MyKiosk: Cermin Ketelusan atau Kerapuhan Tatakelola?

Inisiatif MyKiosk 2.0 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang bertujuan membantu penjaja kecil dan meningkatkan sosioekonomi rakyat berpendapatan rendah, semakin dipersoalkan dari segi pelaksanaan dan ketelusan kos. Menteri KPKT, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan 4,054 unit kios di bawah 93 pihak berkuasa tempatan […]