Yayasan Strategik Lestari (YSL) dijemput hadir ke Persidangan Kemuncak State Government 4 (SG4) bagi membincangkan hala tuju dan dasar negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.
Tujuan SG4 ini diadakan adalah bagi menggabungkan kekuatan, kepakaran, dan sumber kekayaan negeri dengan kerjasama strategik untuk pembangunan sosio-ekonomi rakyat.
Pembentukan SG4 ini bukanlah mengenepikan Persekutuan dan negeri-negeri lain sebaliknya mewujudkan satu bentuk hubungan yang lebih kuat dengan Persekutuan di bawah semangat federalisme.
Kami daripada YSL melihat SG4 ini mempunyai hala tuju yang cerah bagi kelestarian sumber ekonominya.
#SG4 #YayasanStrategikLestari #KerjasamaStrategik



