Waktu Bekerja Berlainan (WBB): Solusi atau Beban Baharu?

Pelaksanaan sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pegawai perubatan. Sistem ini dikatakan bertujuan untuk memperbaiki keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance) dan mengurangkan waktu kerja yang berlebihan. Namun, di sebalik janji-janji reformasi, WBB telah menimbulkan kebimbangan berkenaan ketidakadilan, eksploitasi pekerja, dan kesan terhadap sistem kesihatan awam negara. […]