Pertanian – Yayasan Strategik Lestari

Pertanian Serantau: Agenda Yang Tertinggal dalam ASEAN25?
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dianjurkan Malaysia pada tahun 2025 di bawah panji “Keterangkuman dan Kemampanan” dijangka menjadi medan penting untuk merangka hala tuju baharu serantau. Namun, dalam keghairahan membicarakan soal integrasi ekonomi digital, rantaian bekalan pintar dan pendigitalan sektor perkhidmatan, satu sektor strategik yang cukup asas iaitu pertanian masih belum diberi keutamaan sewajarnya dalam agenda besar ASEAN.

Pertanian: Sektor Strategik yang Terpinggir

Sejak beberapa dekad lalu, amatlah sedikit Persidangan Kemuncak ASEAN yang secara serius dan komprehensif membincangkan kerjasama pertanian serantau. Kecuali beberapa inisiatif kecil seperti ASEAN Integrated Food Security Framework atau jaringan penyelidikan agro-bio dan landskap kerjasama pertanian ASEAN dilihat bersifat reaktif dan bukannya strategik.

Ini cukup mengecewakan memandangkan sektor pertanian merangkumi lebih 30% pekerjaan di ASEAN dan menyumbang secara signifikan kepada KDNK banyak negara anggota seperti Myanmar, Laos dan Kemboja. Tambahan pula, krisis global seperti pandemik COVID-19 dan konflik geopolitik telah menunjukkan betapa rapuhnya rantaian bekalan makanan global. ASEAN sepatutnya telah lama mengambil kesempatan untuk membangunkan sistem pengeluaran makanan serantau yang lebih lestari, berdaya tahan dan berdikari.

Bagi Malaysia yang masih mengalami defisit bekalan makanan ruji seperti beras dan jagung, kerjasama pertanian rentas sempadan bukan sekadar satu pilihan dasar, bahkan merupakan satu keperluan strategik demi menjamin sekuriti makanan nasional.

Potensi Zon Ekonomi Pertanian Rentas Sempadan

Salah satu potensi yang kurang dimanfaatkan ialah pembangunan zon ekonomi pertanian di kawasan sempadan, khususnya di negeri-negeri seperti Kelantan dan Perlis yang bersempadan dengan Thailand, serta Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan.

Zon-zon ini bukan sahaja menawarkan tanah pertanian yang subur dan tenaga kerja kos efektif, malah berpotensi menjadi simpul penting dalam jaringan pengeluaran makanan serantau. Dengan perancangan yang rapi, Malaysia boleh melaksanakan model kerjasama rentas sempadan melalui ladang kontrak (contract farming) bersama negara jiran yang memiliki tanah yang lebih luas, sambil menjadikan wilayah sempadan sebagai pusat pengumpulan, pemprosesan, dan pengedaran makanan yang mematuhi piawaian halal dan keselamatan makanan antarabangsa.

Lebih penting, pendekatan ini boleh meletakkan Malaysia sebagai peneraju hab pemprosesan makanan, pertanian pintar, dan teknologi agromakanan digital. Infrastruktur pertanian negara yang lebih maju serta dasar halal yang mantap memberi kelebihan kompetitif yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam rangka kerjasama ASEAN.

Ekonomi Kitaran: Masa Depan Pertanian ASEAN

Di tengah-tengah peralihan global ke arah ekonomi kitaran, sektor pertanian ASEAN wajar mengambil peranan lebih aktif. Model ekonomi linear (ambil-guna-buang) sudah tidak lagi mampan. Kesan perubahan iklim, kemerosotan tanah dan pencemaran menuntut pendekatan baharu yang lebih lestari.

Ekonomi kitaran dalam pertanian termasuk penggunaan biochar, sistem akuaponik, kompos organik dan tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada sumber import tetapi juga meningkatkan produktiviti dan mengurangkan sisa. Negara-negara seperti Belanda dan Denmark telah membuktikan keberkesanan sistem pertanian regeneratif dan teknologi pintar dalam mencapai matlamat kelestarian jangka panjang.

Dalam konteks ASEAN, sistem perkongsian teknologi dan pelaburan dalam inovasi pertanian kitaran boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi luar bandar, khususnya di negara-negara CLMV (Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam) yang masih bergantung kepada pertanian tradisional. Malaysia, dengan infrastruktur pertanian digital dan kepakaran dalam bidang halal, berpotensi besar menjadi pemangkin perubahan ini.

Kesimpulan

ASEAN tidak lagi boleh terus berdiam diri dalam hal pertanian. Perkara ini bukan hanya isu makanan, tetapi soal kelangsungan ekonomi, keterjaminan makanan negara dan keadilan sosial. Dalam masa dunia berbicara tentang “climate-smart agriculture”, ASEAN masih belum melahirkan satu agenda pertanian serantau yang menyeluruh.

Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, mempunyai peluang dan tanggungjawab moral untuk menstrukturkan semula naratif ini. Agenda pertanian perlu diletakkan di tengah pentas, bukan di pinggiran forum. Zon ekonomi sempadan seperti Kelantan dan Perlis di Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak seharusnya menjadi pemacu dalam pelaburan berasaskan pertanian rentas sempadan.

Hanya dengan langkah berani dan anjakan strategi, ASEAN 2025 boleh menjadi titik tolak kepada era baharu dalam kerjasama pertanian serantau yang mampan, integratif dan berpaksikan kedaulatan makanan bersama. Namun melihat kepada pelancaran awal Sidang ASEAN 2025, harapan kepada kebangkitan sektor pertanian serantau hanya akan menjadi wacana yang terus dipinggirkan.

Kelantan Bina Kilang Padi, Jamin Tiada Campuran Beras
Kelantan, sebuah negeri yang kaya dengan hasil pertanian, kini menunjukkan komitmen yang lebih besar untuk memperkasa sektor pertanian melalui penubuhan Kilang Padi Beras Darul Naim. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada beras import, meningkatkan pengeluaran beras tempatan berkualiti, serta memperkasa ekonomi negeri. Sebagai perbandingan, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), yang diketuai oleh Pengerusi Khalid Abdul Samad, dilihat lebih banyak bercakap mengenai rencana masa depan tanpa langkah nyata yang konkrit. Sedangkan, projek estet padi yang telah mereka jalankan tidak menunjukkan sebarang pencapaian yang signifikan.

Inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan: Kilang Padi Beras Darul Naim

Pada bulan Ogos ini, Kilang Padi Beras Darul Naim yang terletak di Meranti, Pasir Mas dijangka akan mula mengeluarkan produk pertama beras tempatan yang berkualiti tinggi. Kilang ini dilengkapi dengan makmal yang canggih untuk memastikan kualiti padi yang dihasilkan memenuhi piawaian tertinggi. Dengan kapasiti pengeluaran yang dianggarkan mencapai 600 tan metrik padi sehari, inisiatif ini tidak hanya memberikan impak besar terhadap ekonomi negeri Kelantan, tetapi juga menjanjikan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Projek ini menjadi bukti nyata komitmen kerajaan negeri Kelantan dalam memperkasa ekonomi tempatan serta menyediakan peluang yang lebih baik bagi petani Kelantan untuk menikmati pulangan yang lebih tinggi daripada hasil padi mereka. Dengan wujudnya kilang padi ini, negeri Kelantan dijangka akan mengurangkan kebergantungan terhadap beras import, serta berpotensi untuk mengeksport beras berkualiti tinggi ke pasaran global.

Dalam masa yang sama, KADA juga mencadangkan untuk membuka kilang padi mereka sendiri, namun cadangan ini hanya muncul selepas kerajaan negeri Kelantan merealisasikan Kilang Padi Beras Darul Naim. Ini menimbulkan persoalan besar: mengapa hanya sekarang, selepas kerajaan negeri memperkenalkan langkah konkrit, barulah KADA mengusulkan perkara yang sama.

KADA: Cabaran Pengurusan Akibat Lantikan Politik Tidak Mahir

KADA, yang menguruskan estet padi di kawasan Kemubu, memainkan peranan penting dalam sektor pertanian Kelantan. Namun, sejak penubuhannya, KADA sering kali menghadapi cabaran dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan projek-projek pertanian. Isu utama yang timbul adalah berkaitan dengan lantikan kepimpinan dalam badan ini, yang sering kali dilihat tidak mempunyai kepakaran teknikal yang mencukupi dalam menguruskan sektor padi secara efektif.

Lantikan politik yang berlaku dalam badan seperti KADA kadangkala membawa kepada pengurusan yang kurang cekap dan tidak fokus kepada keperluan praktikal dalam sektor pertanian. Keputusan yang tidak berlandaskan kepakaran, sebaliknya lebih berorientasikan politik, sering menyebabkan pelaksanaan projek terhenti di tengah jalan atau tidak berjalan dengan lancar. Ini terbukti apabila projek estet padi yang diusahakan KADA sejak lebih 30 tahun lalu masih menghadapi masalah dalam pengurusan tanah dan hasil yang dihasilkan.

Satu contoh ketara adalah ketidakupayaan KADA untuk memperluaskan dan memaksimumkan hasil daripada estet padi mereka, walaupun banyak perancangan dan strategi telah diketengahkan. Isu ini semakin ketara apabila pengurusan projek tidak disertai dengan kepakaran yang diperlukan untuk mengatasi cabaran seperti penggabungan tanah, pembangunan saliran yang efisien, serta pemantauan yang berterusan terhadap hasil padi yang dihasilkan.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Kilang Padi Beras Darul Naim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan adalah satu langkah yang positif dalam memperkasa sektor pertanian negeri. Dengan pengurusan yang lebih fokus dan terancang, kilang ini berpotensi untuk memberi impak besar dalam mengurangkan kebergantungan terhadap beras import dan meningkatkan pengeluaran padi tempatan.

RUU Baja Sabah: Model Pembaharuan Pertanian Di Peringkat Persekutuan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Baja Pertanian 2025, menjadikan Sabah negeri pertama di Malaysia yang menggubal undang-undang khusus berkaitan baja. RUU ini bertujuan mengawal pengilangan, pengimportan, pengeksportan dan penjualan baja serta bahan mentahnya. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan penelitian kerajaan negeri terhadap isu kualiti input pertanian, malah satu bentuk langkah kuasa autonomi Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ingin dicapai oleh negeri tersebut.

Rasional Dasar: Mengatasi Kegagalan Pasaran

Pasaran baja di Malaysia sering diwarnai dengan lambakan produk tiruan yang kandungannya tidak menepati label dan merugikan petani. Masalah ini mencerminkan satu bentuk information asymmetry, di mana pengguna – khususnya pekebun kecil – tidak mempunyai keupayaan teknikal untuk menilai ketulenan baja. Sabah melalui RUU ini bertindak menangani kegagalan pasaran menerusi pengawalseliaan yang lebih ketat, satu langkah yang selari dengan teori ekonomi politik tentang keperluan intervensi kerajaan apabila pasaran gagal melindungi kepentingan awam. Dalam konteks Malaysia yang masih bergantung kepada pekebun kecil, langkah ini sangat relevan dan perlu diteladani.

Menariknya, Malaysia belum mempunyai akta persekutuan khusus yang mengawal standardisasi baja secara menyeluruh. Beberapa peruntukan berkait baja hanya terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974, itupun secara tidak langsung. Sabah melalui RUU ini tampil sebagai pelopor dan menunjukkan keberanian autonomi dalam urus tadbir sektor pertanian. Ia membuktikan bagaimana kuasa negeri boleh dimanfaatkan untuk menangani isu yang sangat kontekstual. Malah, pendekatan ini selari dengan aspirasi MA63 yang menuntut lebih banyak keupayaan legislatif diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Dalam kerangka dasar yang lebih luas, inisiatif Sabah ini harus dijadikan model rujukan oleh kerajaan Persekutuan untuk merangka satu Akta Baja Nasional yang komprehensif. Ini penting agar wujud penyelarasan antara negeri dan pusat, sekaligus membolehkan pasaran baja Malaysia ditadbir secara lebih sistematik, bersepadu dan berpandukan sains serta bukti.

Satu Reka Bentuk Perundangan Yang Seimbang Dan Praktikal

RUU ini menetapkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun bagi kesalahan biasa, dan sehingga RM100,000 atau penjara dua tahun untuk kesalahan berulang. Reka bentuk hukuman ini menunjukkan keseimbangan antara ketegasan dan galakan. Ia cukup tinggi untuk memberi isyarat pencegahan (deterrent), tetapi masih berpatutan untuk membolehkan pengusaha kecil menyesuaikan diri. Ini penting kerana dasar yang terlalu menghukum boleh membawa kesan sampingan seperti pasaran gelap atau penurunan inovasi dalam sektor baja.

Petani akan menjadi penerima manfaat utama menerusi jaminan bahawa setiap pembelian baja adalah berbaloi, berkualiti dan selamat digunakan. Sementara itu, syarikat baja tempatan mendapat peluang untuk bersaing dalam pasaran yang lebih adil dan telus. Dalam jangka panjang, dasar ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap subsidi input tani, kerana petani akan lebih berdaya hasil dengan input yang efisien.

Dari sudut kelestarian, pengawalseliaan baja secara tidak langsung membantu mengawal pencemaran tanah dan air akibat penggunaan baja sintetik berlebihan. RUU ini boleh diperkukuh dengan memasukkan insentif kepada pengeluar baja organik dan pelabelan mesra alam sebagai galakan tambahan. Ini juga bertepatan dengan agenda pertanian regeneratif dan amalan lestari global.

Apa Yang Diluluskan?

RUU Baja Pertanian 2025 Sabah dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. Menurut beliau, RUU ini akan membolehkan kerajaan negeri memantau pergerakan dan standard bahan input secara lebih menyeluruh. Antara kandungan pentingnya termasuk:

Perlesenan dan pendaftaran pengeluar, pengimport dan penjual baja.

Keperluan pelabelan dan kandungan yang tepat.

Pemantauan rantaian bekalan baja daripada pengilangan hingga ke pengguna.

Kuasa penguatkuasaan kepada pegawai negeri untuk menyita dan mengambil sampel.

RUU ini turut mewajibkan laporan tahunan daripada pemain industri, sekaligus mewujudkan satu ekosistem kawal selia yang dinamik dan berasaskan data.

Namun begitu, kejayaan pelaksanaan bergantung kepada keupayaan penguatkuasaan. Sabah perlu memperkukuh struktur agensinya — termasuk makmal ujian, pegawai teknikal, dan saluran aduan petani. Tanpa kapasiti pelaksanaan, RUU ini mungkin hanya tinggal di atas kertas. Di samping itu, isu ketelusan dalam pemberian lesen dan potensi pembentukan monopoli baja juga perlu ditangani secara proaktif, dengan membangunkan Pelan Pelaksanaan RUU yang inklusif, berpandukan kepada prinsip tadbir urus baik (good governance) dan sistem audit bebas.

Kesimpulan

RUU Baja Pertanian 2025 merupakan satu langkah reformis yang menunjukkan kesungguhan Sabah memperkukuh sektor pertaniannya melalui pendekatan kawal selia yang berasaskan realiti tempatan. Ia menyelesaikan masalah kegagalan pasaran, memberi manfaat berganda kepada petani dan industri tempatan, serta menyumbang kepada matlamat kelestarian.

Langkah ini juga menyerlahkan potensi sebenar kuasa negeri dalam menambah baik dasar-dasar yang selama ini kurang diberi perhatian di peringkat pusat. Maka, sudah tiba masanya bagi Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk menggubal satu kerangka undang-undang nasional berkaitan baja yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berteraskan keadilan agroekonomi — agar setiap inci tanah yang diusahakan petani kita menghasilkan bukan sekadar makanan, tetapi masa depan yang berdaulat.

Durian Musang King vs Kedaulatan Negeri: Bagaimana Pahang Menghadapi Isu Pencerobohan Tanah Haram
Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri di Raub untuk penanaman durian Musang King tanpa kelulusan bukan sekadar pertikaian pertanian, tetapi melibatkan ketegasan undang-undang dan prinsip keadilan dalam pengurusan tanah. Tindakan kerajaan Pahang yang memusnahkan lebih 1,000 pokok durian yang ditanam secara haram mencetuskan reaksi pelbagai pihak, namun ia adalah langkah perlu dalam mempertahankan hak milik sah dan kedaulatan negeri.

Kronologi Pencerobohan Tanah: Langkah Tegas Penguatkuasaan

Kira-kira 202.34 hektar tanah kerajaan di Raub telah dikenal pasti diceroboh dan ditanam dengan durian Musang King tanpa kelulusan. Pada 8 April 2025, kerajaan negeri melancarkan operasi penguatkuasaan melibatkan pelbagai agensi, dengan memusnahkan lebih 1,000 pokok berusia antara 5 hingga 20 tahun. Walaupun seramai 186 pekebun mencabar notis pengosongan di mahkamah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka dan menegaskan bahawa tanah tersebut adalah milik kerajaan, serta tindakan penguatkuasaan yang dilakukan adalah sah.

Tindakan kerajaan negeri Pahang perlu dilihat dalam konteks penguatkuasaan undang-undang yang jelas dan sah. Kerajaan negeri berhak untuk mempertahankan hak milik tanah yang dimilikinya, dan pencerobohan—tanpa mengira alasan atau niat—tidak boleh diterima. Tanah kerajaan adalah milik awam dan tidak boleh disalahgunakan oleh individu atau kelompok tertentu untuk keuntungan peribadi, apatah lagi apabila tindakan tersebut melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Keputusan mahkamah yang menolak permohonan pekebun membuktikan bahawa tindakan kerajaan negeri adalah sah dari segi undang-undang. Ini memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menegakkan prinsip keadilan, ketelusan, dan kesejahteraan awam. Dalam hal ini, kerajaan negeri bukan sahaja melaksanakan penguatkuasaan yang perlu, tetapi turut mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Populisme Tidak Sepatutnya Mengaburi Prinsip Undang-Undang

Pencerobohan tanah bukan sahaja satu kesalahan teknikal, tetapi juga satu bentuk pengkhianatan terhadap kontrak sosial. Walaupun banyak pekebun kecil yang mengusahakan tanah secara sah, sebilangan pihak dengan modal dan pengaruh lebih besar berani menceroboh tanah kerajaan untuk keuntungan sendiri. Ini mencipta ketidakseimbangan yang menafikan peluang yang sah kepada mereka yang berhak. Pencerobohan ini dilakukan dengan tujuan meraih keuntungan besar, yang seringkali tidak memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.

Lebih menyedihkan, naratif yang dibawa oleh penceroboh—bahawa mereka adalah “petani kecil” yang memperjuangkan hak mereka—tidak lebih daripada satu bentuk legitimasi palsu untuk menghalalkan pelanggaran undang-undang. Sebahagian besar kawasan yang diceroboh diusahakan secara komersial, dan keuntungan yang diperoleh tidak kembali kepada kerajaan atau masyarakat tempatan.

Sokongan terhadap tindakan kerajaan negeri bukan berasaskan kebencian terhadap pekebun, tetapi kerana keadilan. Masyarakat yang patuh kepada undang-undang, yang telah lama menunggu peluang untuk mendapatkan tanah sah, berhak untuk mendapatkan pembelaan. Mereka yang bertahun-tahun mengusahakan tanah secara haram dan kini cuba mengugut sistem dengan tekanan politik, tidak seharusnya diberi ruang untuk terus mencabar kedaulatan undang-undang.

Ahli Parlimen Raub, yang secara terbuka mengkritik tindakan sah kerajaan negeri, seharusnya memahami bahawa peranannya sebagai wakil rakyat bukan sekadar untuk mendukung kehendak segelintir pihak, tetapi lebih penting lagi, untuk memperjuangkan kepentingan awam dan kedaulatan undang-undang. Dengan memilih untuk mendukung pihak yang menceroboh tanah kerajaan, beliau tidak hanya bertindak sebagai pembela bagi golongan yang melanggar undang-undang, tetapi turut memberi gambaran yang salah tentang prinsip ketegasan dalam pengurusan tanah awam.

Dari perspektif akademik, tindakan ini merugikan prinsip “rule of law” yang seharusnya menjadi tunjang dalam setiap sistem pemerintahan yang berlandaskan keadilan dan ketertiban. Seorang wakil rakyat haruslah menjadi suara yang memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang, bukannya membuka ruang kepada ketidaktertiban yang lebih besar. Dengan memberi sokongan kepada tindakan pencerobohan tanah, beliau secara tidak langsung mendorong kebiasaan yang akan mengundang pelanggaran lebih lanjut terhadap hak milik awam, yang akhirnya boleh menjejaskan kestabilan sosial dan ekonomi.

Keputusan ini juga menggambarkan bahaya populisme yang terlalu mengutamakan sokongan politik jangka pendek berbanding prinsip jangka panjang yang lebih mapan. Populisme, apabila tidak dikawal, boleh mengaburi pandangan kita terhadap kepentingan undang-undang dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan yang saksama. Dalam hal ini, tindakan ahli Parlimen tersebut boleh dilihat sebagai langkah yang tidak bertanggungjawab, kerana ia merendahkan martabat undang-undang yang sepatutnya menjadi asas kepada kestabilan negara.

Kesimpulan

Kes Musang King Raub menunjukkan bahawa dalam mempertahankan kedaulatan negeri dan hak milik awam, ketegasan undang-undang perlu diutamakan. Kerajaan negeri Pahang telah membuktikan bahawa undang-undang tidak boleh dipermainkan, walaupun terdapat tekanan politik dan populisme. Masa depan Malaysia harus dibina atas asas integriti dan keadilan, bukan manipulasi dan kelicikan. Kita harus berdiri bersama mereka yang berpegang pada prinsip undang-undang demi masa depan yang lebih baik.

Harga Telur Jatuh Menjunam: Pola Perubahan Pemakanan dan Implikasinya Terhadap Industri
Baru-baru ini, pengguna di Malaysia dikejutkan dengan penurunan ketara harga telur ayam, yang mencatatkan kadar terendah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tinjauan di beberapa premis peruncitan mendapati harga sepapan telur Gred E dijual serendah RM4 berbanding RM8.50 sebelum ini, manakala telur Gred C dijual pada harga RM5.50 berbanding RM10. Penurunan ini mendapat sambutan hangat daripada pengguna yang mengambil peluang membeli telur dalam jumlah lebih banyak, sama ada untuk kegunaan harian atau sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Faktor Penurunan Harga

Penurunan mendadak ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor utama. Pertama, corak pemakanan yang berubah sepanjang Ramadan mengurangkan permintaan terhadap telur. Kedua, penurunan eksport ke negara jiran seperti Singapura akibat lebihan bekalan dalam pasaran tempatan turut memainkan peranan penting. Menurut Wong Kok Wai, Ahli Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit, lambakan bekalan menyebabkan peniaga menawarkan harga lebih rendah, termasuk promosi seperti “beli satu, percuma satu” di beberapa kawasan.

Selain itu, faktor kos input penternakan yang mulai stabil selepas tempoh kenaikan mendadak sebelum ini turut menyumbang kepada penurunan harga. Penurunan harga makanan ternakan seperti jagung dan soya di pasaran global membantu meredakan tekanan kos pengeluaran, membolehkan pengeluar menawarkan harga yang lebih kompetitif. Laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia juga menunjukkan penurunan indeks harga input pertanian yang memberikan kesan langsung kepada kos pengeluaran ayam dan telur.

Peranan dasar kerajaan juga tidak boleh diabaikan. Inisiatif kawalan harga dan subsidi yang diperkenalkan sebelum ini memberikan kesan jangka panjang dalam memastikan bekalan telur kekal stabil, sekali gus membantu menurunkan harga. Tambahan pula, usaha pihak berkuasa dalam memperketat pemantauan terhadap rantaian bekalan berjaya mengurangkan aktiviti pengambilan untung berlebihan oleh pihak tertentu.

Impak Kepada Pengguna dan Industri

Bagi pengguna tempatan, penurunan harga ini memberikan sedikit kelegaan di tengah-tengah tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ramai yang mengambil peluang membeli telur dalam kuantiti lebih banyak, sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun persediaan menyambut perayaan. Walau bagaimanapun, kebanyakan penganalisis menjangkakan penurunan ini bersifat sementara, dengan harga dijangka kembali meningkat selepas Aidilfitri apabila permintaan stabil semula.

Dari perspektif pengeluar pula, harga yang rendah memberi cabaran tersendiri. Walaupun kos input menurun, margin keuntungan tetap terjejas akibat penurunan harga jualan. Jika situasi ini berlanjutan tanpa pelarasan yang sesuai, ia boleh menjejaskan kelangsungan operasi penternak kecil dan sederhana. Lebih membimbangkan, tekanan harga yang berpanjangan boleh menyebabkan ramai penternak kecil gulung tikar, sekali gus mengurangkan daya saing industri tempatan.

Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan pemain industri amat diperlukan bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan telur yang berpanjangan. Dasar yang menyokong pembangunan mampan dalam sektor penternakan ayam penelur bukan sahaja membantu meningkatkan daya tahan industri, malah mampu menjamin keterjaminan makanan negara dalam jangka panjang.

Kesimpulan

Penurunan harga telur memberi kelegaan kepada pengguna, namun ia turut membawa cabaran kepada penternak kecil yang perlu berhadapan dengan margin keuntungan yang semakin mengecil, sekali gus menuntut perhatian serius daripada pihak berkuasa untuk menjaga kelangsungan industri ini.

Sistem Stockpile Makanan Ruji: Jepun vs Malaysia, Siapa Lebih Bersedia?
Jepun kini berdepan dengan krisis makanan ruji yang luar biasa apabila kerajaan terpaksa melepaskan sebanyak 210,000 tan beras daripada stok kecemasannya. Langkah drastik ini diambil kerajaan Jepun bagi mengekang lonjakan harga beras yang hampir dua kali ganda dalam tempoh setahun. Pada Februari 2024, harga purata runcit bagi lima kilogram beras melonjak kepada 3,688 yen (kira-kira RM107.23) berbanding hanya 2,023 yen (kira-kira RM58) pada tahun sebelumnya.

Isu Penjualan Stok Beras di Jepun

Punca utama krisis ini berpunca daripada cuaca panas melampau pada 2023 yang menjejaskan hasil tuaian padi di Jepun. Keadaan bertambah buruk apabila rakyat mula melakukan pembelian panik selepas kerajaan mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya “gempa mega”, yang dijangka boleh mengganggu bekalan makanan. Namun, krisis ini bukan sekadar akibat faktor cuaca atau panik semata-mata. Ada peniaga yang dipercayai menyorok stok beras untuk mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga.

Situasi ini akhirnya memaksa kerajaan Jepun bertindak. Kementerian Pertanian di bawah Menteri Taku Eto mengambil langkah melelong stok kecemasan beras bagi menstabilkan pasaran dan memastikan rakyat terus mendapat bekalan. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah stok kecemasan Jepun digunakan bukan kerana bencana alam atau kegagalan tuaian semata-mata, tetapi kerana gangguan dalam rantaian pengedaran.

Menariknya, langkah ini hanya menjadi mungkin selepas pindaan dasar pada Januari 2024, yang membolehkan kerajaan Jepun melepaskan stok kecemasan sekiranya berlaku ketidakseimbangan pasaran. Namun, terdapat satu syarat—stok yang dilepaskan perlu dibeli semula daripada pembekal dalam tempoh setahun untuk memastikan rizab negara tidak menyusut secara berterusan.

Perbezaannya dengan Sistem di Malaysia

Jika Jepun mengawal sepenuhnya stok berasnya, Malaysia mengambil pendekatan berbeza dengan menswastakan pengurusan beras kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Sebagai entiti tunggal yang memonopoli import beras dan pengurusan stok penimbal negara, BERNAS bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan bekalan beras di pasaran Malaysia.

Perbezaan ketara antara sistem Jepun dan Malaysia terletak pada tahap penglibatan kerajaan. Jepun mempunyai kawalan langsung terhadap stok kecemasan dan hanya melepaskannya dalam keadaan benar-benar mendesak. Sebaliknya, di Malaysia, BERNAS yang mengawal stok penimbal, manakala kerajaan hanya berperanan sebagai pemantau dasar dan penguat kuasa harga.

Kesan daripada sistem ini, Malaysia lebih bergantung kepada keputusan komersial BERNAS, yang mungkin tidak selalu sejajar dengan kepentingan rakyat. Keuntungan boleh menjadi keutamaan berbanding keterjaminan makanan. Ini berbeza dengan Jepun, di mana kerajaan tidak bergantung kepada entiti swasta dan boleh bertindak lebih pantas dalam situasi darurat seperti krisis beras yang sedang berlaku.

Analisis dan Implikasi terhadap Malaysia

Krisis beras di Jepun memberikan gambaran yang signifikan tentang risiko yang dihadapi Malaysia sekiranya terus bergantung kepada entiti swasta dalam pengurusan makanan ruji. Antara cabaran yang paling ketara ialah soal ketelusan dan akauntabiliti. Apabila sebuah syarikat swasta seperti BERNAS mengawal import dan pengedaran beras, risiko keputusan berasaskan keuntungan semata-mata menjadi lebih tinggi berbanding keputusan yang berpaksikan kepentingan rakyat dan keterjaminan makanan negara.

Selain itu, kesan perubahan iklim terhadap pengeluaran padi tempatan di Malaysia turut menjadi cabaran yang perlu diberi perhatian. Jika Jepun yang memiliki kawalan langsung ke atas stok kecemasan pun menghadapi kesukaran menstabilkan pasaran, Malaysia yang bergantung kepada entiti swasta berdepan risiko yang lebih tinggi sekiranya berlaku gangguan bekalan akibat bencana alam atau cuaca ekstrem. Ketiadaan kawalan langsung kerajaan terhadap pelepasan stok beras juga berpotensi menyebabkan kelewatan dalam tindak balas sekiranya berlaku krisis.

Dalam konteks ini, Malaysia wajar menilai semula dasar pengurusan berasnya dengan menekankan aspek ketahanan dan keterjaminan bekalan. Perlu ada satu kerangka kerja yang memastikan kerajaan berperanan lebih aktif dalam memantau dan mengawal selia stok penimbal negara, serta memperkenalkan mekanisme kawalan harga yang lebih berkesan bagi melindungi pengguna daripada manipulasi pasaran.

Kesimpulan

Krisis beras di Jepun menjadi satu pengajaran penting mengenai keterjaminan makanan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan ketidakstabilan rantaian bekalan global. Perbezaan pendekatan antara Jepun dan Malaysia memperlihatkan kelebihan serta kelemahan sistem masing-masing.

Jepun yang mengawal sepenuhnya stok kecemasan beras berdepan kesukaran menstabilkan pasaran dalam keadaan luar biasa, manakala Malaysia yang menyerahkan peranan tersebut kepada sektor swasta berisiko tinggi dalam aspek ketelusan dan keutamaan keuntungan. Sebagai langkah ke hadapan, Malaysia perlu memperkukuhkan dasar pengurusan makanan ruji dengan memastikan kawalan kerajaan yang lebih ketat terhadap stok penimbal serta membangunkan sistem pemantauan awal bagi mengesan gangguan bekalan agar krisis serupa tidak berulang.

Isu Pencampuran Beras: Tanggungjawab Kerajaan Membanteras Penipuan Pengguna
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ini mengesahkan melalui analisis forensik DNA bahawa terdapat pencampuran ketara antara beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) di pasaran. Hasil kajian ini membuktikan bahawa amalan percampuran beras bukan sekadar dakwaan, tetapi realiti yang menjejaskan integriti pasaran beras negara dan memberi kesan langsung kepada pengguna.

Akta Sedia Ada Mencukupi untuk Membanteras Penipuan

Selepas pendedahan ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa amalan pencampuran beras telah berlaku sejak tahun 1970-an, kononnya bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan. Menteri juga menegaskan bahawa tiada peruntukan khusus di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) untuk mendakwa pihak yang terlibat dalam aktiviti tersebut, dan pihak kementerian sedang memperhalusi pindaan akta bagi menangani isu ini secara menyeluruh.

Naratif ini memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak berkuasa untuk membanteras penipuan ini tanpa pindaan akta. Walau bagaimanapun, pendekatan ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan benar-benar tidak mempunyai mekanisme sedia ada atau sekadar cuba melengahkan tindakan tegas.

Tanggapan bahawa kerajaan perlu menunggu pindaan akta sebelum bertindak adalah tidak tepat. Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, terdapat beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang boleh dikuatkuasakan bagi menyiasat dan mendakwa pihak yang terlibat. Antara akta yang boleh digunakan termasuk:

Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) – Melarang penipuan dalam penglabelan dan keterangan produk, termasuk campuran bahan yang tidak dinyatakan.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 – Memberi perlindungan kepada pengguna daripada amalan perdagangan yang mengelirukan dan menipu.

Tambahan pula, MARDI telah membuktikan bahawa analisis forensik DNA boleh membezakan antara BPT dan BPI, menjadikan bukti saintifik ini sebagai asas kukuh untuk tindakan penguatkuasaan. Pun begitu, penambahbaikan pada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 adalah sesuatu yang wajar bagi memperkukuhkan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor ini, namun ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk menangguhkan tindakan tegas berdasarkan akta yang sedia ada.

Langkah Penyelesaian yang Boleh Dilakukan

Kerajaan tidak seharusnya menunggu pindaan akta untuk bertindak. Beberapa langkah segera boleh diambil bagi memastikan penyelewengan ini dibanteras:

Penguatkuasaan Bersepadu – Menubuhkan pasukan petugas khas yang melibatkan KPKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), MyCC, dan agensi berkaitan bagi melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di kilang, pemborong dan peruncit.

Peningkatan Kapasiti Makmal Forensik – Memperkasakan teknologi analisis DNA di makmal kerajaan bagi memastikan pemantauan berterusan terhadap sampel beras di pasaran seterusnya meningkatkan “traceability” rantaian beras negara.

Ketelusan Data dan Aduan Pengguna – Menyediakan saluran aduan awam yang lebih efektif, disertai dengan laporan berkala mengenai hasil siasatan dan tindakan penguatkuasaan.

Tindakan Tegas Melalui Akta Sedia Ada – Memulakan siasatan dan pendakwaan segera berdasarkan Akta Perihal Dagangan dan Akta Perlindungan Pengguna tanpa menunggu pindaan Akta 522.

Kesimpulan

Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral dan perundangan untuk melindungi pengguna daripada eksploitasi oleh pihak industri. Pencampuran BPT dengan BPI secara tidak telus bukan sekadar isu teknikal, tetapi satu bentuk penipuan yang menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem agihan makanan negara. Naratif yang menuding jari kepada amalan sejak 1970-an hanya mengelak tanggungjawab, sedangkan mekanisme sedia ada boleh digunakan untuk membanteras masalah ini.

Harga Lantai Padi Baru Masih Bawah Kos Pesawah
Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga lantai padi baharu ditetapkan pada RM1,500 per tan. Walaupun peningkatan ini lebih tinggi berbanding kadar sebelum ini, ia masih berada di bawah kos sebenar yang ditanggung oleh pesawah.

Beberapa kajian ekonomi menyarankan harga lantai yang lebih realistik berada dalam lingkungan RM1,600 hingga RM1,800 per tan metrik bagi memastikan petani memperoleh pulangan yang setimpal dengan usaha mereka. Jika harga lantai tidak dikaji semula secara holistik, dikhuatiri pesawah akan terus berdepan dengan beban kewangan, sekali gus menjejaskan daya maju sektor pertanian padi negara dalam jangka panjang.

Langkah Penyelesaian yang Tidak Holistik

Kerajaan sering menyatakan komitmen terhadap keterjaminan makanan, namun tindakan mereka dalam menangani isu beras dan padi dilihat sebagai bersifat reaktif dan tidak menyeluruh. Perkara ini ditegur Ahli Parlimen Beluran yang menegaskan bahawa dasar-dasar yang bersifat “piecemeal” tidak akan menyelesaikan masalah industri ini secara holistik.

Salah satu isu utama ialah kehilangan beras putih tempatan yang dipercayai dimanipulasi dan dijual semula sebagai beras import dengan harga yang lebih tinggi. Ini membolehkan pihak industri mendapat keuntungan berlipat ganda, sementara pesawah terus dibebani kos yang semakin meningkat tanpa sebarang kelebihan.

Bagi menangani cabaran industri padi secara holistik, beberapa pihak menyarankan agar kerajaan menyediakan satu Kertas Putih khas mengenai industri padi dan beras. Cadangan ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berpandangan bahawa hanya melalui analisis menyeluruh dan perancangan jangka panjang, industri ini dapat dipulihkan secara sistematik, sepertimana yang pernah dilakukan dalam kes Felda.

Kertas Putih ini perlu merangkumi pelbagai aspek termasuk daya saing pesawah, dasar subsidi dan insentif, kawalan harga, mekanisme pengagihan beras, serta strategi penyesuaian terhadap perubahan iklim yang memberi kesan kepada pengeluaran padi. Ia juga harus menilai kedudukan industri dalam konteks ASEAN bagi memastikan daya saing beras tempatan berbanding produk dari negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Pun begitu, perkara ini masih belum mendapat perhatian kerajaan untuk dilakukan.

Pinda Segera Akta Kawalan Padi dan Beras

Kerajaan juga mengumumkan rancangan untuk meminda Akta Kawalan Padi dan Beras bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap pengilang, pemborong, dan peruncit. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa akta sedia ada masih longgar dan tidak cukup tegas dalam membendung amalan tidak beretika seperti mencampurkan beras tempatan dengan beras import. Namun, persoalan utama yang dibangkitkan ialah mengapa kelemahan ini dibiarkan berlarutan sehingga kini tanpa sebarang langkah tegas diambil lebih awal?

Ketika ini, Akta 522 tidak secara jelas menyenaraikan kesalahan mencampurkan beras tempatan dengan beras import, sekali gus membuka ruang kepada eksploitasi oleh sesetengah pihak. Dengan pindaan ini, kerajaan berhasrat untuk memperketatkan peraturan serta meningkatkan hukuman ke atas pihak yang terlibat dalam manipulasi bekalan beras.

Jadi ada keperluan segera untuk menguatkuasakan dan meminda undang-undang yang lemah. Perlu diingat bahawa “justice delayed is justice denied”. Keputusan kerajaan untuk melambat-lambatkan pindaan yang boleh menyelesaikan masalah ini boleh dianggap satu ketidakadilan kepada pesawah untuk jangka masa yang panjang.

Kesimpulan

Keberkesanan industri padi dan beras negara bergantung kepada gabungan dasar yang menyeluruh, termasuk penetapan harga lantai yang adil, kawalan kos input pertanian, penyediaan Kertas Putih sebagai pelan strategik jangka panjang, serta pindaan terhadap perundangan yang sedia ada. Namun, dengan rekod kerajaan yang sering gagal menangani masalah ini secara holistik, timbul persoalan sama ada tindakan terkini menaikkan harga lantai padi secara sedikit akan benar-benar membawa perubahan atau sekadar mendiamkan mulut pesawah buat sementara waktu, sedangkan isu utama masih tidak selesai.

NAFAS Perlukan Ventilator Untuk Terus Bernafas
Nampaknya masalah demi masalah membelenggu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Di bawah pentadbiran menterinya yang beliau membahasakan diri dirinya dengan panggilan “abg Mad”, banyak masalah yang masih tergantung dan belum mampu diselesaikan beliau. Tanpa mengambil kira isu seperti kartel beras, kehilangan beras import-tempatan, sepatutnya beliau mampu menyelesaikan sekurang- kurangnya isu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang sememangnya beliau mempunyai kawalan penuh sebagai menteri. Hal ini yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) dalam parlimen yang mahukan Menteri KPKM menyatakan strategi pembaharuan menyeluruh yang telah digariskan oleh kementerian untuk melindungi reputasi dan integriti NAFAS serta memulihkan keyakinan ahli peladang di samping memantapkan pengurusan serta operasi NAFAS.

“Abg Mad” Tidak Menjaga Peladang

Ketika Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Amir Matamin mengumumkan pergantungan Perlembagaan NAFAS di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), alasan yang diberikan adalah untuk menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi NAFAS. Tindakan ini dijangka akan memperbaiki perjalanan pengurusan NAFAS dan menambah pendapatan yang pastinya akan memberikan keuntungan NAFAS dapat dinikmati oleh semua ahli pertubuhan.

Dalam jawapan balas, Timbalan Menteri KPKM itu memaklumkan bahawa lapan strategi pembaharuan serta hala tuju dalam menstruktur semula NAFAS bagi memastikan NAFAS dapat dipulihkan dan berfungsi mengikut objektif asalnya telah dirangka. Antaranya ialah mempelbagaikan sumber pendapatan NAFAS dengan melaksanakan kajian semula perniagaan dan projek semasa bagi memfokuskan kepada perniagaan yang berdaya maju dan tidak terlalu bergantung kepada sektor pembekalan baja dan pemulihan kepercayaan awam melalui kempen kesedaran awam bagi memulihkan imej NAFAS sebagai organisasi yang komited dengan peladang serta pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan.

Namun apa yang menyedihkan, Ronald mendedahkan bahawa walaupun majlis penasihat ini di bentuk sebagai langkah penambahbaikan pengurusan NAFAS, peladang dan pesawah di negeri yang merupakan jelapang makanan seperti Kelantan, Kedah dan Perlis masih menunggu edaran baja daripada NAFAS yang dikatakan tertunggak lebih daripada 4,000 metrik tan di Kelantan, Perlis 9,100 tan dan Kedah 8,000 tan. Sepatutnya ia harus diselesaikan sesuai dengan objektif penggantungan perlembagaan NAFAS seperti mana yang diarahkan oleh Menteri KPKM. Lebih menyedihkan, Ronald juga memaklumkan dalam sesi bertanya, bahawa kontrak pembekalan ayam di beberapa hospital di Kementerian Pertahanan umpamanya, pihak pengurusan yang ada sekarang ini tidak mengutamakan PPN tetapi mengutamakan syarikat luar daripada PPN dan PPK iaitu RSA Synergism Enterprise, HL Agro Farm Sdn. Bhd., PKPS Ehsan Marketing Sdn. Bhd., Warisan Wira Trading Sdn. Bhd. dalam membekalkan ayam. Keadaan ini seolah-olah penggantungan perlembagaan ini bukan kerana objektif yang disebut oleh KP LPP, namun kerana politik dalaman.

Nafas Baru Buat NAFAS

Nampaknya, penggantungan perlembagaan NAFAS ini tidaklah memenuhi objektif seperti yang diharapkan. Sebenarnya, kerajaan perlu mengutamakan NAFAS dalam hal berkaitan pembekalan makanan kepada agensi kerajaan kerajaan seperti sekolah atau hospital. Meletakkan kuota pembekalan kepada agensi- agensi seperti ini kepada NAFAS dilihat dapat membantu NAFAS menjana pendapatan mereka. Bayangkan tender membekalkan barangan basah (sayuran dan bahan mentah seperti ayam) dan kering ke sebuah hospital bernilai jutaan ringgit. Jika kontrak ini diberikan kepada NAFAS sebanyak 15 peratus dari nilai keseluruhan tender, bayangkan keuntungan yang dapat dinikmati bersama oleh pesawah dan peladang, ahli kepada NAFAS.

NAFAS perlu melakukan reformasi perniagaannya dengan menumpukan bukan hanya perniagaan in-put pertanian seperti baja, tetapi NAFAS juga harus terlibat secara lebih serius dalam perniagaan berasaskan pertanian. Malah lebih penting dari itu, NAFAS perlukan tindakan drastik dan berani dari menteri untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka yang berjiwa petani dan pesawah untuk mengemudi pertubuhan besar yang dimiliki oleh petani dan pesawah ini. Nafas baru diperlukan bagi membawa angin perubahan yang lebih segar demi menaikkan imej petani yang dibayangi dengan imej susah dan miskin. Imej inilah menyebabkan pertanian menjadi bidang yang menjadi pilihan terakhir para belia ketika ini, walaupun ianya adalah sektor yang boleh menjana pendapatan yang agak lumayan jika pun ianya tidak ke tahap jutawan. NAFAS perlu mempunyai semangat dari petani kepada petani, iaitu segala pengurusan dan keuntungan harus dikembalikan kepada petani. Ini hanya boleh dicapai oleh mereka yang berfikiran jelas demi kebajikan petani bukan berfikiran politik mengaut keuntungan diri.

Kesimpulan

Agak mengecewakan apabila isu berkaitan NAFAS ini tidak lagi selesai. Walaupun ianya mungkin sejuk dikalangan rakyat, namun NAFAS memerlukan satu “ventilator” baru bagi meneruskan kehidupan petani ekoran kelembapan menterinya bertindak.

Isu pertanian sangat penting kerana ia melibatkan kepentingan rakyat semua sama ada miskin atau kaya. Ia adalah sektor yang terpenting dan serius selepas sektor seperti keselamatan dan kesihatan rakyat. Nampaknya KPKM perlukan “ventilator” yang disahkan kompetensi, bukan seperti peneraju sekarang!.

5.3 juta Pek Beras Hilang Akibat Banjir, Lagi Masalah Beras Putih Tempatan
Malaysia mengalami kehilangan potensi hasil (potential output) sejumlah 5.3 juta pek beras 10 kilogram (kg) akibat bencana banjir setakat ini. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, situasi ini bakal memberikan kesan besar kepada bekalan beras putih tempatan dalam negara. Isu ketiadaan beras tempatan di pasaran yang sudah ber­larutan hampir dua tahun, ditambah pula dengan isu banjir yang “menghilangkan” beras tempatan menunjukkan seolah-olah tiada langkah persediaan daripada kerajaan.

Insentif Kerajaan Tidak Efektif

Dalam menangani isu banjir tempoh hari, kerajaan ada menyediakan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk pesawah dalam mengurangkan kerugian banjir di mana pesawah layak menerima bantuan RM1,800 per hektar untuk maksimum tiga hektar bergantung kepada keluasan yang telah musnah, dan Agrobank Skim Takaful Tanaman Padi dengan bantuan sehingga RM3,000 per musim. Namun, satu penialaian perlu dilihat terhadap kes-kes sebegini di mana apa yang berlaku ialah kehilangan hasil di peringkat hiliran selepas daripada pemprosesan. Persoalannya di sini, adakah skim bantuan untuk kes sebegini juga akan diberikan? Tentulah tidak.

Kebanyakan skim bantuan yang diberikan kerajaan hanya melibatkan perlindungan terhadap tanaman dan bukannya hasil produk hiliran sebelum proses logistik. Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kehilangan hasil hiliran ini bakal menyebabkan proses yang lama dan modal yang besar untuk melengkapkan semula rantaian bekalan beras untuk memulih seperti sedia kala.

Kerajaan juga ada menyediakan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) untuk melindungi pesawah daripada kerugian akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau pampasan bernilai RM3,000. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keberkesanan skim ini boleh dipersoalkan dan memerlukan penilaian semula. Pertamanya, STTP ini hanya mempunyai kadar pendaftaran yang rendah. Sehingga kini, hanya 30,000 daripada 90,000 pesawah yang dikenalpasti yang mendaftar untuk STTP, meninggalkan 60,000 pesawah tanpa perlindungan.

Selain itu, STTP mempunyai perlindungan yang terhad dengan hanya melindungi kerugian akibat banjir dan kemarau, tanpa merangkumi kerosakan akibat wabak penyakit tanaman. Ini meninggalkan pesawah terdedah kepada risiko lain yang boleh menjejaskan hasil tanaman mereka. Kerajaan sepatutnya memperluas skop perlindungan dengan memasukkan perlindungan terhadap wabak penyakit tanaman dan ancaman lain yang lebih relevan.

STTP juga dikatakan mempunyai proses tuntutan yang rumit. Mekanisme bantuan seperti TBTP ini memerlukan beberapa peringkat penilaian dan laporan sebelum bantuan disalurkan. Malahan, siasatan dan bancian di lapangan hanya akan bermula dalam tempoh 14 hari selepas banjir selesai untuk tujuan menilai tahap kerosakan. Ini merupakan satu proses yang panjang dan boleh melambatkan bantuan kepada pesawah yang memerlukan.

Langkah Mitigasi Perlu Disegerakan

Jikalau benar kerajaan hendak menyelesaikan isu kehilangan hasil akibat banjir ini, satu penilaian semula terhadap sistem perlindungan industri padi perlu diperkenalkan dengan menyegerakan langkah-langkah mitigasi bencana yang lebih komprehensif:

Infrastruktur Saliran dan Tebatan Banjir

Satu bentuk pelaburan dalam pembangunan sistem saliran dan tebatan banjir di kawasan pengeluaran utama padi perlu dipercepatkan oleh kerajaan. Sistem ini penting bagi mengurangkan risiko kerosakan akibat limpahan air dan memastikan sawah padi dapat mengeluarkan hasil walaupun dalam musim tengkujuh. Menurut Kajian Risiko Global oleh Bank Dunia pada tahun 2020, pelaburan dalam infrastruktur pengurusan air dapat mengurangkan risiko bencana alam sebanyak 30%, sekali gus meningkatkan ketahanan komuniti tani terutamanya di kawasan rancangan penanaman padi seperti KADA, MADA dan IADA.

Sokongan Pasca-Banjir

Bantuan kepada pesawah juga seharusnya disalurkan dengan lebih cekap melalui skim yang sedia ada seperti TBTP. Mekanisme penyaluran bantuan perlu ditambah baik bagi memastikan pesawah yang terjejas dapat menerima pampasan dalam tempoh yang lebih singkat. Kajian oleh Food and Agriculture Organization (FAO) pada 2022 menunjukkan bahawa bantuan bencana yang cepat dan mencukupi dapat memulihkan 70% pengeluaran dalam tempoh kurang dari satu musim dan mempercepatkan pemulihan rantaian bekalan makanan.

Diversifikasi Sumber

Langkah diversifikasi sumber sangat penting dengan menggalakkan penanaman padi varieti tahan banjir yang seharusnya diberikan keutamaan. Kajian daripada International Rice Research Institute (IRRI) menunjukkan padi jenis ini telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kerugian hasil tanaman di negara seperti Filipina dan Bangladesh . Penanaman varieti seperti Sub1 mampu bertahan dalam air bertakung sehingga 14 hari, membolehkan pesawah mengelakkan kerugian besar ketika musim banjir. Pun begitu, kajian lanjut perlu dilakukan bagi memastikan varieti tersebut sesuai untuk disemai di Malaysia ataupun tidak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, bencana banjir bukan sahaja menjejaskan sektor pertanian tetapi juga menjadi satu isyarat kepada kerajaan agar membina daya tahan dalam rantaian bekalan makanan negara. Dengan memfokuskan peruntukan yang besar untuk infrastruktur, kerajaan sepatutnya dapat mengurangkan insentif bantuan untuk jangka masa panjang dan menjadikan sektor keterjaminan makanan negara lebih mampan dan berdaya saing.