Gas Bersubsidi Diharamkan di Premis Perniagaan

Kerajaan telah menguatkuasa larangan penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) atapun tong gas LPG bersubsidi di premis perniagaan di seluruh negara. Langkah ini bagi memastikan subsidi kerajaan akan dinikmati oleh pengguna domestik yang layak. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) , kerajaan membelanjakan RM3.4 bilion pada 2024 bagi gas bersubsidi. Membanteras Ketirisan […]
Konflik India-Pakistan: Pergolakan Dua Negara, Risiko Global

India dan Pakistan, kembali mencetuskan kebimbangan dunia apabila konflik bersenjata meletus di wilayah Kashmir. Ketegangan ini yang berpunca daripada serangan berdarah di Pahalgam, Kashmir yang mengorbankan 26 pelancong India sehingga mencetuskan pertempuran bersenjata rentas sempadan yang melibatkan ketenteraan, serangan udara, dan mengorbankan banyak jiwa. Dari sudut sejarah, konflik antara India dan Pakistan berpunca daripada isu […]
MyKiosk: Cermin Ketelusan atau Kerapuhan Tatakelola?

Inisiatif MyKiosk 2.0 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang bertujuan membantu penjaja kecil dan meningkatkan sosioekonomi rakyat berpendapatan rendah, semakin dipersoalkan dari segi pelaksanaan dan ketelusan kos. Menteri KPKT, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan 4,054 unit kios di bawah 93 pihak berkuasa tempatan […]
Tarif Trump: Usaha AS Makan Diri

Langkah Presiden Donald Trump mengumumkan tarif ke atas berpuluh-puluh negara telah mencetuskan pelbagai reaksi. Pendekatan ‘protectionisme’ yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat jelas ingin mencetuskan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China selain ia bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh ekonomi global. Dalam usaha memajukan agenda “America First”, langkah ini diwujudkan bertujuan melindungi industri domestik, mengurangkan defisit […]
Meneliti Potensi Torium dalam Dasar Tenaga Nuklear Malaysia

Torium merupakan elemen radioaktif semula jadi yang semakin mendapat perhatian sebagai bahan api alternatif kepada uranium dalam tenaga nuklear. Malaysia mempunyai simpanan torium yang besar, khususnya torium-232, di mana ia berpotensi digunakan sebagai sumber tenaga masa hadapan. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menerbitkan analisis mengenai potensi jangka panjang torium dalam tenaga nuklear. Menurut IAEA, […]
Akta Pembaharuan Semula Bandar: Masa Depan Pemilikan Bumiputera di Bandar

Pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya pemilik asal kediaman di kawasan bandar. Antara isu utama yang dibangkitkan ialah ia kemungkinan akan mengurangkan komposisi penduduk Melayu/Bumiputera sekiranya kerajaan tidak menetapkan mekanisme perlindungan yang jelas bagi memastikan hak pemilikan mereka terjamin. Salah satu cadangan utama dalam akta ini ialah pengurangan ‘ambang persetujuan’ […]
E-Invois: Kecekapan Percukaian vs. Beban Kewangan PKS

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhasrat untuk mewajibkan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 kepada semua peringkat pembayar cukai. Bagi fasa pertama, kerajaan akan mengenakan e-Invois kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta. Pada fasa kedua, pelaksanaan ini akan melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM25 juta hingga RM100 juta manakala […]
Tarif Elektrik: Siapa Benar, Kerajaan atau Lim Guan Eng?

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik bakal berlaku pada separuh kedua tahun. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menafikan tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat sebanyak 14 peratus. Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa kenaikan yang akan dilaksanakan pada Julai ini hanya melibatkan industri dan golongan berpendapatan tinggi tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat […]
Langkah strategik sistem pengangkutan awam

MALAYSIA mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dalam sektor pelancongan domestik, dengan 58.6 juta pelancong direkodkan bagi suku pertama tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding 49.26 juta pelancong bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Namun begitu, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof, antara destinasi negeri yang sering menjadi […]
Hakisan Pantai Terengganu Semakin Kritikal: Apa Tindakan Kerajaan?

Hakisan pantai di Terengganu kini pada tahap yang kritikal terutamanya di Pantai Mengabang Telipot, Pengkalan Maras dan Batu Rakit. Keadaan ini telah menjejaskan lebih enam buah rumah, jalan raya dan kawasan perkuburan. Sekiranya hakisan pantai in berlaku secara berterusan, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada penduduk setempat dan menjejaskan ekonomi di kawasan tersebut. […]