematian kebebasan bersuara dan kebebasan media di Malaysia. Hal ini berikutan Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana menurut kerajaan mahu menangani isu-isu seperti kemudaratan dalam talian ke atas kanak-kanak, penipuan, judi dan ucapan kebencian. Tidak dapat dinafikan terdapat […]

Trump 2.0: Implikasi Global dan Langkah Proaktif Malaysia

Perang perdagangan Amerika Syarikat (US)-China dijangka kian genting sejurus sahaja Donald Trump diisytihar sebagai Presiden pada 20 Januari akan datang. Trump bakal mengenakan tarif ke atas import dari China bermula dengan 10% dan dijangka meningkat hingga 60%, lebih tinggi berbanding zaman Trump 1.0 dengan purata tarif efektif sekitar 11%. Trump 2.0 juga bercadang untuk membatalkan […]

Kerugian Banjir Cecah RM1 bilion, Sektor Pertanian Turut Tempias

Bencana banjir di negara ini seolah-olah menjadi acara tahunan terutamanya ketika musim tengkujuh seperti yang sedang dialami beberapa negeri ketika ini. Saban tahun negara kita terpaksa menanggung kerugian yang yang besar hanya untuk mengembalikan negara kepada keadaan sedia kala. Sampai Bila Nak Tanggung? Tahun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Laporan Khas Impak Banjir di […]

Rakyat Tanggung Derita Akibat Tindakan Salah PMX

Pembatalan projek tebatan banjir oleh Perdana Menteri ketika mula menjawat jawatan Perdana Menteri dilihat memberi impak kepada “bah” besar seperti yang dialami oleh rakyat di negeri Kelantan. Perdana Menteri cuba memberi justifikasi tindakan lampau beliau membatalkan beberapa projek tebatan banjir adalah kerana kerajaan Madani menolak amalan rundingan terus yang bermasalah. Beliau percaya tindakan beliau menyelamatkan […]