ASEAN dan ‘Trump Tariff Tantrum’

Dunia menyaksikan lapan hari penuh ketegangan geopolitik susulan ugutan tarif mendadak oleh Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump, yang dikenali sebagai ‘Trump Tariff Tantrum’. Ketegangan ini bukan sahaja menggugat perdagangan global, malah memaksa syarikat gergasi seperti TSMC membuka kilang di US tanpa sebarang geran. Situasi ini memberi tekanan besar kepada negara serantau, termasuk ASEAN. Setelah […]
RM1.1 Bilion ke Sapura: Strategi Ekonomi atau Langkah Terdesak?

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad, yang sedang menghadapi masalah kewangan. Namun, tindakan ini telah mencetuskan perdebatan hangat, dengan pelbagai pandangan dari ahli politik dan pakar mengenai sama ada ia merupakan ‘bailout’ atau pelaburan strategik. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa suntikan dana tersebut bukanlah […]
Kepengerusian ASEAN 2025: Apakah Ada Hala Tuju Yang Jelas?

Pada tahun 2025, Malaysia mengambil alih tampuk kepimpinan ASEAN, satu kedudukan strategik untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi di Asia Tenggara. Namun, perbincangan di Malaysia Outlook Conference 2025 anjuran IDEAS baru-baru ini, menunjukkan bahawa Perdana Menteri masih belum menggariskan hala tuju yang konkrit dalam memacu pertubuhan ini. Sudah tiga bulan berlalu, tetapi tema “keterangkuman dan […]
RUU RM300 Bilion: Pembangunan atau Peminggiran?

Cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) bakal melibatkan peruntukan bernilai RM300 bilion ini disambut positif oleh badan profesional seperti arkitek, pemaju, dan juruukur sebagai peluang ekonomi berskala besar. Namun, projek ini menimbulkan polemik kepada pemilik tanah akibat risiko pampasan tidak adil dan pengguguran hak milik yang boleh menjejaskan komuniti, tanpa mengira etnik atau […]
Kos LRT Mutiara RM13 Bilion: Beban atau Pelaburan?

Sesuai atau tidak, itu judul topik yang menjadi perbualan dan perbincangan rakyat tentang projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang yang bakal menghubungkan kawasan-kawasan penting di Pulau Pinang seperti George Town, Butterworth, Gelugor, Sungai Dua dan Bayan Lepas. Ia membabitkan anggaran kos keseluruhan RM13 bilion yang dijangka mengambil masa kira-kira enam tahun […]
Kerugian Saham MAHB: Kerajaan Masih Berdolak Dalih?

Kerajaan sepatutnya melindungi keselamatan dan ekonomi rakyat daripada dikawal atau dipengaruhi oleh pihak luar. Namun, dalam isu Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), situasinya tidak mencerminkan prinsip tersebut. Kerajaan pula dilihat berdolak dalih daripada memberikan penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat. Keputusan yang diambil seolah-olah memperjudikan kedaulatan negara dengan menyerahkan aset strategik kepada pihak luar, selain menggunakan […]
DeepSeek: ‘Sputnik Moment’ yang goncang pasaran AI?

Dunia dikejutkan dengan kemunculan pesaing OpenAI iaitu DeepSeek, sehingga ia memberikan impak yang besar kepada pasaran teknologi selepas 17 hari pelancarannya. Kejatuhan ketara ini dapat dilihat kepada nilai saham gergasi pasaran, Nvidia dengan kerugian sebanyak USD 593 bilion atau -16.47%. Ini adalah salah satu penurunan nilai terbesar dalam sejarah syarikat itu dalam tempoh satu hari. […]
Pengharaman TikTok: Polisi Awam 101

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang memberikan TikTok lanjutan 75 hari, setelah rasmi menjadi Presiden AS yang ke-47 pada 20 Januari. Tambahan lagi, Trump telah mengusulkan agar AS memegang 50% pemilikan TikTok. Ini adalah langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ekonomi moden, di mana kerajaan secara langsung campur tangan […]
Kenaikan Kos LRT Mutiara: Ke Mana Perginya Wang Rakyat?

Projek LRT Mutiara di Pulau Pinang akhirnya sah untuk dilaksanakan dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM13 bilion tahun ini. Berita ini disambut baik oleh rakyat Pulau Pinang kerana ini dijangka dapat mengatasi kesesakan lalu lintas dari Seberang Perai ke pulau seterusnya memperkukuhkan kedudukan negeri sebagai hab perindustrian utama negara. Persoalannya, adakah penggunaan dana awam yang […]
Subsidi, T15 & KDNK: Tumpu Dasar Lebih Berkesan

Negara bakal berhadapan dengan penarikan subsidi bahan api RON95 kepada kumpulan warga asing dan T15 pengguna mahakaya sekitar pertengahan tahun ini. HSBC Global Research melaporkan bahawa penarikan subsidi ini bakal mencetuskan ketidaktentuan ekonomi, dengan inflasi berpotensi meningkat kepada 2.7% berbanding 1.9% tahun lalu. Selain itu, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 dinaikkan kepada […]