Isu Pencampuran Beras: Tanggungjawab Kerajaan Membanteras Penipuan Pengguna

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ini mengesahkan melalui analisis forensik DNA bahawa terdapat pencampuran ketara antara beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) di pasaran. Hasil kajian ini membuktikan bahawa amalan percampuran beras bukan sekadar dakwaan, tetapi realiti yang menjejaskan integriti pasaran beras negara dan memberi kesan langsung kepada pengguna. […]