DeepSeek: ‘Sputnik Moment’ yang goncang pasaran AI?

Dunia dikejutkan dengan kemunculan pesaing OpenAI iaitu DeepSeek, sehingga ia memberikan impak yang besar kepada pasaran teknologi selepas 17 hari pelancarannya. Kejatuhan ketara ini dapat dilihat kepada nilai saham gergasi pasaran, Nvidia dengan kerugian sebanyak USD 593 bilion atau -16.47%. Ini adalah salah satu penurunan nilai terbesar dalam sejarah syarikat itu dalam tempoh satu hari. […]

Amerika Keluar WHO: Dunia Perlu Kaget?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ditubuhkan pada tahun 1948 dengan misi utama untuk memperbaiki kesihatan global, memastikan keselamatan kesihatan antarabangsa, dan melindungi populasi rentan. Berlandaskan prinsip kesaksamaan dan solidariti, WHO telah memainkan peranan penting dalam membanteras pelbagai ancaman kesihatan seperti cacar, polio, HIV/AIDS, serta wabak terkini seperti COVID-19. Ia menjadi tonggak dalam memacu kolaborasi saintifik, menetapkan […]

Tiada Lagi Tol Percuma Semasa Musim Perayaan

Keputusan kerajaan untuk menghentikan pemberian tol percuma semasa musim perayaan baru-baru ini dengan alasan mengurangkan beban kewangan negara dan menangani kesesakan lebuh raya perlu dikaji semula bagi memahami keperluan sebenar rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa dasar lama yang memberi tol percuma semasa musim […]

Tak Mustahil Lalat Boleh Menyebabkan Singa Menjadi Separuh Gila

Respon YB Nga Kor Ming yang tidak akan melayan perdebatan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan ungkapan “singa tidak akan melayan lalat’ adalah sesuatu yang amat sombong dan merendahkan keupayaan YB Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh. Terbaru kenyataan YB Dr Akmal adalah berkaitan sandwich “ham & cheese” yang dijual di kedai serbaneka KK […]

Pengharaman TikTok: Polisi Awam 101

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang memberikan TikTok lanjutan 75 hari, setelah rasmi menjadi Presiden AS yang ke-47 pada 20 Januari. Tambahan lagi, Trump telah mengusulkan agar AS memegang 50% pemilikan TikTok. Ini adalah langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ekonomi moden, di mana kerajaan secara langsung campur tangan […]

Membanteras Keciciran Pelajar: Antara Janji dan Realiti

Isu keciciran pelajar terus menjadi cabaran utama dalam sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada semalam sekali lagi menegaskan komitmen mereka untuk menangani masalah ini melalui pelbagai strategi intervensi dan inisiatif baharu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa kementerian akan memberi tumpuan kepada peningkatan enrolmen di peringkat sekolah menengah serta menangani jurang sosioekonomi yang […]

Waktu Bekerja Berlainan (WBB): Solusi atau Beban Baharu?

Pelaksanaan sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pegawai perubatan. Sistem ini dikatakan bertujuan untuk memperbaiki keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance) dan mengurangkan waktu kerja yang berlebihan. Namun, di sebalik janji-janji reformasi, WBB telah menimbulkan kebimbangan berkenaan ketidakadilan, eksploitasi pekerja, dan kesan terhadap sistem kesihatan awam negara. […]

Hakisan Pantai Terengganu Semakin Kritikal: Apa Tindakan Kerajaan?

Hakisan pantai di Terengganu kini pada tahap yang kritikal terutamanya di Pantai Mengabang Telipot, Pengkalan Maras dan Batu Rakit. Keadaan ini telah menjejaskan lebih enam buah rumah, jalan raya dan kawasan perkuburan. Sekiranya hakisan pantai in berlaku secara berterusan, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada penduduk setempat dan menjejaskan ekonomi di kawasan tersebut. […]

Kenaikan Kos LRT Mutiara: Ke Mana Perginya Wang Rakyat?

Projek LRT Mutiara di Pulau Pinang akhirnya sah untuk dilaksanakan dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM13 bilion tahun ini. Berita ini disambut baik oleh rakyat Pulau Pinang kerana ini dijangka dapat mengatasi kesesakan lalu lintas dari Seberang Perai ke pulau seterusnya memperkukuhkan kedudukan negeri sebagai hab perindustrian utama negara. Persoalannya, adakah penggunaan dana awam yang […]

Gag Order: Langkah Terakhir Tutup Mulut Rakyat

Kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) dijangka memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah larangan bersuara (gag order) supaya melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes Titah Addendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi. Dalam konteks sesetengah negara, gag order ini bertujuan memastikan juri tidak dipengaruhi oleh laporan media untuk menjamin keadilan dalam membuat keputusan. Namun di […]