Pendidikan Menengah Wajib Perlu Pelan Tindakan Holistik

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Isnin mengumumkan sedang menggubal dasar pendidikan menengah wajib bertujuan menangani masalah keciciran pelajar yang semakin membimbangkan. Menurut Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, dasar ini dijangka dibentangkan pada sesi sidang Parlimen bulan depan. Walaupun dasar ini menjanjikan perubahan, pelaksanaan yang efektif serta menyeluruh terhadap permasalahan sebenar yang dihadapi pelajar menjadi persoalan. […]