Hormati Kedudukan Bahasa Melayu

Tular baru-baru ini, sembilan Institusi Pendidikan Cina membuat bantahan menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat penyelarasan semula silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular. Selain Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), serta Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur, […]

Isu Guru Bersara Awal Perlukan Solusi Segera KPM

Isu guru bersara awal kian mendapat perhatian pelbagai pihak mutakhir ini. Ibarat retak menanti belah, isu guru bersara awal juga terus menunjukkan trend meningkat saban tahun terutamanya selepas pasca pandemik Covid-19. Situasi ini menyebabkan ramai pihak berkepentingan samada mewakili persatuan-persatuan atau perseorangan menyuarakan kebimbangan dan cadangan masing-masing agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah drastik […]

Genosid Israel Tiup Kebangkitan Suara Mahasiswa

Perkembangan konflik kejam di Gaza saban hari semakin mencuri perhatian komuniti antarabangsa. Keganasan luar batas kemanusiaan regim zionis terhadap rakyat Palestin benar-benar menghambat setiap jiwa untuk bersolidariti dan menjunjukkan kemarahan terhadap kebobrokan terbesar Israel abad ini. Tidak terhad kepada masyarakat awam, bantahan berterusan turut dilakukan oleh warga pendidik dan pelajar di dalam kampus-kampus universiti ternama […]

Impak Ekonomi Konflik Iran-Israel

Konflik Iran-Israel dilihat menjadi semakin tegang susulan tindakan melampau negara haram Israel yang menyerang bangunan konsulat Iran di ibu negara Syria mengorbankan tujuh pegawai Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) termasuk dua jeneral tertinggi republik itu pada 1 April 2024. Iran dalam respon balas awal menyatakan bahawa serangan tersebut adalah bersifat pengecut dan keji serta melanggar […]

Malaysia MADANI : Mampukah Mencapai Sasaran Tenaga Mahir ?

Semasa pembentangan rangka dan hala tuju Ekonomi Madani, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan Malaysia menjadi antara 30 kuasa ekonomi terbesar di dunia. Sasaran ini akan dicapai dengan menstruktur semula pelbagai pelan ekonomi yang lebih mapan. Ini termasuk usaha penyerantauan dan daya saing yang lebih besar serta meningkatkan rantaian nilai. Sasaran ini bertujuan […]

Pertanian Bandar : Solusi Kurangkan Kos Sara Hidup, Jamin Sumber Makanan

Pertanian bandar semakin popular dalam kalangan warga kota sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada 2019. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan lebih setahun memberi kekangan kepada orang ramai untuk keluar mendapatkan keperluan asas. Meskipun, kerajaan ketika itu memberi kelonggaran pergerakan secara berperingkat namun, ‘ketakutan’ kepada wabak tersebut sering menghantui masyarakat. Justeru, masyarakat mula bercucuk tanam di rumah […]

Krisis Gaji Rendah

Gaji rendah, terus membelenggu graduan universiti dalam pasaran buruh. Ditambah pula, kesan pandemik COVID-19 yang lalu turut mengakibatkan ramai dikalangan pekerja hilang pekerjaan atau menukar pekerjaan. Bukan itu sahaja, kepesatan pembangunan serta peralihan negara ke Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) juga dijangka mengubah landskap sebahagian besar pasaran buruh. Kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap analisis […]