Yayasan Strategik Lestari

Program dan aktiviti YSL

Konvensyen, dialog, latihan, program kelestarian, kebajikan dan lawatan yang dianjurkan atau disertai YSL.

Konvensyen & Seminar

Merancang, menyelaras dan melaksanakan acara strategik yang menghimpunkan pemimpin, pakar dan pemegang taruh.

2026

Konvensyen Tanah Rizab Melayu 2026

Wacana strategik mengenai hak, kedaulatan dan masa depan tanah rizab Melayu. Hotel Tenera, Bangi.

17 November 2024

Southeast Asia Conference on Food Security and Sustainability (SEACOFSS) 2024

Persidangan serantau yang menghubungkan ahli akademik, pembuat dasar dan industri. Hotel Perdana, Kota Bharu.

Lihat tajuk prosiding

Ingin kerjasama dengan kami?

Konsep & perancangan

Protokol acara

Pengurusan delegasi

Media & dokumentasi

Dialog & Wacana

Menghimpunkan pakar, penggubal dasar dan pemegang taruh untuk membincangkan isu strategik negara, serantau dan global.

Sidang Meja Bulat

15 Julai 2026

Cabaran dan Potensi Tenaga Boleh Baharu di Malaysia

6 Julai 2026

Liberalisasi Perdagangan: Adakah Menjejaskan Keterjaminan Makanan Domestik

13 Ogos 2025

Sustainable Decarbonizing Palm: Towards Malaysia's Net-Zero Ambition

26 Februari 2025

Kesihatan: Pendidikan Rakyat tentang Amalan Gaya Hidup Sihat

20 Februari 2025

Dasar dan Polisi Keterjaminan Makanan: Antara Keperluan Reformasi dan Realiti Lapangan

9 Disember 2024

Akta PNPV dan RUU Kualiti Benih Tanaman: Impak kepada Industri Keterjaminan Makanan

25 Oktober 2023

Belanjawan 2024: Ke Arah Peralihan Tenaga

11 September 2023

Diskusi Hala Tuju Alam Sekitar bersama Badan Bukan Kerajaan

  • Perancangan Bandar dan Desa: Masa Depan Agenda Bandar Pintar Malaysia7 Mac 2024 · Parlimen Malaysia
  • Isu Kos Sara Hidup12 April 2023 · Cyberjaya

Webinar Lestari

11 April 2025

Agricultural Socio-Economics in the Context of ASEAN

16 Januari 2025 · Bersama stratsea

Carbon Capture and Storage (CCS): Progressive Alignment in Asia Pacific

12 Mei 2024

Memodenkan Perikanan Laut Dalam Malaysia

23 April 2024

Impak Konflik Iran-Israel terhadap Politik dan Ekonomi Malaysia

18 Mac 2024

Memperkasa Sektor Penternakan Negara

11 Mac 2024

Masa Depan Pertahanan Negara

17 Januari 2024

Keterjaminan Makanan: Di Manakah Malaysia?

10 November 2023

Decoding Malaysia's NETR: Assessing the Future of Energy

1 November 2023

Konflik Palestin: Membina Generasi Salahuddin Al-Ayyubi

9 Ogos 2023

Pentas Referendum Rakyat Siri 3: Analisis Manifesto dan Isu Semasa PRN 6 Negeri

30 Julai 2023

Pentas Referendum Rakyat Siri 2: Kedah dan Pulau Pinang

Latihan & Bengkel

Pembangunan kemahiran untuk pemimpin, pegawai dan penggubal dasar.

12 hingga 15 Januari 2026 · The Majestic Hotel, Kuala Lumpur

Latihan Penyelidikan Parlimen bersama WFD

Tiga penyelidik YSL menyertai latihan penyelidikan perundangan selama empat hari anjuran Westminster Foundation for Democracy (WFD), Parlimen Malaysia, Dewan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur. Latihan dikendalikan oleh pakar dari House of Commons, United Kingdom.

  • Ekosistem penyelidikan ParlimenSistem jawatankuasa, reka bentuk siasatan dan penggunaan bukti
  • Laporan dan nota dasar untuk Ahli ParlimenDaripada kaedah kajian hingga penulisan laporan
  • Analisis bajet dan kewangan awam
  • Penggunaan AI secara beretika dalam penyelidikan
15 hingga 16 Ogos 2025 · Jitra, Kedah

Bengkel Kemahiran Pengucapan Awam: Suara Keyakinan 2025

Bengkel dua hari anjuran YSL dengan kerjasama Yayasan ISRA untuk melatih peserta bercakap dengan yakin di hadapan khalayak. Seramai 26 peserta hadir, kebanyakannya pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), bersama kakitangan beberapa institusi lain.

Kursus Polisi Awam

Policy Course: Trump's Impact on Public Policy

Kursus anjuran YSL bersama Prof. Shakila Yacob dari Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia, Sunway University. Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif International Institute of Public Policy and Management (INPUMA), Universiti Malaya.

  • Public Policy in Malaysia
  • Trump's Impact on Public Policy
9 Mac 2025 · Dalam talian

Bengkel Asas Power BI for Newbies

Bengkel percuma dalam talian anjuran YSL bersama Analitika Ilmuwan Sdn. Bhd. untuk mereka yang baru mula menggunakan Power BI. Bengkel dikendalikan oleh Ismat Hazim.

  • Automasi laporanMengurangkan kerja laporan manual setiap bulan
  • Visualisasi dataMenukar angka kepada carta dan papan pemuka interaktif
  • Modul mesra pemulaTidak perlu pengalaman IT
24 hingga 26 Oktober 2024 · Kompleks Yayasan Isra' Malaysia, Kedah

Bengkel Kemahiran Artificial Intelligence (AI) Bersama Belia Kedah 2024

Bengkel intensif tiga hari anjuran YSL dengan kerjasama Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kedah untuk membimbing belia menggunakan AI generatif secara praktikal. Bengkel dikendalikan oleh M. Yusri M. Naser.

  • Pengenalan kepada AI dan teknologi generatif
  • AI generatif untuk imej dan video
  • ChatGPT dan integrasi alat generatifPenggunaan dalam kerja dan kehidupan seharian
8 September 2024 · Cyberjaya

Bengkel Analitik Parlimen 2.0

Bengkel praktikal analisis data dan penyelidikan untuk kerja-kerja parlimen. Siri kedua ini menyambung bengkel pertama pada 17 Ogos 2024. Peserta dilatih memetakan isu yang dibangkitkan di Parlimen mengikut tema seperti federalisme, kos sara hidup dan urus tadbir, menilai keutamaan setiap isu, dan menyusun naratif dasar berasaskan bukti. Seramai 13 peserta menerima sijil penyertaan.

8 Jun 2024 · Pustaka Permata Ummah, Cyberjaya

Bengkel Media Siri 01: Adobe InDesign

Bengkel anjuran YSL dengan kerjasama Tarbiah Kreatif untuk melatih peserta menghasilkan bahan bercetak sendiri, seperti laporan dan majalah. Bengkel dikendalikan oleh Ts. Mohd Izzuddin Ismail, pengasas Tarbiah Kreatif, dan disertai 14 peserta.

  • Asas Adobe InDesignFungsi utama dan aliran kerja reka letak
  • Reka bentuk bukuHalaman kulit, halaman dalam dan Master Page
  • Susun atur imej dan teksGaya objek, aksara dan perenggan
  • Eksport untuk cetakan
Februari 2024 · Siri 1

Bengkel Penyelidikan Polisi YSL 2024

Bengkel dalaman untuk mengasah kemahiran analitikal dan kritis penyelidik muda dalam metodologi penyelidikan dasar. Dikendalikan oleh Dr. Khairil Izamin Ahmad dari International Institute of Public Policy & Management (INPUMA), Universiti Malaya.

  • Berfikir sebagai penyelidik polisi dan dasar
  • Kaedah kualitatif dalam penyelidikan polisi

Program Kelestarian

Inisiatif kelestarian yang membudayakan kesedaran alam sekitar, tindakan komuniti dan pendidikan hijau.

10 Ogos 2024 · Sungai Ramal

Friends of River: Program Pembersihan Sungai YSL–IWK

Program kutip sampah sambil riadah (KUDAH) bersama Indah Water Konsortium (IWK) dan komuniti setempat untuk membersihkan kawasan sungai serta memupuk gaya hidup lestari.

Pantai Kelanang, Selangor

Hari Alam Sekitar Negara

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara bersama komuniti setempat melalui aktiviti membersihkan pantai, bagi menyemai kesedaran awam terhadap pemeliharaan alam sekitar.

KALAM 1.0

Karnival Lestari Alam (KALAM)

Karnival keluarga yang mendidik generasi muda tentang alam sekitar melalui aktiviti interaktif, kraf kitar semula, forum dan ceramah.

Kebajikan Masyarakat

Menyantuni komuniti dan membantu golongan yang memerlukan.

Ziarah Kebajikan

Menyantuni warga emas yang uzur dan memerlukan bantuan.

Bantuan Persekolahan

Sokongan pendidikan sebagai langkah memangkin mobiliti sosial.

Lawatan & Penglibatan

Lawatan kerja, persidangan dan forum yang disertai YSL di dalam dan luar negara.

27 September hingga 5 Oktober 2024 · Ankara dan Istanbul

Lawatan Kerja ke Parlimen Turkiye (TBMM)

Lawatan kajian ke Grand National Assembly of Türkiye bersama Sekretariat Penyelidik Ahli Parlimen, serta kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia.

18 hingga 20 Jun 2024 · Singapura

Singapore International Water Week 2024

Delegasi penyelidik YSL menyertai forum tematik, sidang kemuncak pemimpin air dan pameran teknologi air.

2 hingga 4 Jun 2024 · Singapura

World Cities Summit 2024

Penyertaan dalam sesi dasar bandar mampan, lawatan ke loji penyahgaraman Keppel Marina East dan perkongsian majalah NEXUS+ bersama peserta antarabangsa.

11 hingga 12 November 2023 · Hat Yai

COLLEGA 2023, Prince of Songkla University

Pembentangan kertas kajian tentang kearifan tempatan dalam pemuliharaan artifak logam Melayu.

Galeri lawatan Turkiye

Galeri SIWW 2024

Galeri WCS 2024

Galeri COLLEGA 2023

Sejak 2024 · Parlimen Malaysia

Rombongan Demokrasi

Program lawatan ke Parlimen Malaysia untuk mahasiswa dan anak muda. Peserta mengikuti perbahasan Dewan Rakyat secara langsung, mendapat penerangan tentang tatacara Parlimen dan bertemu Ahli Parlimen.

  • Sekolah Polisi, 27 Ogos 2025Lawatan dan sesi dasar bersama 27 peserta daripada universiti, sekolah dan Teach For Malaysia
  • 9 Disember 202432 Neo-Siswa Universiti Malaya
  • Siri 1, 6 Mac 2024Mahasiswa dari serata Lembah Klang, bersama YB Tuan Afnan Hamimi Taib Azamudden, YB Dato' Mumtaz Md Nawi dan Prof. Madya Dr. Fathi Yusof
22 Oktober 2026 · Dataran Pekan Jabi, Besut

Himpunan Ruminan 2026

YSL hadir ke Majlis Perasmian Himpunan Ruminan 2026, himpunan penternak yang menyokong agenda keterjaminan makanan Terengganu di bawah YB Dato' Dr. Azman Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu.

  • 22 hingga 24 Oktober 2026Dibuka kepada orang ramai di Dataran Pekan Jabi, Besut, Terengganu
  • Penternak dari seluruh Pantai TimurLembu, kerbau, kambing dan biri-biri dihimpunkan di satu tempat
  • AktivitiJualan baka, pertandingan ternakan, perkongsian teknologi pengurusan ladang, dan pertemuan penternak dengan pembekal serta pelabur

Penglibatan dalam negara

26 Jun 2025 · Kuala Lumpur

High Level Meeting: Supporting Action in Response to Rising Obesity in Malaysia

YSL hadir sebagai peserta dalam mesyuarat peringkat tinggi anjuran Galen Centre for Health and Social Policy tentang tindakan menangani obesiti.

26 Februari 2025 · Swiss-Garden Hotel, Kuala Lumpur

Forum SUHAKAM: Right to Food for All

YSL hadir sebagai peserta forum hak terhadap makanan anjuran SUHAKAM, yang turut menampilkan wakil UNICEF, MyCC, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Kesihatan.

1 September 2024 · Bangi

Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4)

YSL dijemput hadir ke sidang kemuncak kerjasama strategik Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis tentang hala tuju sosioekonomi empat negeri.

19 April 2024 · Kuala Lumpur

Lawatan ke Indah Water Research Centre (IWRC)

Lawatan kerja untuk meninjau penyelidikan IWRC dan penghasilan baja biosolid daripada enap cemar kumbahan. Lawatan ini membuka cadangan kerjasama YSL dan Indah Water Konsortium dalam projek baja biosolid.

11 Mac 2023 · Pantai Remis, Kuala Selangor

Program Pembersihan Pantai bersama KPJ Rawang Specialist Hospital

Program pembersihan pantai anjuran KPJ Rawang Specialist Hospital dengan kerjasama YSL dan Rakan Alam Malaysia di sepanjang 1.8 km Pantai Remis. Lebih 50 peserta mengutip hampir 200 kg sampah, dengan sokongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.