Artikel – Yayasan Strategik Lestari

Belanjawan 2025: Apa Harapan Sektor Pertanian
Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober kali ini adalah belanjawan kali ke-3 dibentangkan oleh kerajaan Madani. Rata-rata pesawah, petani, penternak malah kerajaan negeri meluahkan harapan agar Belanjawan 2025 ini dapat menumpukan sektor pertanian dan keterjaminan makanan bagi mengisi keperluan rakyat yang kian hari kian mendesak. Apatah lagi Laporan Banci Pertanian sebelum ini menunjukkan berlaku penurunan jumlah petani di Malaysia dengan kadar yang sangat ketara iaitu 2.12 juta petani pada 2010 (7.5% daripada rakyat Malaysia) kepada hanya 900,000 petani pada 2023 (2.7% daripada rakyat Malaysia).

Ia menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia kurang berminat untuk bekerja dalam sektor 3D (dirty, dangerous, difficult) ini sedangkan ia sektor yang berpotensi besar, terutamanya di negeri-negeri bermajoriti bumiputera. Kelantan sebagai contoh, mempunyai potensi yang amat besar dalam industri padi untuk dimajukan sekali gus meningkatkan dan menyumbang lebih banyak hasil pengeluaran makanan ruji negara.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail menyatakan bahawa pihaknya mengalami sedikit kekangan untuk memajukan industri itu berikutan isu ketidakcekapan infrastruktur bekalan air. Sekurang-kurangnya sebanyak 1.3 bilion diperlukan jika kerajaan berhasrat untuk selesaikan isu ini. “Mungkin satu sistem yang sistematik boleh dibangunkan di Sungai Kelantan untuk tujuan ini. Walaupun ia merentangi sungai, namun ia tidak bercanggah dengan enakmen negeri dan kanun tanah negara,” katanya lagi.

Isu ketidakcekapan infrastruktur bekalan air, terutamanya kepada sektor pertanian di Kelantan ini diharapkan dapat diselesaikan memandangkan ia telah membebani sekitar 7,100 pesawah selama lebih 20 tahun. Isu ini bertambah buruk apabila pada Disember lalu, pam milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengalami masalah kebocoran yang menjejaskan tanaman. Stesen Pam Kemubu 3 pula dijangka siap pada Mei 2025 selepas tertangguh dari jadual asal pada 2024.

Perlis pula mengharapkan Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan khusus untuk meningkatkan infrastruktur perparitan dan saliran terutama bagi kawasan sawah di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razali Saad berkata hal ini kerana masih terdapat masalah sistem perparitan dan saliran dikenal pasti berlaku sama ada dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Sistem perparitan dan saliran yang tidak lancar seringkali menyebabkan kawasan pertanian di negeri itu terjejas terutama ketika musim banjir. Malahan, banjir baru-baru ini menjejaskan 432.9 hektar kawasan sawah dengan melibatkan 256 petani dan kerugian dianggar RM3.5 juta.

Halatuju Sektor Pertanian

Jika dilihat, sememangnya berlaku peningkatan peruntukan untuk sektor pertanian setiap tahun. Pada 2024, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah diperuntukkan sebanyak RM6.17 bilion iaitu peningkatan 14.4% berbanding RM5.39 bilion pada 2023. Belanjawan tahun lalu turut memberikan insentif yang lebih kepada sektor perikanan dan kebajikan nelayan. Namun pada masa yang sama, isu ketidakcukupan beras tempatan dan kebergantungan import yang tinggi dilihat tidak mendapat perhatian yang tuntas daripada kerajaan. Menuju tahun 2025 ini, apakah yang akan menjadi fokus kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian negara?

Merujuk kepada kenyataan Prabelanjawan 2025, kerajaan meletakkan tiga teras utama kerangka Eknomi MADANI iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan reformasi sektor awam, namun perincian kepada teras ini tidak banyak membincangkan penstrukturan pertanian negara. Apa yang menjadi penekanan utama ialah bidang Pemerangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon (CCUS), kawasan perindustrian hijau serta rantaian nilai tinggi dalam industri semikonduktor yang berpandukan NIMP 2030.

Berita mengenai penarikan subsidi telur baru-baru ini juga menunjukkan seolah-olah sektor pertanian sering kali menjadi kambing hitam dengan alasan kononnya memberi penjimatan kepada negara. Negeri Sabah seperti sebelum ini bercadang untuk meminta pengecualian daripada kerajaan Pusat berhubung cadangan penamatan subsidi telur. Jika ini berlaku, rakyat Malaysia akan menyaksikan sekali lagi penarikan subsidi dikenakan terhadap Semenanjung Malaysia tetapi dikecualikan kepada Sabah dan Sarawak selepas subsidi diesel.

Selain itu, negara kita masih mempunyai masalah kebergantungan pada pekerja asing yang agak tinggi. Ini kerana pertanian di Malaysia ini sebahagian besarnya adalah berintensifkan buruh kerana penggunaan teknologi dan automasi yang masih rendah. Statistik terkini menunjukkan, hampir 40% pekerja dalam sektor pertanian di Malaysia dimonopoli tenaga kerja warga asing. Penglibatan pekerja asing dalam sektor pertanian ini sebenarnya mewujudkan persaingan kos buruh yang turut mengurangkan pendapatan petani tempatan kita.

Pada 2021, purata pendapatan bagi pekerja pertanian ialah RM1,764 berbanding dengan purata nasional sebanyak RM3,212. Ini sebenarnya lebih rendah daripada tahun 2018, di mana purata pendapatan bagi pekerja pertanian ialah RM1,865 berbanding dengan purata nasional sebanyak RM3,087.  Selain itu, purata pendapatan bulanan pernah meningkat antara tahun 2010 hingga tahun 2015 tetapi menurun antara tahun 2015 hingga tahun 2017. Ini menunjukkan bahawa subsektor tersebut juga mudah terpengaruh kepada kegawatan ekonomi yang seterusnya menjejaskan pendapatan petani. Jika benar fokus kerajaan ialah menaikkan lantai, maka pekerja yang majoritinya bumiputera inilah yang selayaknya diberikan galakan untuk lebih berkecimpung dalam sektor pertanian.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengemukakan 32 cadangan inisiatif Belanjawan 2025 kepada Kementerian Kewangan. Apa pun keputusan kerajaan, ia mestilah dilakukan bersandarkan kajian yang teliti untuk mengelakkan kegagalan dalam rantaian makanan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara. Harapan rakyat kali ini adalah untuk melihat kerajaan lebih serius memperkukuhkan pengurusan rantaian makanan dan meneliti isu yang perlu diselesaikan segera dalam sektor pertanian. Apa yang kita mahukan ialah bila ditanya kepada anak muda, mereka akan jawab sektor pertanian adalah satu profesion. Biar mereka fikir sektor ini merupakan punca pendapatan kerana ia boleh raih pulangan sekali gus menjamin sekuriti makanan negara.

Sumber: harakahdaily

Sudah-Sudahlah Bercakap Isu SD Untuk Tumbang Kerajaan
Kelmarin Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa PN sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra di Kuala Nerang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata SD tidak lagi boleh digunakan sebagai platform utama menumbangkan kerajaan seperti sebelum wujudnya pindaan perlembagaan yang menghalang tindakan melompat parti.

“(Dalam keadaan sekarang), sebarang keputusan besar dibuat oleh parti. Kalau mahu tukar (kerajaan) kena secara en bloc,” katanya yang menggesa pembangkang berhenti merancang untuk menjatuhkan kerajaan dan membuang masa serta tumpuan rakyat.

Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pula berkata semua Ahli Parlimen UMNO sudah menandatangani aku janji untuk setia kepada parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sekiranya tarik sokongan, mereka perlu membayar RM100 juta seorang kepada UMNO. Andai ada RM1 bilion turun dari langit pun, Kerajaan Perpaduan tidak akan jatuh dan situasi ini hanya merugikan Ahli Parlimen UMNO yang menyeberang ke blok pembangkang,” katanya.

Mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Saya berpendapat bahawa selagi mana Perkara 43 (4) masih ada di dalam Perlembagaan Persekutuan maka sebarang usaha untuk menumbangkan kerajaan dengan menggantikan seseorang Perdana Menteri adalah dibenarkan oleh undang-undang.

Pindaan perlembagaan yang menghalang tindakan melompat parti tidak menghalang Ahli Parlimen mengalihkan sokongan kepada seseorang Perdana Menteri selagi mana beliau tidak melompat parti dan ini terbukti dalam kedudukan lima Ahli Parlimen PN yang mengalihkan sokongan tanpa menjejaskan kedudukan mereka.

Soal sama ada SD masih lagi boleh digunakan untuk menumbangkan kerajaan juga tidak perlu dipertikaikan kerana mahkamah tertinggi negara telah memutuskannya pada 9 Februari 2010 di dalam kes Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin lawan Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Di dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan telah dihadapkan dengan persoalan sama ada penentuan isu kepercayaan ke atas Menteri Besar perlu dibuat melalui undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atau melalui kaedah lain selain melalui undi tidak percaya.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa “Tiada dalam Perlembagaan Negeri peruntukan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas Menteri Besar hanya boleh dibuat melalui undi tidak percaya dalam sidang DUN. Oleh itu, bukti kehilangan kepercayaan ke atas Menteri Besar boleh dikumpul daripada sumber-sumber lain dengan syarat ia dibuat dengan betul.”

Tambah Mahkamah Persekutuan lagi: “Sumber-sumber ini adalah termasuk pengakuan daripada Menteri Besar sendiri dan/atau representasi yang dibuat oleh Ahli-Ahli DUN bahawa Menteri Besar tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli DUN.”

Dalam kes di Perak, Dato’ Seri Mohd Najib Razak telah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa BN telah mendapat sokongan majoriti (31) Ahli-Ahli DUN dan untuk meyakinkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 Ahli DUN tersebut telah dititah menghadap Baginda.

Setelah menemui sendiri kesemua Ahli DUN tersebut Baginda telah yakin bahawa Ir Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan Ahli-Ahli DUN seterusnya membolehkan Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar yang baru.

Perkara ini telah berlaku beberapa kali di peringkat Persekutuan bila Yang di-Pertuan Agong menemui sendiri Ahli-Ahli Parlimen bagi memastikan bahawa maklumat yang dipersembahkan mengenai sokongan mereka kepada seseorang calon Perdana Menteri adalah tepat.

Soal Ahli-Ahli Parlimen sudah menandatangani aku janji untuk setia kepada parti seperti mereka perlu membayar RM100 juta seorang kepada parti sekiranya mereka menyeberang ke blok pembangkang pula adalah isu antara mereka dengan parti mereka sahaja.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusannya pada 23 Jun 2023 memutuskan bahawa PKR boleh menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamarudin, kerana keluar parti selepas bertanding atas nama PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, bon yang ditandatangani pada 25 April 2018 mengikat diri Zuraida untuk membayar parti sejumlah RM10 juta kerana bon itu adalah satu kontrak yang mengikatnya tetapi pada 12 Julai 2023 Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Rayuan Zuraida masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan jika beliau kalah beliau masih boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan tetapi kes melanggar bon atau aku janji kerana keluar parti atau mengalihkan sokongan hanyalah satu usaha pencegahan.

Jika Ahli-Ahli Parlimen berani menghadapi risiko melanggar bon atau aku janji, mungkin kerana berpendapat belum ada keputusan muktamad mahkamah ke atasnya, maka tidak ada sesiapa yang mampu menghalang mereka dari keluar parti atau mengalihkan sokongan.

Walaupun nama Yang di-Pertuan Agong ada dipetik untuk menidakkan usaha untuk menumbangkan kerajaan tetapi titah Baginda pada 13 Februari 2023 sebenarnya hanyalah satu harapan, iaitu “beta berharap Perdana Menteri ke-10 ini adalah yang terakhir buat beta”.

Baginda juga menambah selepas titah ini titah lain berbunyi “Namun, ini semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Manusia merancang, Allah menentukan segalanya.” Maksudnya ialah jika masih ada SD dikemukakan maka Baginda masih berkewajipan mempertimbangkannya.

Cakap-cakap mengenai kewujudan SD untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan ini perlu dinoktahkan. Jika betul ada SD yang mencukupi maka uruskanlah ia dengan sebetulnya mengikut saluran undang-undang untuk diputuskan segera demi kestabilan negara.

Bersedia kejutan Pas di Simpang Jeram.

Sumber: Utusan Malaysia

Sejauh Manakah Impak Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) ?
Garis yang memisahkan antara dunia sains fiksyen dan alam realiti semakin kabur apabila hampir setiap hari ada sahaja pencapaian terbaharu dalam pembangunan teknologi. Bagi masyarakat global yang tidak mahu dilihat ketinggalan, mereka akan menggunakan jargon tertentu dalam perbualan korporat, persidangan antarabangsa dan kandungan kreatif di platform media sosial meskipun mungkin mereka tidak memahami sepenuhnya.

Antara jargon yang cukup popular ialah kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI). Syarikat OpenAI dan Google masing-masing telah membangunkan ChatGPT dan Bard; chatbot yang dapat berinteraksi seperti manusia, memberikan jawapan, menterjemah bahasa dan menjana idea baharu. Ini merupakan sebahagian contoh daripada ribuan aplikasi teknologi AI.

Istilah kecerdasan buatan mula diperkenalkan pada tahun 1956 semasa Dartmouth Summer Research Project on Artificial Intelligence yang mengumpulkan sekumpulan pengkaji daripada pelbagai bidang seperti matematik, sains komputer, psikologi dan kejuruteraan. Tujuan mereka hanya satu; untuk meneroka kemungkinan bagi mencipta mesin dengan kepintaran mirip manusia.

Meskipun persidangan ini tidaklah serta-merta menghasilkan robot humanoid atau kenderaan pandu sendiri tetapi ia merupakan titik masa yang amat penting bagi memungkinkan kemajuan teknologi AI yang ada pada hari ini.

Manfaat Yang Dituai

Dunia telah menyaksikan tiga era Revolusi Industri. Bermula dengan penciptaan enjin stim, kemudian telegraf dan seterusnya komputer peribadi, AI boleh dianggap sebagai watak utama seterusnya untuk mempercepatkan metamorfosis industri yang bakal mencorakkan kerangka globalisasi pada masa hadapan.

Ketepikan sebentar impaknya terhadap perubahan iklim, kita masih bergantung kepada petroleum sebagai sumber utama tenaga. Syarikat tenaga multinasional USA, Chevron sudahpun menerapkan kecerdasan buatan dalam aktiviti cari gali mereka. Sebelum ini, ahli geologi perlu menggerudi puluhan telaga untuk mengumpulkan data takungan minyak. Menerusi aplikasi AI, bilangan telaga ini dapat dikurangkan secara drastik menerusi ramalan berdasarkan data lampau dan dipadankan bersama-sama data seismik sekali gus mengurangkan jejak karbon dalam operasi mereka.

Kecerdasan buatan turut berupaya mengubah pendekatan kita dalam kaedah saintifik untuk menjawab persoalan tentang masalah yang kompleks. Sekali lagi kita ambil perubahan iklim sebagai contoh permasalahan. Kita mahu menghasilkan satu bahan pelarut yang menyerap molekul karbon dioksida (CO2) dari atmosfera sekali gus memperlahankan peningkatan suhu global.

Menurut Stacey Gifford, pengurus penyelidikan Future of Climate, IBM Research, teknik seperti natural language processing dapat digunakan untuk menghadam ribuan artikel jurnal dan mula menggariskan hubung kait antara pelbagai kombinasi bahan pelarut dengan tahap keberkesanannya. Teknik ini lebih efektif berbanding seorang saintis yang perlu membaca satu persatu artikel. Oleh itu, para pengkaji bukan sahaja boleh menjimatkan masa, malah hipotesis menarik yang belum pernah diterokai sebelum ini dapat dijana.

Kegawatan Yang Tergadai

Walaupun pada umumnya AI menawarkan potensi yang sangat besar kepada peradaban manusia, ia masih dibimbangi akan mudaratnya yang bukan kecil. Dalam kita mengejar kemajuan, pendekatan yang berhikmah perlu ditatang agar selaras dengan kaedah fiqh:

دَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ المَصَالِحِ

Maksudnya: Menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan. (Lihat al-Qawa’id al-Fiqhiyyah Baina al-Asalah wa al-Taujih, 2/12)

Perkara paling ketara apabila mana-mana teknologi baharu dibangunkan ialah tenaga buruh dalam bidang tertentu menjadi tidak relevan. Goldman Sachs mengunjurkan 300 juta pekerjaan di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah akan terjejas disebabkan oleh generative AI. Sekurang-kurangnya untuk jangka masa pendek mereka sukar untuk kembali ke pasaran kerja kerana memerlukan masa untuk menimba kemahiran semula.

Meskipun teknologi AI dilatih menggunakan ratusan terabait (Tb) data dan berpandukan berbilion parameter, namun ia masih digugat dengan kritikan. Hal ini kerana algoritma AI dilatih dan melakukan ramalan menggunakan data lampau yang berkemungkinan besar terdedah kepada sentimen yang sudah berakar dalam masyarakat seperti prejudis perkauman dan jurang kelas pendapatan. Kesannya, apa-apa saranan yang AI berikan sekadar mengukuhkan lagi sentimen itu.

Begitu juga timbul polemik representational bias di mana data terherot kepada kumpulan tertentu dan tidak menggambarkan situasi yang menyeluruh, seringkali mengorbankan kelompok minoriti. Herotan data akan memberi dampak langsung terhadap pembangunan polisi dalam sektor kritikal seperti kesihatan, keadilan sosial dan sebagainya.

Perlumbaan bagi menguasai pasaran teknologi AI turut kelihatan seperti didominasi oleh sebilangan kecil syarikat gergasi sahaja seperti Microsoft dan Google. Monopoli sebegini begitu berbahaya kerana wujud kemungkinan pemusatan pengaruh oleh mereka terhadap dasar awam dan aspek perundangan yang berkaitan. Mereka hanya mengutamakan keuntungan syarikat walaupun keselamatan dan privasi pengguna diabaikan.

Keseimbangan Antara Dua Kutub Perlu Digapai

Ketika ini, kita diumpamakan memiliki senjata berbahaya di sebelah tangan dan ubat penyembuh di sebelah tangan lagi. Di sini kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan kerangka perundangan yang ampuh berkaitan pembangunan dan pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan. Hak individu perlu dilindungi menerusi sesi libat urus bersama-sama masyarakat sebagai satu proses yang demokratik.

Penulis turut berpandangan syarikat pembangun teknologi AI harus mewujudkan panel penasihat syariah sebagaimana pentingnya peranan mereka di institusi kewangan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan mana-mana produk dan perkhidmatan mencabar status quo nilai moral dan batas agama dalam konteks Malaysia sebagai negara Islam.

Untuk memastikan pasaran buruh dapat beradaptasi dengan masa depan yang dipandu oleh kecerdasan buatan pula, industri, majikan dan institusi pendidikan perlu bergandingan untuk menjamin transisi yang saksama dengan menekankan pendidikan dan kemahiran semula.

Suatu hari nanti apabila AI berupaya berfikir dan melakukan tugasan persis manusia, adakah kecerdasan kita masih berharga?

Shauqi Johara,

Penyelidik,

Yayasan Strategik Lestari.

Rujukan:

1. Wikipedia (2023). Dartmouth workshop. https://en.wikipedia.org/wiki/Dartmouth_workshop

2. Stacey Gifford (2021). Can AI help climate change? https://www.youtube.com/watch?v=92yV9afmc38

3. Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2023). Masa Depan Islam dan AI. https://zulkiflialbakri.com/22-masa-depan-islam-dan-ai/

4. Goldman Sachs (2023). Global Economics Analyst – The Potentially Large Effects of Artificial Intelligence on Economic Growth.

Malaysia MADANI : Mampukah Mencapai Sasaran Tenaga Mahir ?
Semasa pembentangan rangka dan hala tuju Ekonomi Madani, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan Malaysia menjadi antara 30 kuasa ekonomi terbesar di dunia. Sasaran ini akan dicapai dengan menstruktur semula pelbagai pelan ekonomi yang lebih mapan. Ini termasuk usaha penyerantauan dan daya saing yang lebih besar serta meningkatkan rantaian nilai. Sasaran ini bertujuan bagi memastikan pulangan hasil ekonomi negara terus dinikmati dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Bagi merealisasikan sasaran ini, keperluan melahirkan lebih banyak syarikat dan industri tempatan yang berdaya saing tinggi serta tenaga mahir berkualiti yang mencukupi adalah amat penting. Tenaga mahir adalah individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam teknik serta aplikasi teknologi moden untuk menjamin kecekapan industri sekali gus, meningkatkan produktiviti dan daya saing industri. Malaysia sebelum ini telah meletakkan sasaran melahirkan 35% tenaga mahir menjelang 2030.

Antara sektor yang memerlukan tenaga mahir ialah sektor automotif. Sejak 2018, kerajaan telah meluluskan pelaburan sebanyak RM 14.7 Bilion bagi mewujudkan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Pelaburan besar ini sudah pasti memerlukan kumpulan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta teknologi inovatif yang tepat untuk menyokong keperluan industri EV. Justeru, tidak hairanlah kerajaan kini semakin memberikan tumpuan kepada industri EV dan menjadikannya sebagai pemangkin utama industri kejuruteraan, sains dan teknologi dalam bidang automotif.

Menurut Presiden Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM), Datuk Dennis Chuah mengakui meskipun penggunaan EV di negara masih rendah, iaitu kurang daripada 1% pemilikan kereta, namun permintaanya dilihat semakin meningkat. Ini jelas menunjukkan EV dan lebih banyak lagi sektor ekonomi lain akan beradaptasi dengan teknologi yang memerlukan kepada tenaga mahir.

Cabaran ke arah menyediakan tenaga kerja mahir

Isu tenaga mahir juga terkait dengan pemberian gaji yang tidak berpatutan. Senario ini menyebabkan lambakan tenaga mahir sedia ada terpaksa berhijrah ke negara luar yang menawarkan gaji yang berpadanan dengan kemahiran mereka. Meskipun Kementerian Sumber Manusia (KSM) saban tahun berusaha untuk membawa pulang para tenaga mahir ke negara ini menerusi Program Kepulangan Pakar (REP) yang telah diperkenalkan sejak 1 Januari 2001, namun ia masih belum membuahkan hasil yang memuaskan. Malahan, pada tahun yang lalu, Talent Corp, salah satu agensi di bawah KSM melaporkan hanya berjaya membawa pulang seramai 5,774 rakyat Malaysia melalui REP, iaitu 0.33 % daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang berhijrah ke negara lain.

Selain isu penghijrahan tenaga mahir, Malaysia juga berdepan dengan cabaran pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganggarkan sehingga kini, lebih 300,000 lepasan SPM tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun sejak 2020. Ia mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan belia negara ini dan akan menjejaskan usaha negara melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi pada masa hadapan jika trend ini terus berlaku.

Hal ini diakui oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Mustapha Sakmud pada sidang media pada 20 Julai 2023 di Melaka. Beliau menyatakan isu peningkatan lepasan SPM tidak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dijangka akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada sumber manusia negara khususnya terhadap usaha mencapai 35% tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ekonomi menjelang 2030 yang ketika ini pada tahap 28%.

Tambah beliau lagi, kebanyakan lepasan SPM yang tidak menyambung pelajaran lebih cenderung untuk memilih bekerja dalam sektor ekonomi gig atau e-hailing dan p-hailing selain sektor pengilangan. Penglibatan lepasan SPM dalam sektor ekonomi gig, bukan hanya tidak memberi jaminan masa depan, malah ia juga tidak menyumbang kepada peratusan melahirkan pekerja tenaga mahir kerana pekerjaan tersebut tidak menuntut aplikasi kemahiran aras tinggi.

Nafas baharu kepada TVET

Bagi menangani cabaran ke arah sasaran menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dan 35% tenaga mahir menjelang 2030, kerajaan perlu mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan negara berada pada landasan yang betul. Antaranya, kerajaan perlu memperluas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seiring memberi maklumat mengenainya, supaya dapat menangkis persepsi bahawa TVET merupakan pilihan pendidikan kedua. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan sebanyak 95% graduan TVET telah berjaya memperolehi pekerjaan. Ini membuktikan TVET melahirkan tenaga mahir selaras dengan keperluan industri semasa. Pada masa sama, wajar untuk kerajaan memastikan gaji diberikan kepada graduan TVET selari dengan kemahiran mereka.

Selain itu, libat urus silang kementerian khususnya, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia, dalam usaha memperkukuh TVET pada masa akan datang. Beberapa usaha perlu diperhalusi iaitu memperkenal TVET pada bidang pengajian lain, kerjasama pemain industri serta siri kempen kesedaran. Seterusnya, lepasan SPM perlu diberi bimbingan jelas mengenai hala tuju peringkat pengajian lebih tinggi. Kita perlu akui, ledakan teknologi hari ini memberi kesan terhadap sudut pandang remaja masa kini. Justeru, pentingnya ada intervensi awal mengenai hala tuju ini agar mereka lebih mengerti dan memahami kepentingan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Intihanya, hasrat kerajaan menjadikan Malaysia antara kuasa ekonomi dunia mestilah seiring kemampuan negara melahirkan jumlah tenaga kerja mahir yang mencukupi. Ini kerana golongan tenaga mahir merupakan menjadi aset utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil langkah yang lebih drastik menyelesaikan kemelut pelajar lepasan SPM yang tidak ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pendidikan TVET diuar-uarkan mampu menjadi solusi bagi mencapai 35 % jumlah tenaga mahir menjelang 2030 namun usaha giat perlu dilaksanakan bagi mempromosi TVET agar diterima anak muda. Persoalan yang penting juga, adakah kerajaan mampu menawarkan gaji bermakna dan setimpal dengan kemahiran mereka?

Hafizudin Yahaya,

Penyelidik,

Yayasan Strategik Lestari.

RUJUKAN:

1. Teks Ucapan Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat, Julai 27, 2023, https://www.pmo.gov.my/ms/2023/07/teks-ucapan-ekonomi-madani-memperkasa-rakyat-2/

2. https://www.sinarharian.com.my/article/269192/berita/nasional/300000-lepasan-spm-tidak-mahu-sambung-belajar

3. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/ksm-perkenal-inisiatif-myheart-bawa-pulang-pakar-malaysia/

4. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/10/1012559/perkasa-pekerja-ekonomi-gig-dengan-kemahiran-tinggi

5. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1127442/kkdw-sasar-rm2000-gaji-minimum-lepasan-tvet-zahid

6. https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/keperluan_tenaga_kerja_mahir/files/downloads/keperluan_tenaga_kerja_mahir.pdf

7. Amirul Rafiq, Abdul Rahim., Shazrul Arif, Suhaimi. (2022). Fresh Graduate Adversities: A Decade’s Insight on The Graduate Tracer Study. Khazanah Research Institute. Working Paper 6/22, 23 December 2022.

Siapa Calon MB Selangor dari PN?
Sejarah telah membuktikan selepas Tan Sri Muhammad Muhd. Taib meletakkan jawatan pada 11 April 1998 sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang dipegangnya selama 11 tahun, semua MB Selangor selepas itu tidak memegang jawatan lebih dari lapan tahun.

Bahkan jawatan ini sebenarnya dilihat sebagai satu kerusi panas malah seumpama badi sukar untuk dipertahankan dalam tempoh masa yang lama. Daripada keseluruhan 16 MB Selangor, hanya dua tokoh berjaya melepasi tempoh 10 tahun perkhidmatan, iaitu Datuk Seri Harun Idris dan Muhammad.

Lebih separuh daripada MB Selangor sebelum ini hanya dapat bertahan selama tempoh kurang lima tahun. Ini membuktikan kerusi ini kerap silih berganti dan menjadi petunjuk jelas terhadap kesukaran ahli politik untuk kekal mempertahankan jawatan ini.

Sekiranya Datuk Seri Amirudin Shari dapat mempertahankan jawatan sebagai MB Selangor selepas pilihan raya negeri (PRN), Sabtu ini, maka beliau akan melepasi ujian sebagai salah seorang daripada lima MB Selangor melepasi lima tahun perkhidmatan selepas Harun, Muhammad, Datuk Hormat Rafei, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, sekiranya ditakdirkan tidak menjadi MB bermakna beliau bakal menerima nasib sama dengan majoriti MB Selangor yang tidak berjaya melepasi tempoh lima tahun perkhidmatan.

Ini sesuatu yang berpotensi berlaku dengan mengambil kira sejarah pemegang jawatan kerusi MB Selangor dan persaingan politik sengit di negeri itu sekarang di mana Perikatan Nasional (PN) sedang memberi cabaran hebat ke atas Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN).

Sekiranya PH-BN gagal mempertahankan penguasaannya di Selangor dan Amirudin tiada, siapakah yang akan mengambil alih jawatan MB daripada beliau?

Nama pertama yang muncul dan berpotensi ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau seorang yang berpengalaman luas dan telah menjadi MB Selangor dari 2014 ke 2018.

Banyak kejayaan yang dikecapi semasa pentadbiran beliau yang masih dirasai oleh pengundi Selangor ketika ini. Antaranya perkhidmatan bas percuma Smart Selangor; meningkatkan rizab kerajaan negeri sehingga paras tertinggi dalam sejarah apabila mencecah RM3.26 bilion; memperoleh jumlah hasil terbanyak iaitu RM2.81 billion pada 2017.

Namun, sejarah berkemungkinan tidak menyebelahi beliau kerana belum ada lagi mana-mana tokoh yang dilantik semula selepas diganti oleh MB lain.

Bagaimana pula calon lain? Mungkinkah sejarah tercipta dengan pelantikan MB pertama dari Pas? Ini bukan sesuatu yang mustahil kerana dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2013, Pas pernah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Wakil-wakil rakyat Pas juga mempunyai pengalaman memerintah Selangor bersama-sama PKR dan DAP dari 2008 ke 2018.

Sepanjang menjadi Exco kerajaan negeri atau memegang jawatan lain, wakil-wakil rakyat Pas juga tidak pernah mempunyai masalah dengan Istana Selangor. Antara dua nama berpotensi ialah Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Datuk Dr. Halim Tamuri.

Ahmad Yunus ialah Pesuruhjaya Pas Selangor berkelulusan bidang perubatan dan mempunyai klinik sendiri di Telok Panglima Garang. Beliau mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 2008 setelah menang dengan majoriti 2,081 undi di Sijangkang.

Kerusi ini beliau pertahankan dalam PRU13 (2013) dan PRU14 (2018) setelah menang majoriti 2,942 dan 1,677 undi. Dalam PRU15 (2022) pula beliau berjaya merampas Kuala Langat setelah menang majoriti 1,833 undi.

Beliau mempunyai pengalaman mentadbir Selangor kerana merupakan bekas Exco kerajaan negeri dari 18 Januari 2012 sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

Disebabkan kelulusan dan pengalaman luas beliau di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini serta kedudukan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, memungkinkan beliau menjadi pilihan untuk dilantik sebagai MB Selangor pertama dalam kalangan ADUN Pas.

Halim pula ialah bekas ahli akademik dalam bidang pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga dilantik menganggotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) di bawah Menteri Pendidikan selain pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor.

Berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran dan merupakan tokoh pendidik disegani, beliau juga dilihat berpotensi menjadi calon MB Selangor yang baharu.

Apa pun, segala-galanya akan terjawab apabila Sultan Selangor menggunakan kuasa budi bicara baginda untuk memperkenankan pelantikan MB yang baharu selepas keputusan rasmi PRN Selangor diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pelantikan semula Amirudin sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Bagaimanapun, sejarah bakal tercipta jika Mohamed Azmin dilantik kali kedua dalam tempoh berbeza sebagai MB Selangor. Lebih menarik serta akan menjadi lipatan sejarah sekiranya buat kali pertama salah seorang ADUN Pas dilantik.

Sumber: Utusan Malaysia

Apa selepas ‘Bulldoze’ Model Pelaksanaan Rangkaian 5G DNB?
Selepas hampir 5 bulan Kajian Semula Pelaksanaan Model 5G, akhirnya kedudukan Digital Nasional Berhad (DNB) iaitu sebuah syarikat pemilikan penuh kerajaan terjawab.

YB Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kenyataannya pada 3 Mei 2023, mengumumkan penamatan status DNB sebagai penyedia tunggal infrastruktur kesemua spektrum daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian (DWN) akhir tahun ini menyebabkan penarikan syarikat-syarikat besar Telco keluar daripada DNB.

Kerajaan kemudiannya akan mewujudkan persaingan kepada DNB dengan melantik konsortium atau kontraktor baru melalui model DWN yang dianggarkan memakan kos sekitar RM30 bilion sehingga RM35 bilion iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding kos SWN sekitar RM17 bilion untuk masa 10 tahun.

Bayangkan DNB berperanan seperti Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat penerbangan. Bukankah suatu yang agak janggal apabila tiba- tiba syarikat penerbangan ingin memiliki sendiri lapangan terbang mereka. Bukankah ianya akan meningkatkan kos dan kebarangkalian kos besar tersebut akan ditanggung oleh pengguna adalah besar.

Justeru, jika DNB sudah tidak boleh berperanan dengan baik, adalah lebih wajar sekiranya kerajaan menerajui penyediaan fasiliti berkaitan seperti ‘dark fiber’ dan syarikat telekomunikasi pula diberikan kebebasan untuk menyediakan perkhimatan bersesuaian dengan kemampuan mereka.

DNB ditubuhkan dengan tujuan untuk memainkan tiga peranan iaitu untuk meningkatkan tahap kecekapan, kawalan kos yang rendah dan mempercepatkan pembinaan infrastruktur. Selepas ini, melalui model DWN, apa skop dan fungsinya ini masih belum jelas.

Peranan pertama: Peningkatan tahap kecekapan

Isu kecekapan ini menjadi masalah apabila satu penyedia tunggal ini didakwa bakal menggangu inovasi sehingga tidak boleh bersaing untuk menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik seperti kelajuan dan kualiti liputan.

Hakikatnya sebelum tertubuhnya DNB, kualiti perkhidmatan liputan pun sudah banyak dipertikaikan dan capaian fasiliti berkembang begitu perlahan dan ini adalah masalah yang ‘evergreen’. Jadi, bagaimana pula strategi DWN dalam memastikan sesiapa sahaja mampu terlibat dengan ekonomi digital?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melaporkan setakat Disember 2021, 95.4% liputan 4G di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan 37.3 Mbps kelajuan jalur lebar mudah alih, itu pun masih ada yang terpaksa menggunakan beberapa simkad telco di pelbagai lokasi.

Sebenarnya berapa jumlah semua kawasan berpendudukan di Malaysia? Sejauh mana standard capaian internet berdasarkan purata ini boleh terus diguna pakai? Dr Mohamed Awang Lah, bekas CEO Jaring Communications Sdn Bhd berpendapat bahawa konsep purata ini belum cukup melainkan kita ada satu siling kelajuan minimum yang selayaknya dinikmati semua. Beliau turut mempersoalkan kenapa hidmat DNB dikekalkan sehingga sasaran 80% capaian tercapai, kenapa tidak 100% DNB selesaikan saja?

Justeru, banyak lagi persoalan yang perlu diperjelaskan dan kita ingin melihat penggantian kepada DNB, suatu solusi yang lebih cermat dan komprehensif terutama liputan yang lebih baik bagi kawasan luar bandar.

Ini kerana adaptasi pengguna kepada internet adalah sangat pantas. Misalnya, adaptasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) kepada pasaran e-dagang. Berbanding jangkaan Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) bagi e-dagang adalah 30 bungkusan/kapita menjelang 2025, tetapi setakat Disember 2021, 70.6% sasaran 2025 telah tercapai.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pula melaporkan peningkatan peratusan pengguna membeli barang atau perkhidmatan melalui e-dagang 2020 dan 2021 adalah 19.7% manakala penjualan barangan atau perkhidmatan melalui e-dagang pula sebanyak 1.1% sahaja.

Sumbangan sektor ekonomi digital adalah besar iaitu RM1 trilion pada tahun 2021. Jika dibandingkan dengan statistik di atas, hasil ini tidak mencerminkan peluang sama dirasai di seluruh kawasan terutama luar bandar.

Peranan kedua: Kos yang rendah

Kos yang rendah ini akan mengelakkan pertindihan kos penyediaan perkhidmatan 5G. Walaupun kos pelaksanaan DWN lebih tinggi, syarikat-syarikat telco agak berpuas hati dengan penghapusan monopoli infrastruktur dan dijangka kos ini akan datang ditanggung oleh syarikat telco sendiri.

Tidak dinafikan, dengan peningkatan kapasiti 4G kepada 5G, pelbagai infrastruktur perlu ditambah baik dan ini adalah kos yang sepatutnya diuruskan oleh DNB sehingga 10 tahun.

Berdasarkan model DNB, dianggarkan harga akses 5G/GB RM0.20 lebih murah daripada 4G services/GB RM1.58 dan ia dilihat tidak logik kerana kos melengkapkan ekosistem 5G lebih mahal dan tidak menguntungkan bagi survival syarikat telekomunikasi.

MCMC 2021 pernah membelanjakan sebanyak RM3.2 bilion bagi dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar khususnya di kawasan luar bandar.

Jadi apa statusnya sekarang? Berapakah anggaran baki keperluan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan sejauh manakah kerajaan memanfaatkan dana USP ini untuk menurunkan harga akses internet di negara ini? Ini yang perlu dijawab oleh kerajaan.

Peranan ketiga: Mempercepatkan pembinaan infrastruktur

Antara hujah pembentukan syarikat milik penuh kerajaan – DNB – adalah untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur berbanding model DWN yang akan melambatkan proses tersebut kerana isu peruntukan yang diperlukan adalah besar.

Pembinaan infrastruktur mesti dilengkapkan disemua kawasan berpenduduk supaya kita sebagai pengguna selesa dan lancar urusan seharian kita.

Laporan Tahunan MCMC sendiri melaporkan sebahagian besar daripada 97.2% PKMS kurang berdaya saing dan sangat terjejas akibat pandemik COVID19. Kerajaan perlu memastikan agenda ‘tiada yang tercicir’ dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

Potensi pembangunan luar bandar tidak boleh dipandang enteng. Sudah ramai anak muda sudah berhijrah balik ke kampung pasca COVID19, sepatutnya semua kawasan terutamanya yang berpenduduk mencapai sekurang-kurangnya minimum liputan rangkaian yang terbaik.

Pantai timur punya dijangka bakal menikmati limpahan hasil bermula tahun 2026 apabila Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dilancarkan. Kita juga bercakap soal kebarangkalian kesan perubahan iklim yang ketara dan bencana alam, akan tetapi jika liputan rangkaian di negeri pantai timur masih lemah dan lambat, bermimpi sahajalah pengembangan dan penguatkuasaan sektor pertanian, logistik, keselamatan, alam sekitar dan sebagainya boleh berkembang maju.

Maka, adalah menjadi persoalan, siapa pula ‘entiti B’?

Ini adalah point utama kenapa model SWN melalui DNB di berhentikan begitu sahaja. Jika DNB gagal berperanan dengan baik, bagaimana agenda menghapuskan monopoli syarikat boleh berlaku jika entiti B ini, berkemungkinan memonopoli rangkaian teknologi 5G. Perkara ini agak membimbangkan.

Jika MCMC sendiri boleh berperanan sebagai pemudah cara terus dengan setiap telco yang mana mereka boleh sediakan sendiri dengan keupayaan mereka, kenapa perlu Entiti B dan DNB?

Dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 baru-baru ini, kemungkinan berlaku gandaan kos pembinaan infrastruktur dan pemindahan teknologi 5G di negara kita adalah besar.

Tahun lalu, YB Menteri KKD, YB Fahmi Fadzil ketika berada di pihak pembangkang, mempertikaikan ketelusan pemilihan tender syarikat oleh DNB dan meminta SPRM membuat siasatan dengan mengaitkan DNB dengan skandal 1MDB. Terkini beliau bersetuju untuk meneruskan DNB dalam tempoh tertentu dengan tambahan satu lagi entiti, iaitu entiti B. Pendirian YBM yang tidak konsisten ini menjadi tanda tanya.

Bahkan bukan itu sahaja, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim juga mengarahkan semakan semula kontrak rangkaian teknologi 5G kerana didakwa ‘terdapat isu dengan cara kontrak itu dianugerahkan’, ‘tidak ada proses tender yang betul’ dan ‘diselubungi rahsia’ berkaitan DNB dan syarikat Ericsson. Akan tetapi, sehingga kini, tiada bukti diumumkan selepas kajian semula dibuat.

Pandangan Perdana Menteri dilihat wajar untuk ditelitikan supaya hasil negara tidak disalahgunakan untuk tujuan tertentu di luar keperluan rakyat yang sebenar.

National 5G Task Force Report pada 2019 yang diterbitkan oleh MCMC ada mencadangkan penambahbaikan undang-undang persaingan selari dengan hasrat Perdana Menteri, amat wajar penambahbaikan ini dapat dibentangkan dan dibahaskan di dalam sidang parlimen yang akan datang supaya pelaksanaan rangkaian 5G dapat direalisasikan dengan mekanisme yang lebih baik.

Akhirnya, sekali lagi kita tertanya-tanya apakah hasil Kajian Semula Pelaksanaan Teknologi 5G kepada awam berserta cadangan termasuk kos tambahan bagi menyediakan satu lagi infrastruktur dan teknologi komunikasi atau model DWN ini. Kerajaan perlu menjernihkan tanggapan awam kepada isu ini.

Penulis merupakan Penyelidik di Yayasan Strategik Lestari (YSL)

Rujukan:

1. Hansard Parlimen Malaysia

2. Emir Research on 5G

3. [PARLIMEN]: Perbelanjaan besar DNB jadi tanda tanya, 03 Mac 2022 – https://myjendela.my/ms-MY/Media/News-Articles/Press-Clippings/PARLIMEN-Perbelanjaan-besar-DNB-jadi-tanda-tanya

4. Enam telco setuju laksana 5G di Malaysia, Jun 30, 2022 -https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/971560/enam-telco-setuju-laksana-5g-di-malaysia

5. Govt to review 5G rollout, cites lack of tender, Disember 5, 2022 – https://www.malaysiakini.com/news/646953

6. Ericsson asserts it won 5G contract from DNB on merit, Mac 4, 2022 – https://www.malaysiakini.com/news/613056

7. ‘DNB berbeza dengan 1MDB’, Disember 25, 2021 – https://www.malaysiakini.com/news/603113

8. ‘CDMU’ telcos make new bid for 5G dual wholesale network, 1 Mac 2023 – https://www.digital-nasional.com.my/cdmu-telcos-make-new-bid-5g-dual-wholesale-network

9. MOF, DNB digesa perjelas isu monopoli 5G, Disember 15, 2021 – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/899352/mof-dnb-digesa-perjelas-isu-monopoli-5g

10. DNB gets Malaysia ready for 5G, 16 Oktober 2021 – https://www.digital-nasional.com.my/dnb-gets-malaysia-ready-5g

11. Cheaper Solution for Rural Broadband – Dr Mohamed b Awang Lah, 2022 – https://www.malaysianwireless.com/2022/06/cheaper-solution-rural-broadband/

Bajet 2023 : Isu Pemilikan Rumah
Masyarakat luar bandar hari ini berdepan dengan masalah ketidakcukupan bekalan rumah mampu milik dan harga sewa rumah yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan mereka tiada pilihan melainkan bersesak dengan ibu bapa dan ahli keluarga lain di dalam satu rumah sehingga mereka juga mempunyai anak.

Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, hampir 30% perbelanjaan isi rumah daripada anggaran purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM4,535 dihabiskan untuk membayar rumah dan pelbagai utiliti lain. Bayangkan bagaimana penduduk luar bandar golongan pendapatan rendah dan sederhana mengurus perbelanjaan untuk rumah?

Memandangkan tiada statistik khas jumlah keperluan rumah di seluruh negara, kita mengambil kes di mana pada tahun 2022 sahaja, sistem e-perumahan Terengganu melaporkan permohonan rumah mampu milik sahaja adalah sebanyak 36,177 unit berbanding dengan jumlah rumah yang telah dan akan siap dibina sebanyak 18,061 unit. Hanya 49% sahaja rumah sedia diduduki.

Jumlah itu sahaja melibatkan pemohon yang sudah lama menunggu giliran sejak enam ke sepuluh tahun yang lalu, belum masuk lagi kemungkinan berlaku lambakan permohonan terdiri daripada golongan bujang dan yang berkahwin muda sejurus selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM ataupun diploma setiap tahun.

Keperluan bekalan rumah mampu milik juga bertambah kritikal apabila Malaysia sekarang sudah menjadi ‘ageing nation’ dengan limpahan penduduk yang telah menjadi warga emas daripada 7.0% pada tahun 2021 kepada 7.23% pada tahun 2022.

Kemudian, kadar pertumbuhan populasi warganegara juga meningkat dengan agak perlahan sebanyak 0.2% pada tahun 2022 berbanding tahun 2021, sehingga kerajaan-kerajaan negeri terpaksa melancarkan inisiatif galakan bagi menambah ahli keluarga melalui Skim Permata Sejahtera Terengganu, Skim Iltizam Negeri Selangor dan sebagainya.

Perubahan cara kerja pasca Covid-19 juga agak ketara di mana semakin ramai pasangan yang mula merasakan perlunya meninggalkan rumah keluarga masing-masing dan menyewa kediaman untuk mewujudkan ruang ‘pejabat’ sendiri bagi tujuan bekerja daripada rumah.

Ini adalah cabaran kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri, untuk bersama-sama merancang kesejahteraan populasi dan mengawal harga perumahan mampu milik supaya mereka dapat hidup dengan tenang tanpa berhutang lebih daripada kemampuan sehingga tua dan akhirnya menatijahkan produktiviti kerja yang berkesan.

Meraikan usaha kerajaan yang ingin menyediakan Dasar Perumahan baru bagi menyambung dasar sedia ada yang akan tamat pada tahun 2025, kita ingin melihat satu transformasi bandar dan luar bandar yang signifikan diambil oleh kerajaan Madani kerana isu perumahan di bandar juga menjadi isu hangat buat masa ini seolah-olah memperlihatkan berlakunya ‘work in silo’ di peringkat kerajaan samaada Kementerian, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, kita mengharapkan agar kerajaan dapat membuat pertimbangan untuk mewujudkan polisi perumahan mengikut keperluan bujang dan lain-lain kriteria bujang seperti duda, janda, warga emas, pelajar dan orang kelainan upaya (OKU) yang mana keperluan perbelanjaan bulanan, ‘willingness to pay’ dan fasiliti mereka agak berbeza dengan keperluan isi rumah berkeluarga.

Kerajaan juga diharap dapat mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh pembinaan dan agihan rumah dan menyemak kembali proses pemilikan dan penilaian tanah. Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak berkuasa tempatan pula perlu menyemak semula semua kaedah dan prosedur yang ada didalam rantaian nilai sektor pembinaan seperti memperketatkan prosedur pembinaan rumah mampu milik samaada baru bina atau pembangunan semula melalui melalui pelbagai kajian seperti ‘feasibility study’ dan kajian spatial bagi projek perumahan mampu milik, daripada hanya berstatus ‘galakan’ ditukar menjadi ‘mandatori’ kepada semua pemaju perumahan mampu milik di seluruh negara.

Proses-proses ini adalah penting di dalam usaha memastikan harga rumah mampu milik siap adalah berpatutan. Jika ‘nilai’ rumah dengan kadar yang mampu milik meningkat dan menjadi pilihan rakyat, hal ini diyakini dapat meningkatkan keyakinan terhadap kerajaan Madani.

Luar bandar dan bandar mempunyai peranan yang saling lengkap melengkapi. 80% daripada populasi dunia luar bandar tinggal berdekatan dengan bandar. Justeru, isu perumahan ini perlu diselesaikan secara holistik melibatkan semua pihak swasta dan agensi kerajaan kerana rumah yang sejahtera mempengaruhi lima maqasid syariah iaitu menjaga nyawa, agama, keturunan, akal dan harta.

Rumah yang menyenangkan, selamat dan harmoni merujuk kepada perancangan bandar dan desa secara holistik dan bersepadu disamping memberikan keyakinan kepada pasangan suami isteri untuk menambah ahli keluarga serta meningkatkan kadar pendapatan bersih golongan luar bandar dan bandar di mana masing-masing meliputi 24.9% dan 75% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Pemilikan rumah mampu milik tidak wajar menjadi gula-gula politik, bahkan ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan warganya dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Hanisah Abd Rahman,

Penyelidik YSL,

Portfolio Kerajaan Tempatan, Infra dan Luar Bandar.

Pertanian Bandar : Solusi Kurangkan Kos Sara Hidup, Jamin Sumber Makanan
Pertanian bandar semakin popular dalam kalangan warga kota sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada 2019. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan lebih setahun memberi kekangan kepada orang ramai untuk keluar mendapatkan keperluan asas. Meskipun, kerajaan ketika itu memberi kelonggaran pergerakan secara berperingkat namun, ‘ketakutan’ kepada wabak tersebut sering menghantui masyarakat. Justeru, masyarakat mula bercucuk tanam di rumah terutamanya, jenis tanaman kegunaan harian.

Sebenarnya, pertanian bukanlah sesuatu asing kerana ia masih digunapakai berkurun lama sehingga hari ini dalam menyumbang sumber makanan kepada negara. Secara ringkasnya, pertanian bandar bermaksud aktiviti menghasil, memproses dan memasarkan makanan dan produk pertanian di dalam kawasan bandar dan pinggir bandar menggunakan kaedah pengeluaran intensif, menggunakan (semula) sumber asli serta sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian makanan. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pula mentakrifkan pertanian bandar sebagai aktiviti pertanian secara menanam, menaikkan, memproses dan mengedarkan produk pertanian tanpa mengira saiz tanah dan jumlah sumber manusia di bandar dan pekan.

Di Malaysia, Program Pertanian Bandar (PPB) telah diperkenalkan secara rasminya pada tahun 2014 setelah pembentukan bahagian pertanian bandar di bawah Jabatan Pertanian Malaysia. Pertanian bandar selalunya dilakukan dikawasan yang terhad seperti kawasan terbiar, sudut atau ruang kosong termasuk atas bumbung dirumah atau bangunan yang boleh mengunakan pelbagai kaedah seperti aeroponik, fertigasi, teknik filem nutrient (NFT) dan nutripot.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berlaku peningkatan penglibatan dalam pertanian bandar apabila 36,275 individu terlibat pada 2020 berbanding 18,687 individu pada 2019 iaitu berlaku pertambahan sebanyak 17,588 individu, hanya dalam tempoh setahun. Ia jelas menunjukkan minat orang ramai kepada pertanian bandar semakin meningkat.

Pertanian bandar, kini bukan sahaja boleh dilihat sebagai memenuhi keperluan asas isi rumah bahkan ia secara langsung dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40. Menerusi program Pembangunan Pertanian Komuniti, Jabatan Pertanian turut menyasarkan untuk mengurangkan kos setiap isi rumah sebanyak RM1,296.00 pada 2021 kepada RM1,680.00 pada 2025. Berlaku pertambahan penjimatan kos sebanyak RM384.00 setahun untuk isi rumah. Meski ia bukan satu amaun yang besar, namun penjimatan tersebut memberi kesan signifikan kepada kos sara hidup rakyat ketika ketidaktentuan ekonomi.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), sebuah keluarga membelanjakan RM350.00 secara purata pada setiap bulan untuk membeli sayur-sayuran, manakala kajian yang lain pula menyatakan isi rumah membelanjakan 50% sehingga 70% daripada pendapatan mereka untuk mendapatkan makanan. Situasi itu boleh menyebabkan ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan situasi miskin bandar. Justeru, masyarakat bandar dilihat mampu untuk mengurangkan kos perbelanjaan dapur apabila boleh memetik hasil sayur-sayuran mereka sendiri untuk dimasak.

Berdasarkan kajian Resource Centre on Urban Agriculture and Food Security (RUAF), penduduk bandar di negara-negara maju secara umumnya, membelanjakan 40% sehingga 60% daripada pendapatan mereka bagi mendapatkan makanan. Di bandar-bandar maju seperti di London misalnya, 18% pengeluaran hasil pertaniannya adalah dari ‘Urban Horticulture’ atau pertanian bandar yang diuruskan sendiri oleh penduduk bandar. Di bandar Tokyo, 70,000 penghuninya menjalankan aktiviti pertanian di bandar sebagai aktiviti sampingan bagi mendapatkan sumber makanan selain menampung keperluan kehidupan mereka.

Penglibatan warga kota terhadap pertanian bandar tidak boleh diukur pada kuantiti sahaja, malah lebih mustahak adalah untuk memastikan usaha digerakkan secara konsisten dan mampan. Sebelum ini, Menteri Kos Sara Hidup dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan komitmennya untuk mengangkat bidang pertanian ke tahap profesional sehingga mampu menjana pendapatan lumayan. Malah, beliau mengakui sesetengah orang masih tidak menganggap pertanian sebagai satu pekerjaan dan ambil sikap acuh tidak acuh.

Sehubungan itu, intervensi kerajaan penting dalam memastikan aspek kemampanan terjamin termasuk pertanian bandar. Beberapa langkah perlu diambil oleh kerajaan seperti suntikan dana, siri program kesedaran, pengiktirafan terhadap petani bandar, serta penglibatan lebih ramai anak muda dalam sektor berkenaan.

Menerusi Belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntuk RM228 juta kepada 240,000 pesawah seluruh negara selain, RM 1.6 bilion untuk meneruskan pemberian subsidi dan intensif padi serta beras. Pesawah juga akan menikmati perkongsian 30% keuntungan bersih import beras oleh BERNAS. Melihat kepada Belanjawan 2023, pertanian bandar tidak diberi penekanan dari aspek suntikan dana.

Walaupun, pertanian belum lagi menjadi sumber makanan utama, namun perhatian dan penekanan perlu diberikan seawal mungkin. Bahkan, Jabatan Pertanian meletakkan sasaran untuk menghasil 8,800 metrik tan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan untuk rakyat menjelang 2025. Pastinya, rangsangan perlu diberikan bagi memastikan matlamat tersebut berjaya dicapai mengikut tempoh masa ditetapkan.

Selain itu, pertanian bandar juga dilihat tidak mampan berikutan kurangnya penglibatan golongan muda dalam bidang ini. Mungkin, pertanian dilihat sinonim sebagai sektor 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar. Dalam usaha mengubah mentaliti ini, kerajaan perlu mengadaptasi penggunaan teknologi dalam pertanian bandar seiring dengan golongan berkenaan. Ia secara tidak langsung mendekatkan mereka kepada mengenali pelbagai jenis tanaman sekaligus, memperkenalkannya kepada umum menerusi kepakaran masing-masing seperti penyuntingan video dan perhubungan awam.

Intihanya, kerajaan harus melihat aktiviti pertanian bandar sebagai satu susaha yang penting dalam memberikan alternatif dan penyelesaian kepada permasalahan peningkatan kos sara hidup yang kian membelenggu rakyat terutamanya masyarakat bandar hari ini. Dengan sokongan jitu pihak kerajaan selain usaha melalui kempen berterusan yang dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di luar sana, aktiviti pertanian bandar ini pasti mampu menjadi pilihan utama rakyat. Selain dapat mengurangkan kos pembelanjaan isi rumah, pertanian bandar juga dijangka mampu menjadi medium untuk mengekalkan kelestarian alam dankawasan bandar dengan meningkatkan jumlah kawasan hijau.

Hafizuddin Yahaya,

Penyelidik YSL,

Portfolio Pendidikan dan Sumber Manusia.

Peranan Ekonomi Digital Dalam Melestari Perkembangan Ekonomi Negara
Forum Ekonomi Dunia 2019 (World Economic Forum 2019) menggagaskan peranan platform digital dan ekosistem dalam membentuk Ekonomi Digital dan masyarakat. Selari dengan kecanggihan teknologi dan Revolusi Industri 4.0, pertumbuhan platform dan ekosistem yang berorientasikan digital telah melonjak perubahan ekonomi dari pelbagai sudut di peringkat makro dan mikro yang memberi kesan terhadap model komersial, kewangan, pekerjaan dan sektor perkhidmatan.

Pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 menjadi projek rintis ke arah transformasi negara berasaskan digital. Sehingga tahun 2018, ekonomi digital menyumbang 18.5% atau RM267.7 bilion kepada KDNK dan terus meningkat kepada RM289 bilion atau 19.1% kepada KDNK pada tahun 2019. Pada tahun 2020, ekonomi digital terus memberi sumbangan yang siginifikan dengan menyumbang 22.6% daripada KDNK negara. Pandemik Covid 19 antara faktor pemangkin yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital sehingga mendorong kebanyakan peniaga dan pengguna beralih dari sistem tradisional kepada sistem yang berorientasikan platform digital.

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan penting dalam membantu rakyat menguasai teknologi bagi meningkatkan kualiti serta taraf hidup rakyat. MyDIGITAL bakal meletakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang berpaksikan pendigitalan dan menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital, disasarkan menyumbang 25.5% kepada KDNK menjelang tahun 2025.

Peningkatan Pengguna di Platform E-Dagang dan Atas Talian

Kekuatan ekonomi digital boleh dilihat pada trend peningkatan pengguna internet yang cenderung menggunakan platform e-dagang dan perbankan secara atas talian bagi memudahkan proses transaksi serta melancarkan urusan harian. Kaji selidik yang dilaksanakan oleh PwC di beberapa negara pada tahun 2019 menunjukkan bahawa 31% responden membeli barangan secara atas talian setiap minggu atau lebih kerap, manakala 51% responden membayar bil dan invois melalui dalam talian pada tahun 2018. Urus niaga yang lebih cepat dan efisien ini memberi faktor penarik kepada pengguna untuk menjadikan platform digital sebagai pilihan utama.

Negara Asia merupakan rantau yang paling pesat berkembang di dunia dalam pasaran internet dengan kehadiran 125,000 pengguna baharu setiap hari. Ekonomi digital di rantau ini dijangka berkembang dengan ketara dan menambah anggaran $1 trillion kepada KDNK serantau dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Pelaburan Malaysia dalam memanfaatkan ekonomi digital supaya menjadi lebih inklusif, cekap dan inovatif bertepatan dengan halatuju negara bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Merancakkan Ekonomi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

Antara matlamat penubuhan platform digital adalah membina ekosistem baru yang dapat membantu menjana semula ekonomi tempatan serta mewujudkan sistem sokongan kepada ekosistem yang pelbagai dalam sektor awam dan swasta. Platform e-dagang secara atas talian seperti Shopee, Lazada, Amazon, Alibaba terbukti merancakkan industri perdagangan dan membantu ekonomi usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk memasarkan produk mereka di peringkat global. 4 daripada 10 transaksi melalui platform e-dagang melibatkan perbelanjaan rentas sempadan dan Malaysia muncul di tempat ketiga di Asia Tenggara bagi penembusan e-dagang dalam kalangan individu menurut laporan We Are Social Digital 2019.

Platform e-dagang mencatatkan pertumbuhan ketara sebanyak 26.5% dengan pendapatan perniagaan e-dagang melonjak 17.1% pada suku ketiga 2021, berjumlah RM279 bilion seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, mantan Menteri Ekonomi sebelum ini. Zon Perdagangan Bebas Digital yang telah dilancarkan pada tahun 2017 membuka peluang kepada usahawan PMKS memasarkan produk mereka merentasi sempadan dan memperluas jaringan akses kepada pasaran global.

Kewujudan Peluang Pekerjaan Berkemahiran Digital

Ekosistem ekonomi berasaskan digital memberi limpahan manfaat kepada golongan graduan dan belia dengan kewujudan peluang pekerjaan baharu yang berasaskan kemahiran digital seperti pembangun aplikasi mudah alih (Apps Developer), saintis data (Data Scientist), dan pakar komuniti dalam rangkaian sosial. Namun, rakyat mendepani cabaran dalam memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi kekal relevan dengan situasi semasa. World Economic Forum (WEF) menganggarkan 75 juta pekerjaan di seluruh dunia akan digantikan oleh teknologi digital pada tahun 2022. Individu yang kompeten dan menguasai teknologi digital mempunyai kelebihan dalam pasaran dan mampu berdaya tahan dengan perkembangan teknologi digital di peringkat global. Menjelang tahun 2025, MyDIGITAL mensasarkan 500,000 pekerjaan baharu diwujudkan dengan RM70 bilion pelaburan dalam pendigitalan. Bagi mencapai hasrat ini, latihan kemahiran dan pembangunan bakat digital perlu dimanfaatkan oleh golongan belia bagi memenuhi pasaran kerja yang besifat dinamik ini.

MyDIGITAL Manfaat Untuk Semua

Pendigitalan dalam semua aspek kehidupan memberi manfaat kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik, latarbelakang agama serta taraf ekonomi individu. Inisiatif MyDIGITAL dalam melestari pertumbuhan ekonomi negara perlu disokong dengan infrastruktur dan persekitaran digital yang mapan agar semua golongan berpeluang menikmati kualiti dan taraf hidup yang lebih baik. Tadbir urus yang lebih cekap dan telus serta kerjasama yang kukuh antara sektor awam-swasta dapat memaksimumkan impak positif ekonomi digital kepada industri dan masyarakat.

Shaarie Khalid,

Penyelidik YSL,

Portfolio Kewangan, Ekonomi dan Kos Sara Hidup

Bajet 2023: Berjayakah Kerajaan ‘Revive’ Sektor Pertanian Negara?
Menjelang bulan Ramadan dan Syawal yang semakin hampir, wujudnya kerisauan tentang bagaimana ingin mengurus perbelanjaan bagi membeli kelengkapan isi rumah dan bekalan makanan mencukupi dan berpatutan bagi menyambut ketibaan Syawal yang biasanya disambut meriah oleh majoriti umat Islam di seluruh negara.

Penganalisis Ekonomi, Dr Anuar Shah Bali Mohamed menyebutkan bahawa sekarang kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan tsunami ekonomi dunia disebabkan oleh kenaikan harga yang luar biasa daripada pelbagai jenis barang termasuk barangan keperluan harian.

Persoalan timbul sejauh mana persediaan kerajaan bagi menyelesaikan masalah kos dan stok bahan makanan secara holistik disamping memberikan galakan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui penyelesaian masalah rantaian nilai makanan kepada pengguna.

Bulan Februari yang lalu telah berlaku peningkatan harga sayur-sayuran sehingga 160 peratus. Hasil pemeriksaan awal oleh Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam mendapati bahawa faktor peningkatan harga sayur-sayuran adalah kerana musim monsun, kenaikan kos input seperti baja, benih dan racun yang diimport, serta kos perkapalan.

24 Februari yang lalu, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM20 bilion bagi pelbagai projek jaminan sekuriti makanan antaranya melalui pelaburan di dalam projek sekuriti makanan sebanyak RM1.3 bilion, Tabung Pusingan Koperasi bagi pembekalan barangan keperluan asas dan lain-lain sebanyak RM100 juta, program peningkatan produktiviti dan kemudahan nelayan sebanyak RM18.3 juta dan Program Pembangunan Semula Hasil Baharu sebanyak RM40 juta.

Selain itu, kerajaan juga bercadang untuk meneruskan program Community Drumming sebanyak RM225 juta yang membantu menampung kos logistik di luar bandar, pengurusan teknologi tepat dan kelestarian pertanian sebanyak RM9.4 juta, menaik taraf pengairan dan saliran sebanyak RM126.8 juta, serta projek pertanian mampan menggunakan baja organik sebanyak RM5 juta.

Namun, disini seolah-olah masih tidak jelas prioriti kerajaan terhadap langkah untuk meningkatkan keupayaan sara diri (SSR) bagi bidang ternakan untuk keperluan domestik dan kita mempersoalkan sejauh mana persediaan kita bagi menghadapi kebarangkalian krisis ekonomi yang dijangkakan berlaku akan datang seperti cadangan mewujudkan bank bahan makanan keperluan asas di seluruh negeri.

Bagi sektor perikanan pula, pastinya para nelayan ternanti-nanti apakah inisiatif kerajaan bagi meningkatkan hasil tangkapan laut dan langkah bagi membasmi kehilangan hasil perikanan akibat pencerobohan kapal dan bot nelayan luar.

Langkah-langkah ini amatlah penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada barangan import, menyelesaikan isu integriti orang tengah dan isu rantaian nilai makanan yang menyebabkan kita terperangkap dengan tiada perubahan secara signifikan selama hampir 10 tahun.

Kita juga ingin meminta perhatian pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, satu tindakan wajar diambil bagi membasmi kerugian bahan makanan yang meningkat sebanyak 62,843.8 metrik tan pada tahun 2021 berbanding sebanyak 49,478 metrik tan pada tahun 2011.

Bukan itu sahaja, walaupun kita sudah lama menggunakan Skim Amalan Pertanian Baik (myGAP), tetapi kita masih belum ada beras dengan cop myGAP kita sendiri. Beras yang dituai dibawa ke pusat pemprosesan bercampur dengan beras tuaian bukan myGAP. Program bertaraf antarabangsa, tetapi fasiliti tidak mencukupi dan tiada outcome yang jelas. Perkara ini dibimbangi menjadi salah satu faktor pesawah kita yang mempunyai sijil semakin tidak berminat untuk meneruskan sijil.

Kerajaan juga diharap dapat mempertimbangkan langkah bagi mengurangkan birokrasi dan peraturan yang tidak mesra usahawan belia. Kita perlukan generasi tani yang profesional dan ini perlulah digarap dari awal supaya kelestarian sektor pertanian terjamin.nnOleh itu, dengan perbentangan bajet 2023 oleh Perdana Menteri ke-10, berjayakah kerajaan ‘revive’ sektor pertanian negara?

Hanisah Abd Rahman,

Penyelidik YSL,

Portfolio Kerajaan tempatan, Infra dan Luar Bandar.