tarif elektrik – Yayasan Strategik Lestari

Tarif Elektrik: Siapa Benar, Kerajaan atau Lim Guan Eng?
Kerajaan telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik bakal berlaku pada separuh kedua tahun. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menafikan tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat sebanyak 14 peratus. Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa kenaikan yang  akan dilaksanakan pada Julai ini hanya melibatkan industri  dan golongan berpendapatan tinggi tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat negara ini.

Apa yang memelikkan, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat, menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tarif elektrik sebanyak 14 peratus. Beliau turut menyatakan kebimbangan Persatuan Kulim Kedah yang telah mengadu tentang kenaikan tarif elektrik secara mendadak pada 1 Januari 2025 sebanyak lebih 19 peratus. Lebih membimbangkan, persatuan tersebut memaklumkan bahawa mereka hanya diberitahu mengenai kenaikan tersebut pada 31 Disember 2024, iaitu sehari sebelum pelaksanaan.

Implikasi Kenaikan Tarif Elektrik Terhadap Harga Barang

Pengumuman ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana peningkatan tarif yang dikenakan kepada pemain industri akan memberi implikasi kepada produk akhir. Pemain industri, termasuk sektor perkilangan, pemprosesan makanan, dan perkhidmatan besar, terpaksa menanggung kos operasi yang lebih tinggi dan ia akan menjejaskan pendapatan mereka. Jadi, untuk mengekalkan margin keuntungan, pemain industri akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna melalui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kenaikan kos. Fenomena ini dikenali sebagai pemindahan kos kepada pengguna (cost pass-through), yang sering berlaku apabila kos operasi perniagaan meningkat secara mendadak.

Apabila harga barang meningkat, pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan terkesan secara langsung. Kuasa beli mereka semakin berkurangan kerana perbelanjaan harian tertumpu kepada barangan keperluan yang semakin mahal, termasuk makanan, utiliti, dan produk asas lain. Kesan domino ini boleh menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara, yang pada akhirnya membebankan rakyat secara keseluruhan.

Komunikasi Kerajaan yang Tidak Selari

Menariknya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bagan jelas bercanggah. Perdana Menteri menyatakan berlaku kenaikan namun peningkatan tersebut bukan 14 peratus. Walau bagaimanapun, semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tarif elektrik sebanyak 14 peratus. Kedua-dua kenyataan ini bertentangan satu sama lain. Situasi ini mencetuskan kekeliruan kerana maklumat yang disampaikan oleh pihak kerajaan tidak selari. Perdana

Perbezaan maklumat ini menimbulkan persoalan sama ada komunikasi di antara kerajaan dan pemain industri telah dilakukan dengan telus dan berkesan. Ketidakseragaman dalam kenyataan ini bukan sahaja mengelirukan pemain industri, tetapi juga menggugat keyakinan rakyat terhadap pengurusan isu tarif elektrik. Jika kerajaan gagal menyampaikan maklumat yang konsisten dan tepat, ia boleh mencetuskan kebimbangan ekonomi yang lebih besar, selain menjejaskan kredibiliti kerajaan sendiri dalam menangani isu-isu penting yang melibatkan kos sara hidup rakyat serta daya saing industri.

Kesimpulan

Kenaikan tarif elektrik merupakan isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat kerana ia berkait rapat dengan kos sara hidup. Peningkatan tarif ini boleh membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, sekali gus membebankan pengguna, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan tarif elektrik adakalanya tidak dapat dielakkan memandangkan kos bahan api semakin meningkat. Walaupun begitu, kerajaan perlu berkomunikasi secara telus dan jujur dengan rakyat tentang realiti sebenar mengenai rasional kenaikan perlu dinyatakan tanpa berselindung atau menggunakan retorik politik yang mengelirukan.

Huru-Hara Tarif Eletrik, Siapa yang Bertanggungjawab?
Tahun 2025 bakal menjadi tahun yang mencabar selepas Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan akan melaksanakan jadual tarif elektrik yang baharu bagi penduduk di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2025 sehingga Disember 2027. Di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) itu, tarif asas yang dikenakan adalah 45.62 sen/KwJ berbanding Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 sehingga 2024 yang menetapkan 39.95 sen/kWj. Ini menunjukkan tarif elektrik akan naik sekitar 14.2% bermula awal tahun hadapan.

Namun pengguna akan merasai kesannya bermula 1 Julai 2025 disebabkan kos kenaikan tarif asas kepada pengguna bagi tempoh 1 Jan 2025 hingga 30 Jun 2025 akan dibiayai oleh baki dana dalam tabung Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Kenaikan ini merupakan kenaikan kali ke-4 bagi pengguna domestik kerajaan Madani yang baru berusia 2 tahun dengan sejarah berikut:

Pada Julai 2023, kerajaan memansuhkan rebat 10 sen per kwh bagi penggunaan melebihi 1500 kwh (melibatkan T20)

Pada Januari 2024, kerajaan memansuhkan rebat 2 sen per kwh bagi penggunaan melebihi 600 kwh sebulan (melibatkan M20)

Pada Mac 2024, kadar cukai servis naik dari 6% ke 8% bagi penggunaan 600 kwh sebulan ke atas (melibatkan M20 & T20)

Pada Julai 2025, tarif asas TNB meningkat 14.2% (bakal melibatkan B40, M40 dan T20)

Apa Respons Kerajaan?

Menjawab keluhan orang ramai, Perdana Menteri meminta Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk meminta penjelasan daripada pihak TNB atas pengumuman kenaikan tarif berkenaan. Yang menjadi kehairanannya ialah Menteri PETRA itu kemudiannya memaklumkan bahawa PETRA tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh TNB berkaitan pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung tempoh hari. PETRA bersama-sama Suruhanjaya Tenaga (ST) masih lagi dalam proses memuktamadkan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka untuk dilaksanakan bermula pada Julai 2025. Ini bercanggah dengan makluman yang dikeluarkan TNB kepada Bursa Malaysia bahawa kerajaanlah yang telah meluluskan kenaikan tarif asas dalam surat ST yang bertarikh 24 Disember 2024.

Persoalannya di sini, siapa yang sedang menipu? Pengumuman TNB mengenai tarif elektirk baru melalui Bursa Malaysia memberi kesan besar kerana:

Kesan kepada masyarakat: Kadar kenaikan tarif asas elektrik dengan kenaikan yang tinggi untuk tempoh 3 tahun itu di bawah rangka IBR mempengaruhi rakyat sebagai pengguna domestik, sektor komersial industri, dan pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia.

Pengumuman tidak benar atau belum diluluskan kepada Bursa Malaysia adalah kesalahan jenayah di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Capital Markets and Services Act 2007, CMSA)

Pengumuman tidak tepat memberi kesan kepada reputasi dan keyakinan pelabur terhadap prospek TNB. Ini jelas apabila harga saham TNB melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dengan nilai RM252.7 juta telah didagangkan selepas pengumuman dibuat. Pelabur yang membeli saham pada harga tinggi ini bakal mengalami kerugian apabila harga saham turun semula susulan penafian kerajaan tentang kenaikan tarif asas. Pelabur yang mengalami kerugian kemudiannya boleh mengambil tindakan sivil terhadap TNB bagi menuntut ganti rugi jika pengumuman tarif asas tersebut tidak benar atau belum diluluskan.

Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan sebenarnya telah menjejaskan tahap keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa terhadap Malaysia, memandangkan TNB berperanan sebagai salah satu entiti korporat terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan menjadi indikator penting kepada kestabilan pasaran modal negara. Terbaru, Ketua Pegawai Kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Nazmi Othman pula berkata bahawa kerajaan akan melakukan penilaian dan kajian semula struktur tarif elektrik, dengan mengambil kira harga arang batu, gas dan bahan api semasa sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat sebelum Julai tahun hadapan.

Kesimpulan

Pihak kerajaan sepatutnya memandang jauh setiap keputusan dan pengumuman yang dibuat kerana ia melibatkan kestabilan ekonomi negara. Insiden yang berlaku ini akhirnya menunjukkan cacamarba pihak pengurusan tertinggi yang lagi menimbulkan persoalan. Adakah surat ST itu benar-benar wujud? Adakah surat ST itu telah melalui proses kelulusan yang sepatutnya, atau sebaliknya? Jika benar, mengapa kerajaan menarik semula kenyataan tersebut?

Jadi, ada keperluan kerajaan menjalankan siasatan terperinci terhadap TNB dan ST bagi memahami bagaimana pengumuman berkaitan perkara kritikal yang memberikan impak besar kepada masyarakat dan ekonomi boleh dibuat tanpa kelulusan rasmi daripada pihak kerajaan. Langkah ini sangat penting bagi mengenal pasti punca utama kelemahan komunikasi antara agensi, seterusnya memastikan insiden seperti ini tidak berulang pada masa hadapan. Begitu juga kerajaan perlu memikirkan kesannya kepada rakyat keseluruhan. Sekiranya subsidi RON95 ditarik balik serentak dengan kenaikan tarif elektrik seperti yang dimaklumkan kerajaan tempoh hari, golongan B40 dan M40 akan menghadapi tekanan berganda terhadap kos sara hidup mereka.