Selangor Intelligent Parking (SIP) Tender tak telus, kuasa PBT dikebas kerajaan negeri

Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pelaksanaan sistem Smart Parking atau dikenali Selangor Intelligent Parking (SIP) bermula tahun 1 Ogos 2025 di empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Petaling Jaya (MBPJ), Subang Jaya (MBSJ), Shah Alam (MBSA) dan Selayang (MPS). Pelaksanaan yang melibatkan pelaburan swasta bernilai RM200 juta itu akan dikendalikan oleh Rantaian Mesra Sdn Bhd […]
Lawatan Trump ke Teluk: Pelaburan atau Pengkhianatan?

Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, ketiga negara Teluk — Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Qatar — pada ketika Gaza sedang dilanda krisis kemanusiaan, telah mencetuskan persoalan besar: adakah ini sebuah pelaburan strategik atau satu pengkhianatan terbuka terhadap nasib umat Islam? Ketika hospital Gaza dikepung, ketika bayi-bayi meninggal kerana kelaparan dan bom […]
Sidang Khas Parlimen 5 Mei: Suara Malaysia dalam Gejolak Ekonomi Global

Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei 2025 berlangsung dalam suasana global yang bergelora apabila Amerika Syarikat mengumumkan tarif import baharu yang bersifat timbal balas terhadap hampir semua negara termasuk Malaysia. Tindakan ini bukan sahaja mencabar prinsip perdagangan bebas global, tetapi menguji ketahanan ekonomi negara yang bergantung tinggi kepada sektor eksport. Krisis ini menuntut tindak balas […]
Laluan Strategik, Kuasa Lama: Apa Hak Trump di Suez & Panama?

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi antarabangsa apabila secara terbuka menuntut akses percuma kepada kapal-kapal dagang dan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Terusan Panama dan Terusan Suez. Menurut Trump, tuntutan tersebut adalah wajar dan merupakan “bayaran yang sepatutnya” diterima AS atas sumbangan besar pembinaan Terusan Panama dan mengekalkan kestabilan geopolitik di sekeliling […]
Genosid Gaza: Ancam Kebebasan Akademik Dunia

Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengugut untuk memotong dana penyelidikan sebanyak AS$2.2 bilion kepada Universiti Harvard tidak boleh dianggap sebagai isu pentadbiran biasa. Ia adalah amaran terbuka dan ugutan politik yang terang-terangan terhadap universiti terkemuka dunia hanya disebabkan institusi tersebut memberi ruang kepada suara solidariti terhadap Gaza dan lantang mempertahankan hak bersuara para pelajarnya. […]
Lawatan Xi Jinping: Diplomasi China di Tengah Krisis Tarif Amerika

Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025 bukan sekadar kunjungan kenegaraan bersifat simbolik, tetapi satu langkah diplomasi strategik dalam usaha memperkukuh kedudukan China sebagai kuasa ekonomi dominan di rantau Asia Tenggara. Ketika dunia masih berdepan dengan ketegangan perdagangan akibat dasar tarif proteksionis Amerika Syarikat, Beijing mengambil pendekatan berbeza: […]
Antara Gaza dan Tarif Amerika: Keseimbangan Ekonomi, Prinsip Kemanusiaan

Dunia hari ini sedang menyaksikan dua konflik yang menguji kematangan dasar luar dan keutuhan pendirian negara-negara umat Islam: pertama, genosid berterusan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza; dan kedua, tekanan ekonomi global akibat dasar tarif baharu oleh Amerika Syarikat. Dua isu ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai berasingan, malah ada yang berpendapat […]
Pendidikan Digital: Langkah Ke Depan atau Kemunduran Ilmu?

Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasa pendidikan digital melalui inisiatif seperti sekolah digital dan penambahan kelas hibrid wajar dipuji sebagai langkah ke hadapan dalam memperkasa sistem pendidikan negara. Namun, di sebalik keghairahan menerapkan teknologi dalam pembelajaran, timbul kebimbangan terhadap impaknya terhadap penguasaan ilmu asas, khususnya dalam aspek menulis, membaca, dan memahami konsep secara mendalam. […]
Janji Peruntukan Pembangkang Hanya Retorik Kosong Madani

Blok kerajaan semalam dikecam hebat dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja apabila YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membongkar pembohongan terang-terangan kerajaan Madani berhubung isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Walaupun kerajaan berulang kali mendakwa peruntukan akan diberikan jika pembangkang berunding, ahli parlimen Muar itu mendedahkan bahawa beliau telah lima kali berunding […]
Penarafan Tunggal TVET Perkasa Kualiti Pendidikan Negara

Malaysia Perkukuh TVET dengan Badan Penarafan Tunggal Malaysia terus komited memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) dengan penubuhan badan penarafan tunggal TVET. Perkara ini dibincang dan dipersetujui melalui mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional Negara (MTVET) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada tahun lalu. […]