Mengemudi Potensi Industri Nadir Bumi di Malaysia

Industri nadir bumi (REE) Malaysia kini berada di persimpangan penting antara potensi ekonomi dan cabaran geopolitik. Dengan simpanan yang signifikan di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perak, Malaysia berpeluang untuk menjadi pemain utama dalam rantaian bekalan global. Namun, kekangan teknologi, pengaruh monopoli China, isu perlombongan haram, serta ketidaktentuan dasar menjadi faktor yang perlu ditangani […]

RM1.1 Bilion ke Sapura: Strategi Ekonomi atau Langkah Terdesak?

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad, yang sedang menghadapi masalah kewangan. Namun, tindakan ini telah mencetuskan perdebatan hangat, dengan pelbagai pandangan dari ahli politik dan pakar mengenai sama ada ia merupakan ‘bailout’ atau pelaburan strategik. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa suntikan dana tersebut bukanlah […]

Trump Semakin Bernafsu, Ukraine Jadi Mangsa

Dunia kini menyaksikan satu lagi babak dalam persaingan geopolitik yang melibatkan sumber mineral strategik. Amerika Syarikat sedang berunding dengan Ukraine untuk mendapatkan akses kepada sumber mineralnya sebagai balasan terhadap bantuan ketenteraan dan ekonomi yang diberikan. Pada masa yang sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah menawarkan akses kepada sumber mineral termasuk dari wilayah Ukraine yang diduduki […]

PH-BN Adalah Gabungan Berasid

Kerajaan PH-BN ibarat pakatan berasid. Itu gambaran yang sesuai untuk diberikan pakatan kerajaan sekarang, ketika mana mereka sedang menghakis kepercayaan rakyat terhadap tindakan mereka dalam menjaga keharmonian hidup yang dinikmati rakyat sejak sekian lama. Rakyat sekarang merasakan adanya double standard dalam tindakan kerajaan. Pada suatu masa, mereka berteriak malah berguling- guling atas jalan raya menarik […]

Akta Pembaharuan Semula Bandar: Masa Depan Pemilikan Bumiputera di Bandar

Pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya pemilik asal kediaman di kawasan bandar. Antara isu utama yang dibangkitkan ialah ia kemungkinan akan mengurangkan komposisi penduduk Melayu/Bumiputera sekiranya kerajaan tidak menetapkan mekanisme perlindungan yang jelas bagi memastikan hak pemilikan mereka terjamin. Salah satu cadangan utama dalam akta ini ialah pengurangan ‘ambang persetujuan’ […]

Kepengerusian ASEAN 2025: Apakah Ada Hala Tuju Yang Jelas?

Pada tahun 2025, Malaysia mengambil alih tampuk kepimpinan ASEAN, satu kedudukan strategik untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi di Asia Tenggara. Namun, perbincangan di Malaysia Outlook Conference 2025 anjuran IDEAS baru-baru ini, menunjukkan bahawa Perdana Menteri masih belum menggariskan hala tuju yang konkrit dalam memacu pertubuhan ini. Sudah tiga bulan berlalu, tetapi tema “keterangkuman dan […]

Ekonomi Kitaran: Retorik dan Realiti

Dalam setiap forum antarabangsa dan laporan kemampanan syarikat gergasi, prinsip ekonomi kitaran (circular economy) dilaungkan sebagai penyelesaian terbaik kepada krisis sisa pepejal global. Dengan prinsip utama refuse, reduce, reuse, repurpose, recycle, ekonomi kitaran digambarkan sebagai satu bentuk ekonomi yang lebih lestari, mengurangkan pembaziran sumber dan menjanjikan masa depan yang lebih hijau. Namun, adakah kita benar-benar […]

E-Invois: Kecekapan Percukaian vs. Beban Kewangan PKS

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhasrat untuk mewajibkan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 kepada semua peringkat pembayar cukai. Bagi fasa pertama, kerajaan akan mengenakan e-Invois kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta. Pada fasa kedua, pelaksanaan ini akan melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM25 juta hingga RM100 juta manakala […]

Kos LRT Mutiara RM13 Bilion: Beban atau Pelaburan?

Sesuai atau tidak, itu judul topik yang menjadi perbualan dan perbincangan rakyat tentang projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang yang bakal menghubungkan kawasan-kawasan penting di Pulau Pinang seperti George Town, Butterworth, Gelugor, Sungai Dua dan Bayan Lepas. Ia membabitkan anggaran kos keseluruhan RM13 bilion yang dijangka mengambil masa kira-kira enam tahun […]

Tarif Elektrik: Siapa Benar, Kerajaan atau Lim Guan Eng?

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik bakal berlaku pada separuh kedua tahun. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menafikan tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat sebanyak 14 peratus. Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa kenaikan yang  akan dilaksanakan pada Julai ini hanya melibatkan industri  dan golongan berpendapatan tinggi tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat […]