Sidang Khas Parlimen 5 Mei: Suara Malaysia dalam Gejolak Ekonomi Global

Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei 2025 berlangsung dalam suasana global yang bergelora apabila Amerika Syarikat mengumumkan tarif import baharu yang bersifat timbal balas terhadap hampir semua negara termasuk Malaysia. Tindakan ini bukan sahaja mencabar prinsip perdagangan bebas global, tetapi menguji ketahanan ekonomi negara yang bergantung tinggi kepada sektor eksport. Krisis ini menuntut tindak balas […]
Lawatan Xi Jinping: Diplomasi China di Tengah Krisis Tarif Amerika

Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025 bukan sekadar kunjungan kenegaraan bersifat simbolik, tetapi satu langkah diplomasi strategik dalam usaha memperkukuh kedudukan China sebagai kuasa ekonomi dominan di rantau Asia Tenggara. Ketika dunia masih berdepan dengan ketegangan perdagangan akibat dasar tarif proteksionis Amerika Syarikat, Beijing mengambil pendekatan berbeza: […]
ASEAN dan ‘Trump Tariff Tantrum’

Dunia menyaksikan lapan hari penuh ketegangan geopolitik susulan ugutan tarif mendadak oleh Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump, yang dikenali sebagai ‘Trump Tariff Tantrum’. Ketegangan ini bukan sahaja menggugat perdagangan global, malah memaksa syarikat gergasi seperti TSMC membuka kilang di US tanpa sebarang geran. Situasi ini memberi tekanan besar kepada negara serantau, termasuk ASEAN. Setelah […]
Antara Gaza dan Tarif Amerika: Keseimbangan Ekonomi, Prinsip Kemanusiaan

Dunia hari ini sedang menyaksikan dua konflik yang menguji kematangan dasar luar dan keutuhan pendirian negara-negara umat Islam: pertama, genosid berterusan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza; dan kedua, tekanan ekonomi global akibat dasar tarif baharu oleh Amerika Syarikat. Dua isu ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai berasingan, malah ada yang berpendapat […]
RM1.1 Bilion ke Sapura: Strategi Ekonomi atau Langkah Terdesak?

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad, yang sedang menghadapi masalah kewangan. Namun, tindakan ini telah mencetuskan perdebatan hangat, dengan pelbagai pandangan dari ahli politik dan pakar mengenai sama ada ia merupakan ‘bailout’ atau pelaburan strategik. Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa suntikan dana tersebut bukanlah […]
Janji Peruntukan Pembangkang Hanya Retorik Kosong Madani

Blok kerajaan semalam dikecam hebat dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja apabila YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membongkar pembohongan terang-terangan kerajaan Madani berhubung isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Walaupun kerajaan berulang kali mendakwa peruntukan akan diberikan jika pembangkang berunding, ahli parlimen Muar itu mendedahkan bahawa beliau telah lima kali berunding […]
Populariti PMX Naik, Rakyat Dapat Apa?

Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki tahun kedua dengan peningkatan kadar penerimaan rakyat yang ketara. Merdeka Center melaporkan bahawa rating kelulusan Perdana Menteri meningkat kepada 54%, naik empat peratus berbanding tahun lalu. Di samping itu, sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan turut meningkat lima peratus, membuktikan usaha pentadbiran ini untuk menyatukan pelbagai pihak berjaya hingga ke tahap […]