RUU Baja Sabah: Model Pembaharuan Pertanian Di Peringkat Persekutuan

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Baja Pertanian 2025, menjadikan Sabah negeri pertama di Malaysia yang menggubal undang-undang khusus berkaitan baja. RUU ini bertujuan mengawal pengilangan, pengimportan, pengeksportan dan penjualan baja serta bahan mentahnya. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan penelitian kerajaan negeri terhadap isu kualiti input pertanian, malah […]
Ayer Kuning: Calon PN mampu buat kejutan?

Pas yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pula berusaha memenangi PRK ini untuk memberi mesej bahawa mereka bersedia dan berupaya mengambil alih pentadbiran baik di peringkat negeri mahupun pusat. Gambar kecil: Mukhtaruddin Pas yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pula berusaha memenangi PRK ini untuk memberi mesej bahawa mereka bersedia dan berupaya mengambil alih pentadbiran baik di […]
Genosid Gaza: Ancam Kebebasan Akademik Dunia

Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengugut untuk memotong dana penyelidikan sebanyak AS$2.2 bilion kepada Universiti Harvard tidak boleh dianggap sebagai isu pentadbiran biasa. Ia adalah amaran terbuka dan ugutan politik yang terang-terangan terhadap universiti terkemuka dunia hanya disebabkan institusi tersebut memberi ruang kepada suara solidariti terhadap Gaza dan lantang mempertahankan hak bersuara para pelajarnya. […]
Lawatan Xi Jinping: Diplomasi China di Tengah Krisis Tarif Amerika

Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025 bukan sekadar kunjungan kenegaraan bersifat simbolik, tetapi satu langkah diplomasi strategik dalam usaha memperkukuh kedudukan China sebagai kuasa ekonomi dominan di rantau Asia Tenggara. Ketika dunia masih berdepan dengan ketegangan perdagangan akibat dasar tarif proteksionis Amerika Syarikat, Beijing mengambil pendekatan berbeza: […]
Durian Musang King vs Kedaulatan Negeri: Bagaimana Pahang Menghadapi Isu Pencerobohan Tanah Haram

Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri di Raub untuk penanaman durian Musang King tanpa kelulusan bukan sekadar pertikaian pertanian, tetapi melibatkan ketegasan undang-undang dan prinsip keadilan dalam pengurusan tanah. Tindakan kerajaan Pahang yang memusnahkan lebih 1,000 pokok durian yang ditanam secara haram mencetuskan reaksi pelbagai pihak, namun ia adalah langkah perlu dalam mempertahankan hak milik sah […]
Tarif Amerika Tekan Kos Kesihatan Malaysia

Pentadbiran Presiden Donald Trump sekali lagi mencetuskan ketegangan perdagangan global menerusi pengumuman tarif balas setinggi 10% ke atas semua negara, dengan kadar lebih tinggi untuk negara-negara tertentu. Tindakan ini kini termasuk sektor farmaseutikal dan peranti perubatan – sektor yang sebelum ini dikecualikan. Malaysia, sebagai salah satu pengeksport utama produk kesihatan ke Amerika Syarikat, termasuk sarung […]
Reciprocal Tariff: Trump Perangkap Diri

Kembalinya Donald Trump ke pentas ekonomi global dengan senjata tarif yang digilap semula bukan sekadar episod ulangan dalam sejarah. Ia adalah isyarat kepada dunia bahawa Amerika Syarikat (AS) bersedia mengorbankan prinsip perdagangan bebas demi cita-cita nasionalisme dan hegemoni kuasa besar. Terbaru, pengumuman Trump tentang pengenalan reciprocal tariff – tarif timbal balik – bukan hanya menggemparkan […]
Mengemudi Potensi Industri Nadir Bumi di Malaysia

Industri nadir bumi (REE) Malaysia kini berada di persimpangan penting antara potensi ekonomi dan cabaran geopolitik. Dengan simpanan yang signifikan di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perak, Malaysia berpeluang untuk menjadi pemain utama dalam rantaian bekalan global. Namun, kekangan teknologi, pengaruh monopoli China, isu perlombongan haram, serta ketidaktentuan dasar menjadi faktor yang perlu ditangani […]
Sistem Stockpile Makanan Ruji: Jepun vs Malaysia, Siapa Lebih Bersedia?

Jepun kini berdepan dengan krisis makanan ruji yang luar biasa apabila kerajaan terpaksa melepaskan sebanyak 210,000 tan beras daripada stok kecemasannya. Langkah drastik ini diambil kerajaan Jepun bagi mengekang lonjakan harga beras yang hampir dua kali ganda dalam tempoh setahun. Pada Februari 2024, harga purata runcit bagi lima kilogram beras melonjak kepada 3,688 yen (kira-kira […]
PH-BN Adalah Gabungan Berasid

Kerajaan PH-BN ibarat pakatan berasid. Itu gambaran yang sesuai untuk diberikan pakatan kerajaan sekarang, ketika mana mereka sedang menghakis kepercayaan rakyat terhadap tindakan mereka dalam menjaga keharmonian hidup yang dinikmati rakyat sejak sekian lama. Rakyat sekarang merasakan adanya double standard dalam tindakan kerajaan. Pada suatu masa, mereka berteriak malah berguling- guling atas jalan raya menarik […]