Durian Musang King vs Kedaulatan Negeri: Bagaimana Pahang Menghadapi Isu Pencerobohan Tanah Haram

Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri di Raub untuk penanaman durian Musang King tanpa kelulusan bukan sekadar pertikaian pertanian, tetapi melibatkan ketegasan undang-undang dan prinsip keadilan dalam pengurusan tanah. Tindakan kerajaan Pahang yang memusnahkan lebih 1,000 pokok durian yang ditanam secara haram mencetuskan reaksi pelbagai pihak, namun ia adalah langkah perlu dalam mempertahankan hak milik sah […]
Harga Telur Jatuh Menjunam: Pola Perubahan Pemakanan dan Implikasinya Terhadap Industri

Baru-baru ini, pengguna di Malaysia dikejutkan dengan penurunan ketara harga telur ayam, yang mencatatkan kadar terendah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tinjauan di beberapa premis peruncitan mendapati harga sepapan telur Gred E dijual serendah RM4 berbanding RM8.50 sebelum ini, manakala telur Gred C dijual pada harga RM5.50 berbanding RM10. Penurunan ini mendapat sambutan hangat daripada […]
Sistem Stockpile Makanan Ruji: Jepun vs Malaysia, Siapa Lebih Bersedia?

Jepun kini berdepan dengan krisis makanan ruji yang luar biasa apabila kerajaan terpaksa melepaskan sebanyak 210,000 tan beras daripada stok kecemasannya. Langkah drastik ini diambil kerajaan Jepun bagi mengekang lonjakan harga beras yang hampir dua kali ganda dalam tempoh setahun. Pada Februari 2024, harga purata runcit bagi lima kilogram beras melonjak kepada 3,688 yen (kira-kira […]
Isu Pencampuran Beras: Tanggungjawab Kerajaan Membanteras Penipuan Pengguna

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ini mengesahkan melalui analisis forensik DNA bahawa terdapat pencampuran ketara antara beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) di pasaran. Hasil kajian ini membuktikan bahawa amalan percampuran beras bukan sekadar dakwaan, tetapi realiti yang menjejaskan integriti pasaran beras negara dan memberi kesan langsung kepada pengguna. […]
LKAN 2025: Pendidikan Tinggi Perlu Penstrukturan Semula

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2025 mendedahkan isu serius dalam pengurusan kewangan dan keberkesanan projek di institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia. Penemuan ini menunjukkan keperluan segera untuk menstruktur semula sistem pendidikan tinggi demi memastikan kelestarian kewangan, keberkesanan penyelidikan, dan mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan. Kerugian Berterusan Tiga Tahun Berturut-Turut Laporan tersebut mendedahkan bahawa tiga universiti […]
Garis Panduan Menghadiri Upacara Agama Lain: Tergadai Prinsip Kerana Kepentingan Politik

Baru-baru ini, Menteri agama Na’im Mokhtar mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan garis panduan baru berkaitan penglibatan orang Islam dalam acara keagamaan bukan Islam. Namun, rancangan itu terus menerima bantahan keras pelbagai pihak khususnya daripada pemimpin bukan Islam. Isu ini timbul selepas daripada jawapan bertulis menteri berkenaan menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (Ahli Parlimen Permatang Pauh). […]
Harga Lantai Padi Baru Masih Bawah Kos Pesawah

Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga lantai padi baharu ditetapkan pada RM1,500 per tan. Walaupun peningkatan ini lebih tinggi berbanding kadar sebelum ini, ia masih berada di bawah kos sebenar yang ditanggung oleh pesawah. Beberapa kajian ekonomi menyarankan harga lantai yang lebih realistik berada dalam lingkungan RM1,600 hingga RM1,800 per tan metrik bagi memastikan petani memperoleh […]
Skandal Pajak Helikopter: “Seseorang Sedang Buat Duit”

Kerajaan kini berdepan tekanan hebat untuk menjelaskan keputusan mengambil kontrak pajakan 28 unit helikopter menerusi kontrak bernilai RM16.6 bilion bagi tempoh 15 tahun. Perkara ini dibangkitkan Ketua pembangkang, Hamzah Zainudin yang berkata jumlah kos itu sangat mahal jika dibandingkan dengan kos pembelian 32 buah helikopter yang dibeli Tentera Poland. Menurut beliau, wujud skandal baharu melibatkan […]
Tiada Lagi Tol Percuma Semasa Musim Perayaan

Keputusan kerajaan untuk menghentikan pemberian tol percuma semasa musim perayaan baru-baru ini dengan alasan mengurangkan beban kewangan negara dan menangani kesesakan lebuh raya perlu dikaji semula bagi memahami keperluan sebenar rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa dasar lama yang memberi tol percuma semasa musim […]
Gag Order: Langkah Terakhir Tutup Mulut Rakyat

Kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) dijangka memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah larangan bersuara (gag order) supaya melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes Titah Addendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi. Dalam konteks sesetengah negara, gag order ini bertujuan memastikan juri tidak dipengaruhi oleh laporan media untuk menjamin keadilan dalam membuat keputusan. Namun di […]