Prestasi Malaysia dalam Mendepani Cabaran Alam Sekitar

Dekad ini telah menjadi tetingkap masa yang penting untuk masyarakat global cakna dengan isu alam sekitar dan perubahan iklim. Secara kolektif, setiap individu telah menyumbang sejumlah jejak karbon menerusi penggunaan tenaga, pengangkutan, pemakanan dan sebagainya. Para pemerintah menggunakan polemik alam sekitar sebagai salah satu instrumen politik mereka, sekurang-kurangnya itu yang berlaku di kebanyakan negara maju. […]